Chapter 32 - 3 days

918 98 11
                                    

Jimin mencampak beg sandangnya ke lantai lalu dia merebahkan tubuh ke katil empuk kepunyaannya. Dia memandang kosong siling putih bilik itu sementara fikirannya sudah melayang jauh.

'Masuk ni dah tiga hari aku dengan dia tak bertegur sapa. Tak akan la pasal malam hari tu sampai nak merajuk dua tiga hari dengan aku. Aku cuma cakap benda yang betul je. Ke aku ada salah cakap sampai hati dia terguris?' monolog Jimin sendirian.

Sedang dia memikirkan perkara itu, dia terbatuk kecil lalu dia membangunkan dirinya sebentar bagi menghilangkan batuk di kerongkongnya tetapi masih belum berhenti lagi malah makin teruk.

Dia cuba mencampai beg sandangnya di atas lantai lalu dia mengambil ubat dan sebotol air mineral yang berada di dalam beg sandang tersebut. Dia mengambil se-pil ubat itu lalu di makannya beserta dengan air mineral tadi lalu di teguk rakus. Dia berasa sedikit lega berbanding tadi. Dia cuba mengurut dadanya perlahan bagi mengurangkan rasa sakit tadi.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada seseorang sedang membuat panggilan kepadanya. Lalu dia mencapai dan melihat nama yang tertera di skrin telefon itu.

'Seungcheol'

"Apa lagi dia nak ni?" soal Jimin sendiri. Dengan malas dia menekan butang hijau lalu ditekapkan telefon itu di telinga kanannya.

"Jimin! Jom lepak. Aku bosan la. Lagipun kita dua dah lama tak keluar lepak sama-sama. Bila aku ajak, ada je alasan kau nak mengelak. Okay macam ni la. Aku belanja kau makan. Macam mana?" tawar Seungcheol.

Jimin memegang perutnya yang sedikit lapar apabila mendengar tawaran Seungcheol yang ingin belanjanya makan. Dia berfikir sejenak dan akhirnya Jimin akur. Kedengaran suara gembira Seungcheol di seberang sana.

✘✘✘✘

"Kenapa tak cakap dengan aku tadi yang bukan cuma kita dua je keluar?" soal Jimin sedikit dingin. Seungcheol hanya tersengih sambil menunjukkan barisan giginya. Mata Seungcheol memandang figura yang berada di sebelahnya lalu dia memandang kembali ke arah Jimin.

Hae Ji hanya memandang tajam Jimin yang duduk berhadapan dengannya tanpa sebarang suara. Begitu juga Jimin. Seungcheol menggaru kepalanya yang tidak gatal apabila suasana ketika itu sunyi sepi dan kedua kawannya itu melangsungkan sesi berbalas pandangan.

"Ermm guys, aku pergi order minuman dulu. Korang berdua jangan bergerak dari tempat duduk ni seinci pun. Faham?" Seungcheol terus beredar dan meninggalkan mereka berdua.

Jimin mengeluh halus sebelum dia mulakan bicara setelah lama mereka berdua mendiamkan diri.

"Okay, saya minta maaf tentang hari tu. Yes I know this is my fault. Saya tak berhak untuk tentukan hidup awak tapi tak salahkan kalau saya cuba untuk tegur silap awak tu." kata Jimin dengan nada yang memujuk. Kedengaran ketawa sinis Hae Ji.

"Ingatkan dah minta maaf tadi, dah tak ungkit pasal hari tu tapi saya silap rupanya." balas Hae Ji dengan sinis. Ketawanya tadi mula beransur hilang dan keadaan mula sunyi kembali.

"Awak tahu tak, dah tiga hari kita tak bertegur satu sama lain. Awak tak kesian dekat omma dengan appa kalau dorang tahu yang kita gaduh?" soal Jimin sambil memandang ke dalam anak mata Hae Ji.

"Awak yang mula dulu, bukan salah saya pun kita jadi macam ni." jawab Hae Ji acuh tak acuh.

"Saya dah minta maaf tadi so saya ingatkan kita dah selesai. Awak nak saya buat apa lagi?" soal Jimin dengan nada yang agak perlahan.

"Saya nak awak jangan pernah masuk campur tentang kehidupan saya, dengan siapa saya nak keluar, pukul berapa saya nak keluar, saya nak pergi mana and something like that." terang Hae Ji dengan lebar.

"No." hanya itu sahaja balasan yang keluar dari mulut Jimin sebelum dia mulakan kembali bicaranya.

"Saya sanggup keadaan kita macam ni asalkan saya dapat masuk campur tentang kehidupan awak." jawab Jimin dengan tenang. Hae Ji mula panas hati mendengar setiap bait kata yang keluar dari mulut Jimin.

"Why you want control my life?! Omma dengan appa pun tak pernah buat saya macam ni." bidas Hae Ji dengan agak kasar.

"Sebab omma dengan appa amanahkan saya untuk jaga awak. Dorang berdua dah tak larat nak jaga awak." Jimin cuba mengawal marahnya dari terkeluar.

"Tak. Awak sebenarnya jeles." sinis sahaja balasan Hae Ji.

"Kalau saya jeles sekali pun, it's not your problem." kata Jimin lalu menyandarkan tubuhnya pada kerusi yang didudukinya bagi menenangkan dirinya seketika.

"This is my problem too and you want jealous about what?" tanya Hae Ji sambil memandang Jimin yang sedang menekup muka dengan sebelah tangannya.

'sebab saya sukakan awak Hae Ji'

kata-kata itu hanya mampu diluahkan dalam isi hatinya sahaja.

"Nothing." hanya itu balasan Jimin.

"Nah, minuman untuk korang! Ni
Hae Ji punya dan yang ni kau punya." kata Seungcheol sambil menghulurkan minuman itu pada kedua kawannya itu

"Thanks." Jimin dan Hae Ji mengucap serentak.

Bersambung

Thanks ※ Jimin Where stories live. Discover now