Jimin bersiar-siar pada pagi itu di kota Seoul untuk mendapatkan sedikit ketenangan. Dia menyepak perlahan batu-batu kecil yang berada di pejalan kaki itu sambil otaknya ligat memikirkan soal semalam yang berkaitan dengan Hae Ji.
"Awak betul nak kita terus macam ni? Maksud saya, tak nak berdamai antara satu sama lain?" soal Jimin sambil matanya fokus pada pemanduan.
Mereka berdua sedang dalam perjalanan ingin pulang ke rumah. Hae Ji terpaksa menumpang balik bersama Jimin apabila Seungcheol memberitahu bahawa dia terpaksa pulang ke rumah dengan segera. Itu pun setelah penat dipaksa oleh Jimin untuk pulang bersamanya.
Hae Ji hanya mendiamkan diri sahaja. Malas dia ingin menjawab soalan Jimin. Dia hanya ingin fokus melihat pemandangan di luar tingkap kereta milik Jimin.
"Awak tak rindukan saya?" soal Jimin lagi apabila soalan pertamanya tidak terbalas. Hae Ji hanya menggeleng kepala.
"Nak buat apa rindu dekat awak? Tak ada function pun" kata Hae Ji dengan dingin.
'Tk.. Sebenarnya saya rindu awak sangat-sangat. Gila tak rindu. Dah macam orang nak mati menahan rindu dalam hati ni. Rindu nak bergurau dengan awak, Jimin' tapi Hae Ji hanya mampu bermonolog sendiri dan memendam rasa rindu itu dalam lubuk hatinya. Mulut kata tak tapi hati kata ya. Hahaha itulah dinamakan ego. Jimin hanya mengangguk lemah mendengar kata gadis itu.
Jimin berhenti melangkah apabila dia sudah sampai ke destinasi yang ingin di tujunya.
Pusat Memorial.
✘✘✘✘✘
Jimin melangkah satu per satu sambil tangannya membawa sejambak bunga mini untuk diletakkan di makam ibu bapanya.
Langkahnya terhenti seketika apabila melihat satu susuk tubuh lelaki yang sedang membelakanginya dan tidak dikenalinya berada betul-betul di hadapan makam ibu bapanya. Perasaan ingin tahu membuak dalam dirinya dan dia mula menapak perlahan ke tempat lelaki itu.
Hatinya mula berdebar dan berdegup laju apabila dirinya semakin hampir dengan lelaki itu. Mukanya berasa panas akibat menahan marah apabila melihat wajah lelaki itu saat dia menoleh ke belakang.
Belum sempat lelaki itu bersuara, Jimin telah memberikan satu tumbukan padu pada wajah lelaki tersebut dan menyebabkan lelaki itu terjatuh tersungkur. Tepi bibirnya mengalirkan cecair yang berwarna kemerahan lalu dikesat oleh dia.
"Apa yang kau buat dekat sini?" soal Jimin dingin. Lelaki itu hanya mendiamkan diri dan masih cuba untuk menghentikan pendarahan yang ada di tepi bibirnya. Melihat lelaki itu tidak menjawab persoalan Jimin, membuatkan Jimin makin panas hati.
"Aku tanya tu jawab la! Susah ke nak jawab? Ke kau dah bisu?" tengking Jimin pada lelaki itu atau lebih kepada abangnya.
Ji Kyung mula berdiri setelah dia merasa badannya sudah stabil kembali. Dia mula menatap wajah adik kesayangannya yang sudah lama tidak berjumpa sambil memberikan segaris senyuman.
✘✘✘✘✘
Ji Kyung menghirup minuman dingin miliknya apabila merasa tekaknya sedikit haus. Setelah berjaya menghabiskan minuman itu, dia meletakkan kembali gelas di meja. Minuman milik Jimin langsung tidak terusik oleh tuan badannya sendiri.
Jimin hanya memerhati gelagat abangnya itu sambil menyilangkan kedua tangannya dan bersandar pada kerusi. Kemarahannya tadi mula merundum sikit demi sedikit. Jimin bukanlah seorang yang jenis suka menyimpan dendam lama-lama. Sifat marah itu bukanlah yang disukainya dan bukan juga sifat yang ada dalam dirinya. Tipulah kalau kata tak rindu dan gembira bila dapat jumpa abang yang selama ini dia nantikan. Tapi disebabkan satu peristiwa, dia terpaksa menyimpan dahulu perasaan itu.
"Jimin sihat?" soal Ji Kyung disertakan senyuman manis buat adiknya. Jimin hanya mengangguk dingin. Ji Kyung memandang ke luar tingkap sambil otaknya ligat memikirkan idea untuk meneruskan perbualan.
"Hyung nak minta maaf. Hyung tahu, hyung dah buat perkara yang paling bodoh yang pernah hyung buat." kata Ji Kyung dengan nada yang agak kecewa dan diakhiri dengan ketawa kecil. Bila difikirkan semula peristiwa dulu, memang dirinya bodoh sebab lakukan perkara yang tak pernah dia lakukan seumur hidupnya.
"Mana hyung pergi selama ni?" soal Jimin masih dalam nada yang dingin. Kekadang kita kena ego sikit.
"Hyung pergi bercuti. Ada orang tawarkan pakej percutian secara percuma. Siapa je yang tak nak terima benda percuma. Bukan selalu kan?" balas Ji Kyung dan dia ketawa sedikit apabila dia memikirkan katanya tadi agak kelakar tapi tawanya mula hilang sedikit demi sedikit apabila tiada reaksi dari adiknya.
"I'm serious right now."
"Hyung pun tengah serius sekarang ni. Betul la hyung pergi bercuti untuk tenangkan fikiran yang-"
"Tenangkan fikiran after dah rogol anak dara orang?" soal Jimin sinis. Wajah Ji Kyung yang tadi berseri mula berubah kepada serius.
"Jimin nak tanya dan hyung kena jawab dengan jujur. Kalau boleh hari ni juga kita selesaikan semua masalah ni." Jimin yang tadi bersandar mula mendepankan dirinya supaya lebih dekat dengan abangnya.
"Betul hyung yang rogol Hae Ji?"
Bersambung
YOU ARE READING
Thanks ※ Jimin
RomanceC O M P L E T E Akibat trauma dari sebuah kemalangan itu, gadis yang bernama Shin Hae Ji bertukar menjadi seorang yang murung, pendiam dan tidak bergaul dengan sesiapa sahaja termasuk keluarganya sendiri dan juga dia telah hilang seribu satu perasa...