Chapter 15 - Secret

1.2K 122 4
                                    

[Terjemahan]
Omma - ibu
Nae - ya

Mereka bertiga sudah sampai di kediaman milik keluarga Jimin. Mereka menapak masuk ke dalam rumah tersebut.

Jimin melihat sekeliling rumahnya itu. Rasa rindu Jimin akan rumah tersebut akhirnya terluah juga.

Terlalu banyak kenangan Jimin bersama dengan keluarganya di rumah tersebut dan kini dia terpaksa meninggalkan rumah itu yang penuh dengan kenangan pahit dan manisnya.

"Omma.. Jimin naik atas dulunya nak kemas barang." tutur Jimin pada Puan Shin dan wanita itu hanya mengangguk dan tersenyum.

✘✘✘✘✘

"Hae Ji?"

Bayangan Ji Kyung tiba-tiba hilang begitu sahaja apabila suara yang memanggilnya itu memasuki corong telinganya.

Hae Ji memandang tuan punya suara yang memanggilnya tadi. Wajah
Ji Kyung yang dilihatnya sebentar tadi berubah ke wajah pakcik Han.

"Hae Ji okay? Pakcik Han masuk jer rumah terus terdengar Hae Ji menjerit lepas tu ahjussi cuba masuk dalam bilik Hae Ji dan Pakcik Han tengok..." tutur kata pakcik Han diberhentikan seketika sebelum dia menyambung semula.

"Dan Pakcik Han tengok Hae Ji cakap sorang sorang." kata pakcik Han dengan perlahan sambil memandang tepat ke arah anak mata Hae Ji.

Hae Ji yang mendengar kata-kata pakcik Han itu lalu merebahkan badannya ke katil dan air matanya deras mengalir di pipi gebunya.

"Pakcik Han... Hae Ji dah tak larat nak tanggung semua penderitaan ni..
Hae Ji tak kuat untuk tahan dengan semua ni." gumam Hae Ji yang masih menangis deras di atas katil.

Pakcik Han sangat bersimpati dan sedih melihat keadaan anak buahnya itu.

Pakcik Han duduk di sisi katil lalu menekup mukanya dengan kedua-dua tapak tangannya.

Hanya tangisan Hae Ji sahaja kedengaran di bilik tidur tersebut.

✘✘✘✘✘

Puan Shin menapak perlahan-lahan masuk ke dalam bilik tidur Jimin.

Dia melihat Jimin yang bertungkus lumus mengemas bilik tidurnya sebelum mereka ingin menjual rumah itu.

Puan Shin perlahan-lahan mendekati Jimin yang berada di almari baju untuk mengeluarkan semua pakaiannya di situ.

"Jimin-ahh.. " panggil Puan Shin dengan lembut kepada Jimin. Jimin menoleh ke arah kirinya untuk melihat tuan suara itu.

"Nae? " soal Jimin kepada Puan Shin.. Puan Shin hanya tersenyum. Mungkin sudah tiba masanya untuk Puan Shin memberitahu semua rahsia yang disimpannya selama ini kepada Jimin.

Jimin harus tahu tentang perkara ini supaya dia juga boleh tolong Puan Shin menyimpan rahsia ini daripada pengetahuan Hae Ji.

"Boleh kita duduk dulu? Omma ada beberapa perkara nak bagitahu pada Jimin" kata Puan Shin yang sudah menarik lengan Jimin untuk duduk di tepi katil milik Jimin itu.

"Omma nak beritahu apa dekat Jimin?" soal Jimin pada Puan Shin.. dia hanya menunggu ucapan yang dikeluarkan dari mulut Puan Shin.

"Okay, mungkin apa yang bakal omma beritahu ni akan membuatkan Jimin agak terkejut" kata Puan Shin yang masih belum bersedia lagi untuk memberitahu kebenaran pada Jimin.

Jimin hanya mengangguk menanda dia sudah bersedia mendengar kata-kata Puan Shin sebentar lagi. Puan Shin menarik nafas sebelum dia memulakan perbicaraannya.

"Mesti Jimin macam nampak pelik sikitkan tentang Hae Ji tu. Sekarang omma nak cerita tentang masa silam dia dan kenapa dia boleh jadi macam tu sekali."

Jimin hanya mengangguk tanda setuju apa yang Puan Shin katakan. Dia memang agak pelik dengan perubahan pada diri Hae Ji. Puan Shin meneruskan percakapannya.

"Hae Ji dulu bukan la macam yang Jimin nampak sekarang. Dia dulu seorang yang ceria, suka tersenyum, mudah terhibur dan yang paling penting dia seorang gadis yang sangat baik hati. Tapi suatu hari ada seseorang yang dah ubah diri Hae Ji kepada seorang yang....."

Puan Shin menarik nafas untuk meneruskan perbicaraannya walaupun dia tahu sangat sukar untuk dihujahkan.

"Seorang yang mengalami kemurungan dan lebih teruk daripada tu ialah akal fikiran Hae Ji tak dapat menerima semua perkara ni dan akhirnya dia mengalami sakit jiwa."

Jimin hanya mengangguk perlahan menandakan dia memahami keadaan Hae Ji buat masa itu.

"Lepas tu?" Soal Jimin. Dia mula tertarik dengan cerita yang disampaikan oleh Puan Shin tentang diri Hae Ji yang selama ini dia ingin tahu.

"Beberapa lama kemudian tu baru la dia nampak macam okay sikit tapi dia punya okay tu sekejap je lepas tu sakit jiwa dia mula datang balik."

"Tapi omma bersyukur sangat sebab dengan kehadiran pakcik Han dia mula berubah jadi lebih baik daripada sebelum ni."

Jimin mengangguk sekali lagi.

"Tapi... orang yang dah buat Hae Ji jadi macam ni ialah orang yang Jimin kenal sangat dan rapat" kata Puan Shin dengan nada suara yang agak sedih.

"Siapa?" Soal Jimin yang ingin tahu siapa yang sudah mengubah nasib
Hae Ji.

"Park Ji Kyung. Hyung kamu Jimin" kata Puan Shin lalu air mata jernih wanita itu sudah pun tumpah.

Jimin terkejut dan membuatkan lidahnya kelu untuk mengeluarkan sebarang bunyi.

Dia seperti tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh Puan Shin sebentar tadi ataupun dia salah dengar.

"Omma... gurau je kan?" Soal Jimin dengan nadanya yang sudah menurun sikit.

Jimin seakan-akan tidak percaya apabila Puan Shin menggeleng kepala tanda dia tidak bergurau.

"Apa yang hyung dah buat sampai
Hae Ji boleh sakit jiwa? Jimin kenal hyung Jimin.. Dia baik dan selama Jimin kenal dia, dia tak pernah sesekali sakitkan orang lain." airmatanya yang mengalir di kesat kasar.

"Hyung kamu dia... dia dah rogol
Hae Ji."

Bersambung

Thanks ※ Jimin Where stories live. Discover now