[Terjemahan]
Arraseo - baiklah
Omma - ibu6 bulan kemudian
"Hae Ji cepat la. Nanti kita lambat pulak" pinta Jimin sambil mengetuk pintu bilik Hae Ji berkali-kali.
"Ya ya. Sabar la. Saya sikit lagi nak siap ni" balas Hae Ji dari dalam biliknya.
"Saya tunggu dekat bawah." kata Jimin lalu menapak menuruni anak tangga.
"Arasseo!" jerit Hae Ji. Dia sedang memakai eyeliner dengan penuh berhati-hati. Dia berpuas hati setelah siap mendandan dirinya lalu dia melihat penampilan dirinya dari pantulan cermin yang berhadapan dengannya.
"Perfect." bisik hati kecil gadis itu sambil tersenyum. Gadis itu terus mengambil tas tangannya bersama buku yang berada di atas meja soleknya lalu dia menapak ke arah pintu bilik.
Jimin memberi jelingan tajam ke arah Hae Ji apabila ternampak gadis itu sedang menuruni anak tangga satu persatu.
"Lambat." kata Jimin kepada gadis itu setelah dia menghampiri meja makan. Hae Ji hanya menjelirkan lidahnya.
"Dah-dah duduk. Nanti lambat pula nak pergi universiti" kata Puan Shin lalu menyeduk nasi ke dalam mangkuk milik anak perempuannya itu.
Baru sahaja gadis itu ingin menyuapkan nasi kedalam mulutnya, Jimin sudah pun berdiri dari tempat duduknya.
"Jom pergi. Thanks omma untuk sarapan pagi ni. Masakan omma memanggggg terbaik! " kata Jimin sambil mengangkat ibu jarinya menandakan masakan Puan Shin pada pagi itu sangat sedap.
"Ala.. Kejap la. Baru je nak makan" rungut gadis itu apabila melihat Jimin yang sudah mula menapak ke arah pintu rumah.
"Siapa suruh lambat.. Saya cuma bagi awak 5 minit je. Kalau lebih daripada tu, saya akan tinggalkan awak." kata Jimin lalu memulas tombol pintu rumah tersebut dan berlalu pergi. Hae Ji hanya mencebik mendengar ugutan lelaki itu.
"Dah. Makan cepat. Nanti kena tinggal dengan Jimin, padan muka" kata Puan Shin dengan nada yang mengusik.
"Ya la Jiji pergi dulu. Omma take care" pesan Hae Ji lalu mencium kedua belah pipi ibunya. Wanita itu hanya mengangguk sambil tersenyum.
✘✘✘✘✘
Hae Ji melemparkan pandangannya ke luar tingkap kereta yang sedang dipandu oleh Jimin. Dia tersenyum melihat keindahan suasana pada pagi itu.
Kini dia sudah memulakan kehidupan yang baru. Selama 6 bulan ini, Jimin banyak membantunya untuk berubah menjadi yang lebih baik. Mungkin dengan berkat usaha Jimin kini dia mampu tersenyum seperti dulu lagi.
Dia sangat hargai semua pergorbanan yang telah Jimin berikan padanya. Kisah silam? Perkara itu sudah lama tidak wujud di benak fikirannya. Kini dia hanya ingin fokus kepada pembelajarannya yang sudah 2 tahun tergendala.
"Jimin" panggil Hae Ji perlahan tapi lelaki itu mampu lagi untuk mendengar suaranya. Jimin hanya mengiyakan sahaja sahutan itu kerana dia sedang fokus untuk memandu.
"Saya nervous la." kata gadis itu. Dia menyandarkan tubuhnya ke kerusi lalu menyilangkan tangannya ke bawah dadanya. Jimin hanya ketawa kecil mendengar kata gadis itu.
"Su Yeon kan ada. Nanti dia boleh la temankan awak" kata Jimin lalu sebelah tangannya mengusap lembut rambut lurus gadis itu. Hae Ji hanya mendiamkan dirinya. Dia mula melemparkan kembali pandangannya ke luar tingkap.
✘✘✘✘✘
Jimin menanggalkan tali pinggang keledar yang dipakainya setelah sampai di universiti. Dia menoleh ke kanan dan ternampak Hae Ji yang masih dalam dunianya sendiri. Lalu dia menyentuh perlahan bahu gadis itu.
"Hae Ji?" tersentak gadis itu apabila dikejutkan oleh Jimin.
"Ya?" soal gadis itu yang baru sahaja tersedar dari dunianya sendiri.
"Dah sampai." kata Jimin lalu menunjukkan pintu gerbang universiti tersebut kepada Hae Ji. Gadis itu hanya tersenyum tawar.
"Kita patah balik je la ya?" rayu Hae Ji sambil mengoncangkan sedikit lengan Jimin. Jimin hanya ketawa melihat tingkah laku gadis itu.
"No. Tak boleh. Saya ada kelas lepas ni. So, kalau nak patah balik nanti saya lambat masuk kelas and saya akan kena marah dengan professor saya" terang Jimin dengan panjang lebar supaya Hae Ji memahami.
"Tapi saya tak— "
"No tapi tapi. Dah jom keluar" kata Jimin lalu keluar dari perut kereta dan diikuti oleh Hae Ji. Jimin menapak ke arah Hae Ji apabila melihat gadis itu tidak berganjak dari tempatnya.
"Cuba senyum sikit pagi pagi macam ni" kata Jimin lalu mencekak pinggang di hadapan Hae Ji tetapi gadis itu hanya memberikan muka yang tiada perasaan kepadanya.
"Saya kata senyum." Jimin mengulangi sekali lagi katanya apabila Hae Ji tidak memberikan respons.
"Auchh! Ihh sakit la sengal!" marah
Hae Ji apabila lelaki di hadapannya itu bertindak untuk menarik pipi gebunya."Saya dah kata senyum tapi awak tu yang tak nak dengar so saya tarik la pipi awak tu supaya sen— yum." kata Jimin dengan nada yang mengejek.
"Okay fine saya senyum!" kata gadis itu lalu melemparkan satu senyuman yang cukup manis kepada lelaki di hadapannya. Jimin hanya ketawa suka.
"Hah kan bagus kalau dari awal macam ni tak ada la kena tarik pipi tu. Dah jom." kata Jimin lalu menarik tangan Hae Ji itu berjalan seiringan dengannya.
Mereka berdua menapak masuk ke dalam pintu gerbang universiti tersebut. Langkah Hae Ji serta merta terhenti dan diikuti dengan Jimin apabila ada seseorang memanggil nama gadis itu.
"Shin Hae Ji?"
Bersambung
YOU ARE READING
Thanks ※ Jimin
RomanceC O M P L E T E Akibat trauma dari sebuah kemalangan itu, gadis yang bernama Shin Hae Ji bertukar menjadi seorang yang murung, pendiam dan tidak bergaul dengan sesiapa sahaja termasuk keluarganya sendiri dan juga dia telah hilang seribu satu perasa...