Chapter 27 - He's Still Alive

1K 87 3
                                    

Dia terus sahaja melangkah keluar dari lif apartment yang didiami olehnya itu setelah pintu lif itu terbuka luas. Kakinya satu per satu melangkah menuju ke rumahnya yang bernombor 201 dan berada di tingkat empat itu.

Dia menekan digit password yang terletak di pintu rumahnya itu satu per satu setelah dia sampai di hadapan pintu tersebut. Setelah mendengar bunyi menandakan pintu itu berjaya dibuka, pantas sahaja dia menapak masuk.

Dia membuka sepatunya dan diletakkan di rak kasut yang disediakan di belakang pintu rumah itu lalu dia melangkah ke sofa di ruang tamu rumahnya.

Dia melepaskan keluhan kecil setelah dia berjaya melabuhkan punggungnya di sofa empuk itu. Matanya meliar di segenap ruang tamu itu. Ruang tamunya dipenuhi dengan bekas-bekas botol minuman keras dan juga sisa-sisa makanan yang tidak dibuangnya sejak dua hari lepas.

Dia melonggarkan tali lehernya lalu dia menyandarkan kepalanya di kepala sofa itu. Dia menilik jam tangannya yang berada di pergelangan tangannya. Sudah pukul 6:37 petang. Dia berasa agak letih pada hari ini kerana kerja di pejabatnya terlalu banyak yang ingin disiapkan.

Matanya memandang kosong siling putih itu. Dalam fikirannya masih segar terbayangkan agenda malam semalam di mana adiknya Jimin, memeluk erat belakang tubuh bekas kekasihnya iaitu Hae Ji.

Bekas kekasih? Dia tidak pernah melafazkan kata putus untuk mengakhiri hubungan mereka berdua. Dia akui bahawa dia masih mencintai gadis itu.

Dia meletakkan sebelah lengannya di atas dahi dan ingin memejamkan matanya untuk merehatkan diri seketika tetapi niatnya terus sahaja terbantut apabila dia merasakan telefon bimbitnya itu bergetar kuat di dalam poket seluar menandakan seseorang sedang menghubunginya.

Lantas dia mengeluarkan telefon bimbit itu. Dia tersenyum sinis melihat nama yang terpamer di skrin telefon tersebut lalu dia terus menjawab.

"Ermm nak apa?" datar sahaja suaranya menjawab panggilan tersebut. Dia malas ingin melayan kawannya sorang itu kerana dia tahu apa yang ingin disampaikan oleh lelaki tersebut.

"Ji Kyung. Malam ni jangan lupa join kitorang. Dah dua hari kau tak datang sini. Dah la ramai perempuan baru yang datang sini. Semuanya ikut cita rasa kau. Memang rugi la kau tak datang." jelas lelaki dalam talian itu dengan nada teruja.

Ji Kyung hanya membiarkan kata-kata kawannya itu tidak terbalas. Sebenarnya dia malas ingin pergi ke tempat 'neraka' itu lagi semenjak dia telah menjumpai kekasihnya semula yang dicari selama ini.

"Wehh kau dengar tak apa yang aku cakap ni. Okay macam ni la. Aku janji, kalau kau datang malam ni. Aku akan belanja kau semuanya." tawar lelaki itu. Ji Kyung berfikir sejenak tentang tawaran kawannya itu.

Apabila dia teringat kembali tentang Jimin dan Hae Ji di beranda pada malam hari yang lepas, terus sahaja dia menerima pelawaan lelaki itu.

"Okay cun. Macam biasa pukul 11:45. Jangan lambat. Nanti terlepas pula nak tengok 'free show'." jelas lelaki itu dengan suara sinis.

Dia mencampak telefon bimbitnya di atas meja setelah talian ditamatkan dan mula mengangkat punggungnya untuk menuju ke dalam bilik air bagi membersihkan dirinya.

Bersambung

Thanks ※ Jimin Where stories live. Discover now