Chapter 30 - Hell

951 88 13
                                    

"Lepaskan aku la!" bentak Ji Kyung sambil cuba menolak tubuh gadis di hadapannya itu tetapi gadis itu malah mengeratkan lagi pelukan di tubuh Ji Kyung.

"Relaks bro. Tak baik kasar kasar dengan perempuan. Perempuan ni ibarat permata kaca yang perlu kita jaga seeloknya supaya dia tak pecah." bebel Josh sambil meneguk secawan arak manakala gadis itu sudah tersenyum senang mendengar kata-kata Josh.

"Pergi mampus kau punya permata kaca tu!" bentak Ji Kyung sekali lagi. Dia cuba bangkit dari sofa tersebut tetapi bahunya di tahan oleh Josh.

"Relaks la bro. Kita enjoy la dulu. Nahh." Josh disampingnya itu menghulurkan secawan arak kepadanya. Ji Kyung hanya memandang kosong gelas itu. Josh memberikan isyarat mata dan gadis itu seakan memahami lalu mengangguk kecil.

Lantas dia memegang kedua belah rahang Ji Kyung dan menolak supaya Ji Kyung memandang ke hadapan semula. Gadis itu memandang sayu ke dalam anak mata Ji Kyung.

"Saya masih cintakan awak."

Selepas ungkapan dari gadis itu diucap, perlahan-lahan gadis itu membenamkan bibirnya di bibir Ji Kyung.

Pada mulanya, Ji Kyung hanya membiarkan ciuman itu tidak terbalas tetapi lama-kelamaan ciuman itu membuatkan dia hanyut dalam nafsu lelakinya dan dia membalas rakus ciuman tersebut. Gadis itu tersenyum kecil dalam ciuman apabila lelaki yang disayanginya membalas kembali ciumannya.

Saat Ji Kyung hanyut dilema, gadis itu menurunkan tangannya dari rahang Ji Kyung ke hujung baju lelaki itu dan dengan perlahan-lahan dia menarik hujung baju Ji Kyung ke atas.

Ji Kyung merasakan bajunya ditarik dan membuatkan dia tersedar pada situasi sekarang. Dia lantas menolak kasar tubuh gadis itu dan menyebabkan gadis itu mengerang kesakitan akibat terjatuh dari pangkuan Ji Kyung.

'Macam mana aku senang sangat tergoda dengan godaan nafsu perempuan ni.' bisiknya geram

"Sudah la! Aku nak keluar dari tempat jahanam ni." gumam Ji Kyung sambil mengangkat punggungnya untuk berlalu pergi. Langkahnya terhenti apabila terdengar gelak sinis dari kawannya.

"Kau? Nak berambus dari sini? Ughh macam tak percaya. Kau sendiri yang cakap dulu, tempat ni ibarat syurga bagi kau." kata kawannya yang sedari tadi hanya berseronok bersama teman wanitanya.

"Tu dulu. Manusia boleh berubah Dongwoon. Kau kena tahu tu. Sekarang aku nak berubah jadi orang yang lebih berguna. Mulai sekarang dan sampai bila-bila, aku ibaratkan tempat ni adalah sebuah neraka. Tak. Memang tempat ni sebuah neraka pun." usai dia mengungkapkan kata-kata itu, dia terus berlalu pergi dari situ.

✘✘✘✘✘

Hae Ji memasuki rumahnya dengan penuh berhati-hati. Dia menutup pintu semula dengan perlahan supaya penghuni di rumah itu tidak sedar akan kepulangannya. Belum sempat dia ingin melangkah menaiki anak tangga, ada seseorang sudah membuka lampu rumah itu dan serta merta rumah itu menjadi terang benderang.

"Sekarang dah pukul berapa? Baru ingat nak balik rumah?" Hae Ji sudah tahu milik siapa suara garau itu. Dia cuba membalikkan tubuhnya ke belakang. Matanya terus sahaja bertaut dengan mata Jimin yang sedari tadi memerhatikannya dari ruang tamu. Hae Ji menelan liur dengan payah apabila anak mata Jimin betul-betul menikamnya.

"Saya tanya awak lagi sekali, sekarang dah pukul berapa?" soal Jimin dingin sekali lagi sambil dia menyilangkan kedua tangannya. Hae Ji terus mengerling jam tangannya.

11:34 p.m.

"Ada jam rupanya. Ingatkan tak ada tadi sampaikan tak tahu nak balik rumah dah." perli Jimin dengan sinis. Hae Ji mengenggam kuat hujung baju blouse-nya mendengar kata-kata pedas dari Jimin itu. Dia hanya menundukkan wajahnya. Dia malas ingin bersemuka dengan Jimin pada masa sekarang.

"Awak tahu tak? Bahaya dekat luar sana. Lebih-lebih lagi waktu sekarang. Kalau apa-apa terjadi pada diri awak; siapa yang susah nanti, family awak juga yang—"

"Ya, saya tahu la!" bentak Hae Ji. Kata-kata Jimin hanya dibiarkan terhenti. Hae Ji memandang geram pada wajah Jimin. Di tubir matanya sudah dipenuhi dengan air mata jernih. Hanya tunggu masa ingin mengalirkan sahaja. Dia tidak biasa dimarahi ataupun ditengking oleh seseorang dan itu akan membuatkan dirinya berasa takut.

"Lagi pun saya bukan balik seorang diri. Saya balik dengan—"

"Dengan Seungcheol? "

Bersambung

Thanks ※ Jimin Where stories live. Discover now