[Terjemahan]
Omma - ibu
Ahjumma - makcik"Betul la apa yang omma Hae Ji cakapkan tu. Kita kalau nak berubah kita kena buang jauh-jauh fikiran negatif kita tu. Well, macam pakcik Han kata hari tu. Kita kena kenal orang tu dulu baru kita boleh nampak dia punya kebaikan dan keburukan." kata pakcik Han yang bersandar di tepi pintu.
Puan Shin mengalihkan pandangannya semula kepada Hae Ji.
"Tak apa la. Omma bagi Jiji masa untuk berfikir tapi omma harap sangat Jiji dapat terima Jimin dalam keluarga kita. Sebenarnya dulu bila omma lepas dah dapat Jiji, omma teringin nak anak lelaki tapi tak kesampaian tapi sekarang Jimin hadir dalam keluarga kita ni buatkan omma rasa gembira sangat sebab omma berpeluang untuk merasa pengalaman ada anak lelaki jadi omma harap sangat Jiji dapat pertimbangkan tentang perkara ni. Lagipun nanti Jiji ada kawan juga nak berbual." kata Puan Shin sambil tersenyum lalu Puan Shin melangkah keluar dari bilik Hae Ji.
Apabila Puan Shin sudah keluar dari bilik Hae Ji, dia ternampak suaminya dan juga Jimin sedang menaiki anak tangga.
"Sayang. Tolong tunjuk bilik pada Jimin. Saya nak keluar sekejap ada hal tentang business." kata Tuan Shin dan berlalu pergi meninggalkan Puan Shin dan Jimin.
"Baiklah. Sini Jimin, omma tunjukkan bilik Jimin." kata Puan Shin yang mengelarkan dirinya sebagai omma pada Jimin.
Jimin hanya mengikuti langkah Puan Shin dari belakang
Bilik Jimin bersebelahan dengan bilik Hae Ji. Jimin memandang segenap ruang bilik itu yang cukup cantik baginya
"Bilik ni sekarang dah jadi bilik Jimin jadi kalau Jimin nak ubah apa-apa dalam bilik ni, Jimin ubah je lah ya." kata Puan Shin sambil tersenyum.
"Tak perlu ahjumma. Bilik ni dah cukup cantik bagi Jimin." kata Jimin yang masih lagi tidak puas melihat setiap penjuru bilik itu.
"Panggil omma je. Bagus la kalau macam tu. Jimin berehat la dulu ya. Jimin mesti penat. Omma keluar dulu ya." Puan Shin hanya tersenyum dan dia meninggalkan bilik tersebut
(JIMIN)
Setelah Puan Shin meninggalkan bilik, aku terus merebahkan badan ku di atas tilam yang bersaiz queen.
Ohh lupa Puan Shin suruh aku untuk panggil diri dia sebagai omma.
Aku hanya memandang kosong siling putih bilik tu.
Aku cuma terfikir hidup aku lepas ni akan lebih bahagia dengan keluarga baru aku atau pun hidup aku cuma biasa je.
Puan Shin memang baik orangnya. Aku dah kenal lama dengan dia sejak aku kecil lagi tapi aku tak pernah cuba ambil tahu atau kenal dengan anak dia, Hae Ji.
Ohh ya Hae Ji. Bercakap tentang Hae Ji ni. Aku terfikir aku macam pernah tengok dia sebelum ni tapi aku tak ingat dekat mana aku pernah nampak dia.
"Haishh kekoknya rasa duduk dalam rumah ni. Kalau dekat rumah lama aku sekarang ni, dah lama aku menghadap TV sambil makan popcorn. Nak main laptop pun laptop ada dekat rumah lama tu lagi. Aku datang sini pun just bawa pakaian aku je"
Aku buat keputusan untuk tidur bagi hilangkan rasa bosan yang melanda diri aku sekarang ni.
✘✘✘✘✘
Aku tersedar dari tidur bila aku dengar ketukan pintu dari luar.
"Aduhh siapa pulak yang kacau mood tidur aku ni" monolog aku sendiri.
Aku bangun dari katil terus menjeling kejap ke arah jam.
"Dah pukul 8.30 malam?! Lamanya aku tidur. Aku ni penat sangat ke apa sampai tak sedar dah malam?"
Aku buka pintu sambil menguap dan aku ternampak ada sekujur tubuh perempuan sedang berdiri betul-betul depan aku. Terus aku cepat-cepat cover diri aku ke keadaan yang asal.
Mak aihh buat malu aku je minah ni. Siapa lagi kalau bukan Hae Ji.
"Omma suruh turun bawah untuk makan malam" katanya.
Aku hanya mengangguk menandakan aku faham. Tengok aku angguk terus dia pergi.
Aku terus tutup pintu niat nak pergi ke bilik air untuk basuh muka aku yang baru je bangun tidur. Aku harap takda air liur basi aku melekat. Kalau tak, buat malu sekali lagi je dekat Hae Ji.
Sedang aku tengah basuh muka tiba-tiba wajah Hae Ji yang berdiri di hadapan pintu bilik tadi bermain di benak fikiran aku.
Cepat-cepat aku cuba hilangkan wajah tersebut dari pemikiran aku tapi tak boleh lantas aku gelengkan kepala. Haihh dah macam orang gila.
"Haishh ni tak boleh jadi. Asal aku tiba-tiba teringat muka dia ni?"
Pada waktu yang sama, aku terfikir walaupun muka dia yang agak serius tadi tu tapi tetap terserlah kecantikannya.
"Haishh asal la jantung aku ni tiba-tiba dup dap dup dap bila teringat muka minah tu? Tapi orang selalu kata kalau jantung kita ni berdegup dengan laju bila teringat akan sesorang tu maksudnya kita dah fall in love dengan orang yang kita fikir tu? Ehh tak kan la aku dah jatuh cinta just tengok muka dia face to face sekali tu je. Tapi tak salahkan kalau pandang sekali dah jatuh cinta? Ni ke maksudnya cinta pandang pertama? Eiiuu Jimin apa yang kau merepek sekarang ni and asal pulak kau ni tiba-tiba nak berjiwang malam-malam macam ni. Sumpah aku dah gila ni. Okay enough. Baik aku turun entah-entah dorang semua dah tunggu aku lama. Kesian pulak dekat dorang. Dah la aku baru jer datang hari ni dah buat hal."
Bila tengok balik panjang jugak kan aku bermonolog sendiri
Selesai aku basuh muka, terus aku keluar dari bilik.
Aku berpaling ke belakang untuk tutup daun pintu dan bila aku nak melangkah ke depan.
Tiba-tiba aku terlanggar seseorang.
Bersambung
YOU ARE READING
Thanks ※ Jimin
RomanceC O M P L E T E Akibat trauma dari sebuah kemalangan itu, gadis yang bernama Shin Hae Ji bertukar menjadi seorang yang murung, pendiam dan tidak bergaul dengan sesiapa sahaja termasuk keluarganya sendiri dan juga dia telah hilang seribu satu perasa...