[Terjemahan]
Nuna - kakak (untuk lelaki)
Mianhae - saya minta maaf
Kamsahamnida - terima kasih
Nae - ya"So macam mana kelas hari ni? Okay?" soal Su Yeon kepada Hae Ji setelah mereka berdua melangkah keluar dari kelas. Mereka berdua mengambil course yang sama iaitu Fashion Designer di universiti tersebut.
"Okay je. Semua student dalam kelas tu peramah and mudah bergaul. Tak rasa kekok sangat." balas Hae Ji dengan nada yang gembira.
"Bagus la kalau macam tu. By the way, kau balik dengan apa ni atau tak ada siapa yang nak ambil kau? Kalau tak ada aku tolong hantarkan" soal Su Yeon.
"Aku balik dengan Jimin. Pagi tadi pun aku tumpang dia." balas Hae Ji lalu melangkah keluar dari pintu gerbang universiti tersebut.
"Sure? Tak nak aku hantarkan? Nanti takut Jimin tu balik lambat, kau pula yang kena tunggu dia." soal Su Yeon dalam nada yang risau. Hae Ji menggeleng kepala sambil tersenyum.
"Yes I'm sure. Don't worry okay." Hae Ji menyakinkan kawannya itu.
"Okay. Aku pergi dulu. Nanti kalau ada masalah just calling calling me." kata Su Yeon sambil tangannya membuat gaya menelefon. Hae Ji hanya mengangguk mengiyakan.
Setelah kelibat Su Yeon hilang, Hae Ji membuat keputusan untuk menunggu Jimin di tangga yang berhadapan dengan pintu gerbang universiti tersebut.
Dia mengeluarkan sebuah buku novel untuk dibacanya bagi menghilangkan rasa bosan yang mula melanda dirinya.
Sudah sekian lama Hae Ji menunggu kedatangan Jimin yang masih belum memunculkan diri. Gadis itu mendongak ke langit apabila merasa hari tersebut semakin panas terik.
Hae Ji memegang lehernya apabila gadis itu berasa kehausan. Matanya melilau mencari sebuah kedai yang menjual minuman untuk dibelinya.
Tiba-tiba matanya tertancap pada sebuah kedai seberneka yang beroperasi 24 jam yang tidak jauh dari universiti tersebut. Dengan pantas kakinya terus melangkah ke arah kedai seberneka itu.
✘✘✘✘✘
Hae Ji membuka pintu kedai seberneka tersebut lalu menapak masuk ke dalam.
"Selamat datang" tegur pekerja perempuan yang berlingkungan umur 18 tahun di kedai tersebut dengan ramah. Hae Ji memberikan senyuman manis kepada pekerja perempuan itu dan pekerja perempuan itu juga turut membalas senyuman Hae Ji.
Hae Ji terus menapak ke tempat penyimpan minuman dingin. Matanya meliar ke serata tempat penyimpan yang begitu banyak menyimpan beraneka minuman itu.
Dia tidak pasti ingin minuman yang jenis macam mana? Tiba-tiba matanya tertangkap pada satu minuman yang hanya tinggal satu sahaja
Tanpa membuang masa, dia terus mengambil minuman tersebut tetapi pada masa yang sama dia telah terpegang satu tangan seseorang. Dia terus berpaling ke sebelah kanannya.
"Mianhae." katanya lalu melepaskan tangan seseorang itu dan juga minuman itu.
"It's okay. Nuna nak minuman banana milk ni ke? " tanya budak lelaki tersebut.
Hae Ji baru sedar bahawa budak lelaki itu memakai seragam sekolah.
'Patut dia panggil aku nuna' gumam dalam hati Hae Ji. "It's okay kalau... " percakapan Hae Ji terhenti apabila dia tidak tahu ingin mengelarkan budak lelaki itu apa.
"SeungJin.. Choi SeungJin" kata budak lelaki ataupun dikenali sebagai SeungJin. Hae Ji hanya mengangguk.
"Kalau SeungJin nak, ambil je la. Nuna boleh ambil minuman lain" kata Hae Ji dengan lembut. SeungJin hanya mengangguk dengan gembira
"Kamsahamnida nuna." SeungJin berterima kasih kepada Hae Ji setelah dia mengambil minuman tersebut. Hae Ji hanya tersenyum dan mengangguk.
Mereka berdua menapak ke kaunter pembayaran untuk membayar minuman mereka. SeungJin ingin mengambil dompetnya yang terletak di dalam poketnya tetapi tiada.
Dia cuba meraba di sekitar kawasan poket seluarnya tetapi tiada. Dia menelan air liurnya untuk memikirkan bagaimana dia ingin membayar minuman tersebut.
"Tak apa. Saya bayarkan untuk dia. " kata Hae Ji pada penjaga kaunter tersebut. Budak perempuan yang menjaga kaunter itu hanya mengangguk.
"Ehh Nuna. Tak apa la. Saya boleh bayar nanti. Saya tak nak menyusahkan Nuna." kata SeungJin dengan nada sedikit risau.
"Tak apa. Tak menyusahkan Nuna pun la." kata Hae Ji lalu dia berterima kasih kepada penjaga kaunter tersebut dan mengambil minuman yang telah dibayarnya itu dan mula menapak ke pintu kedai tersebut.
"Nae nuna." SeungJin terpaksa akur dengan kata Hae Ji dan dia mengambil minuman dari Hae Ji lalu membongkokkan sedikit tubuhnya di hadapan gadis itu.
"Boleh SeungJin tahu nama Nuna? " tanya SeungJin untuk cuba mengenali diri Hae Ji.
"Mestilah boleh. Shin Hae Ji. Cuma panggil Hae Ji. Nuna belajar dekat universiti situ." kata Hae Ji lalu menunjukkan ke arah universiti yang tidak jauh dari kedai seberneka itu.
"Ohh.. Sama dengan hyung SeungJin. Dia pun belajar dekat situ." gumam budak lelaki itu lalu menyedut minumannya.
"Hyung SeungJin? " soal Hae Ji.
Bersambung
YOU ARE READING
Thanks ※ Jimin
RomanceC O M P L E T E Akibat trauma dari sebuah kemalangan itu, gadis yang bernama Shin Hae Ji bertukar menjadi seorang yang murung, pendiam dan tidak bergaul dengan sesiapa sahaja termasuk keluarganya sendiri dan juga dia telah hilang seribu satu perasa...