Chapter 8 - Su Yeon

1.3K 123 0
                                    

[Terjemahan]
Omma - ibu
Oppa - abang (untuk perempuan)
Nae - ya
Yeoboseyo - hello (informal)
Annyeonghaseyo - hello (formal)
Nuguya - siapa
Jinjahage - serius

Pagi tu Hae Ji bangun awal tanpa dikejutkan oleh ibunya. Hae Ji melangkah menuruni anak tangga.

Hae Ji terdengar satu bunyi datang dari arah dapur lalu dia berjalan menuju ke dapur.

Hae Ji ternampak ibunya sedang sibuk menyiapkan sarapan pagi untuk keluarganya.

"Omma.. " kata Hae Ji yang sedang mendekati ibunya.

"Ohh Jiji-ah awalnya princess omma ni bangun. Jiji pergi duduk dekat depan dulu sementara tunggu omma siapkan sarapan ni dulu. Ohh! Nanti pakcik Han kamu nak datang!" Kata Puan Shin yang sibuk menguruskan makanan di situ.

"ohh nae. By the way, boleh Jiji tolong omma?" Tanya Hae Ji yang kasihan melihat ibunya kelam-kabut menyiapkan sarapanm

Puan Shin terhenti seketika apabila mendengar tawaran Hae Ji yang ingin menolongnya.

"Boleh sayang" kata Puan Shin lembut sambil tersenyum.

Hae Ji menolong Puan Shin menghidangkan makanan yang sudah siap di atas meja manakala Puan Shin masih lagi memasak makanan yang selebihnya di dapur.

Ding ~ Dong~

Bunyi loceng rumah kedengaran.

"Jiji tolong buka pintu tu mungkin pakcik Han kamu dah sampai" kata Puan Shin dari dapur.

"Nae omma." sahut Hae Ji lalu menuju ke arah pintu. Hae Ji membuka pintu lalu mengukir satu senyuman.

Puan Shin keluar dari dapur sambil membawa semangkuk sup kimchi.

"Kenapa tak ajak pakcik Han kamu tu masuk lagi Jiji? Sarapan dah siap dah ni" kata Puan Shin yg sedang menyusun makanan dan pinggan mangkuk supaya menjadi lebih teratur.

Puan Shin menoleh ke arah pintu dan ternampak Hae Ji masih tercegat di depan pintu tersebut.

"Haiish anak aku sorang ni tak dengar ke atau buat-buat tak dengar?" bisik hati Puan Shinm

Lalu Puan Shin pergi ke arah anaknya. Dia terkejut apabila di depan rumahnya bukan la pakcik Han tetapi SU YEON?!

- - - - - -

Hae Ji membuka laci mejanya dan benda yang pertama dia nampak adalah HANDPHONE.

Lalu Hae Ji mencapai handphonenya itu yang sudah lama tersimpan rapi di dalam laci meja.

Dengan perlahan lahan Hae Ji menekan butang ON untuk menghidupkan kembali handphone nya.

Dalam beberapa minit sebuah gambar terpampang jelas di skrin handphonenya iaitu gambar Hae Ji bersama Ji Kyung.

"Just forget it Hae Ji. Delete semua gambar dia dengan nombor telefon dia sekali. Okay SIMPLE!" bisik hati Hae Ji.

Hae Ji terus pergi ke gallery yang menyimpan semua gambarnya lalu memadam semua gambar yang berkenaan dengan Ji Kyung.

Lalu dia pergi pula ke tempat yang menyimpan semua kenalan dia. Hae Ji mencari nama Ji Kyung oppa lalu di delete.

Tiba-tiba dia ternampak nama Su Yeon tertera di bawah.

Hae Ji terlalu rindu untuk mendengar suara Su Yeon lalu dia menekan butang call untuk menelefon Su Yeon.

Tidak lama itu terdengar suara Su Yeon memanggil "yeoboseyo?" Panggil Su Yeon.

Hae Ji hanya membisu. Dia tidak tahu ingin membalas dengan apa. Sudah lama dia tidak bercakap dengan Su Yeon.

"Yeoboseyo? Nuguya?" panggil Su Yeon sekali lagi.

"Su Yeon " jawab Hae Ji perlahan. Su Yeon sangat kenal akan suara tersebut.

"Hae.. Hae Ji? Seriously Hae Ji?!" soal Su Yeon untuk kepastian.

"Nae" jawab Hae Ji ringkas bila Su Yeon mendengar jawapan Hae Ji dia terus menjerit kegembiraan.

"HAE JI- AHH!! I miss you so much!" jerit Su Yeon. Kedengaran bunyi esakan di hujung talian.

"Su Yeon? Kau nangis?" tanya Hae Ji. Suara tangisan Su Yeon semakin kedengaran.

"Su Yeon- ahh don't cry. Kalau kau rindukan aku esok pagi kau datang la rumah aku. Boleh sarapan sekali dengan aku." kata Hae Ji memujuk Su Yeon supaya tidak menangis lagi.

"Jinjahage?! Datang rumah kau esok?" Tanya Su Yeon.

"Nae Su Yeon" jawab Hae Ji.

- - - - - - -

"Su Yeon. Dah lama tak jumpa kamu. Kamu sihat?" tanya Puan Shin sambil menjemput Su Yeon masuk.

"Sihat. Saya datang ni pun sebab Hae Ji yang ajak." kata Su Yeon yang sudah mengambil tempat duduk di sebelah Hae Ji.

"Ya? Hae Ji yang ajak kamu datang?" Tanya Puan Shin.

"Ya. Dia semalam ada call saya suruh datang rumah sebab saya kata saya rindukan dia sangat-sangat." kata Su Yeon lalu memandang Hae Ji di sebelahnya.

"Bagus la kalau macam tu. Dia ni pun rindukan kamu juga." ujar Puan Shin sambil mencedok nasi.

Mereka semua sudah pun berada di meja makan kecuali pakcik Han.

"Ehh mana Baek Gin? Tak datang lagi ke dia tu?" soal Tuan Shin pada Puan Shin.

"Entah la. Semalam kata nak datang sarapan sekali." kata Puan Shin.

Tiba-tiba terdengar ketukan pintu dari luar lalu pintu tersebut dibuka oleh seseorang.

"Annyeonghaseyo. Sorry lambat. Tadi pergi beli barang sekejap." kata pakcik Han lalu cepat-cepat mengambil tempat di sebelah Puan Shin.

"Annyeonghaseyo Hae..... Ji- ahh." kata-kata pakcik Han terhenti apabila ternampak seseorang di sebelah Hae Ji.

Bersambung
-
-
-
-

Sorry kalau chapter ni membosankan.. watak jimin maybe akan disiarkan lagi dua chapter harap bersabar ye

Thanks ※ Jimin Where stories live. Discover now