Chapter 36 - Call

852 126 0
                                    

Jimin menghirup sampai habis minuman dingin coffee latte yang dipesan olehnya sendiri. Ji Kyung hanya memerhati gelagat adiknya sambil menggeleng kepala dan tersenyum senang.

"Kenapa hyung nak jumpa ni?" soal Jimin setelah dia berasa lega dapat menghilangkan rasa dahaga yang ditahan dari tadi. Mendengar pelawaan abangnya yang ingin belanja minum petang, laju sahaja Jimin menerima.

"Saja je. Rindu nak keluar lepak dengan adik hyung ni." Ji Kyung ketawa kecil melihat Jimin yang sudah terbeliak biji matanya mendengar kata Ji Kyung.

"Sebab itu je? Hyung tahu tak, nak keluar rumah tadi pun si Hae Ji tu banyak soal. Tanya nak pergi mana? Dengan siapa? Keluar nak buat apa? Balik bila? Dah rasa macam Jimin ni suami dia pulak nak kena tanya semua tu." betak Jimin geram apabila mengingati semula situasi itu. Ji Kyung hanya tersenyum sambil menggeleng.

"Bagus la tu kalau Jimin rasa yang Jimin tu macam suami dia. Nanti bila Jimin dah kahwin dengan dia, tak ada lah Jimin rasa bosan sangat dengar bebelan dia." usik Ji Kyung. Jimin sudah memutarkan biji matanya tanda menyampah dengan kata-kata abangnya itu.

"Tu bukan menghilangkan bosan tapi makin membosankan adalah!" kata Jimin sebelum gelak tawa mereka berdua kedengaran bersama.

Tanpa mereka sedar, ada seseorang sedang memerhatikan mereka berdua dari jauh.

✘✘✘✘✘

Hae Ji mendail nombor Jimin berkali-kali tapi sama juga seperti tadi. Jimin tidak mengangkat panggilan dari gadis itu.

"Hish! Mana dia ni? Dah hampir satu jam keluar. Tak reti nak balik ke? Dah la orang call tak angkat. Baik campak je phone tu ke laut" rungut Hae Ji geram. Dia menggigit kukunya yang agak panjang sambil mundar mandir di ruang tamu rumah.

Setelah penat dia mendail nombor Jimin, akhirnya dia berputus asa lalu mencampak telefon pintarnya itu ke sofa. Selang beberapa minit, ada satu bunyi kedengaran menandakan ada mesej masuk.

Dengan cepat, Hae Ji mengambil semula telefon pintarnya untuk melihat mesej itu dan berharap jika mesej itu dari Jimin tetapi hampa. Mesej itu adalah dari Seungcheol.

1.26 p.m. Seungcheol
Awak busy tak? Kalau tak,
saya nak ajak awak keluar.
Nanti saya ambil awak dekat
rumah 😉

Hae Ji hanya membiarkan sahaja mesej itu tanpa dibalas. Dia mula merebahkan badannya ke sofa.

✘✘✘✘✘

Jimin menapak ke meja yang didudukinya dan juga abangnya setelah dia baru selesai pulang dari tandas di kafe tersebut.

"Ohh! tadi phone Jimin berbunyi banyak kali. Hyung nak angkat tapi tak apa la. Takut kacau privasi." jelas
Ji Kyung sebelum dia meneruskan kembali memain permainan yang berada di dalam telefon pintar miliknya.

Jimin hanya mengiya dengan anggukan lalu dia mencapai telefon miliknya yang berada di atas meja itu.

18 missed call from nenek kebayan

"Buat apa si nenek kebayan ni call aku banyak kali? Nak kata rindu tu memang mustahil la." monolog Jimin sendirian. Ji Kyung masih fokus pada permainannya.

Baru sahaja dia ingin menelefon kembali Hae Ji, matanya tertancap pada satu susuk tubuh seorang perempuan dan diikuti dengan seorang lelaki yang baru sahaja memasuki kafe yang sedang dia duduki.

Hampir sahaja jantungnya ingin tercabut apabila mata perempuan itu dan matanya sudah bertentangan. Jimin menoleh melihat Ji Kyung yang sudah membuat mimik muka yang pelik apabila melihat adiknya itu sudah seperti cacing kepanasan.

Baru sahaja Ji Kyung ingin berpaling memandang ke belakang, Jimin sudah menahan kepala Ji Kyung terlebih dahulu dan menggeleng perlahan.

Dengan pantas, Jimin mengambil buku menu yang terdapat di atas meja tersebut dan menutup wajah Ji Kyung dari kelihatan oleh perempuan yang sedang menuju ke arah meja mereka berdua.

"Park Jimin! Kenapa awak tak angkat call saya? Tahu tak, saya dah macam orang gila call awak berkali-kali." bentak Hae Ji seusai dia berjaya menghampiri meja yang diduduki oleh Jimin.

"Hehehe sorry. Tadi awak call, masa saya pergi tandas dan phone saya pula tertinggal dekat atas meja. Macam mana saya nak angkat call awak." sengih Jimin membalas kata Hae Ji. Dia cuba mengawal mukanya dari kelihatan tidak kekok dengan situasi yang sedang dialaminya sekarang.

Jimin berharap agar Hae Ji tidak menyoal tentang siapa di hadapannya dan cepat berlalu pergi dari situ tetapi harapannya hancur.

"Siapa ni?" soal Hae Ji sambil memandang lelaki yang sejak dari tadi menutup wajahnya dengan buku menu itu.

'nak kata dia ni baca buku menu tu tak juga, rupa dia macam tengah tidur?' bisik hati gadis itu.

"Kan saya dah beritahu tadi yang saya keluar dengan kawan saya." jelas Jimin dan pada masa yang sama, dia menjeling tajam ke arah Seungcheol yang sedang berdiri di belakang Hae Ji sambil tersenyum sinis.

"Ohh. Tak nak kenalkan ke?" soal
Hae Ji lagi lalu cuba menarik kerusi kosong yang masih ada di situ, niat ingin duduk setelah sekian lama berdiri.

'Ya tuhan. Dia pergi duduk pulak dekat sini. Boleh blah cepat tak dari sini wahai nenek kebayan' bentak Jimin sendiri dalam hati.

Serentak bahu Jimin dan Ji Kyung terangkat sedikit akibat terkejut mendengar ketukan meja yang agak kuat dari gadis di samping mereka berdua. Fuhh tangan punya kecik tapi dia ketuk meja tu macam nak terbelah dua dah meja tu.

"Orang tanya, dia pergi termenung pulak." rungut Hae Ji geram.

"Hah? Tanya apa?" soal Jimin bingung. Hae Ji menepuk perlahan dahinya. Aku cincang cincang halus jugak si Jimin ni karang.

"Cakap dengan awak ni memang selalu sakit hati eh? Saya tanya, tak nak perkenalkan KAWAN awak ni pada saya ke?!" pekik Hae Ji dan menekankan sedikit perkataan kawan. Sekali lagi bahu Jimin terangkat akibat terkejut mendengar pekikan nenek kebayan di sebelahnya ini. Kalau duduk lama-lama dengan dia ni mungkin telinga aku dah berdarah sebab dengar jeritan dia.

Pelanggan yang berada di kafe tersebut sudah memandang tajam ke arah mereka. Jimin menunduk sedikit kepalanya memohon maaf kepada pelanggan tersebut.

"Hae Ji.. Awak ni kalau bercakap, tak boleh ke perlahan sikit? Kita dekat public so hormat orang sekeliling kita. Bukan saya tak nak kenalkan kawan saya cuma dia ni pemalu orangnya." jelas Jimin disertakan dengan senyuman yang sehabis mungkin kepada Hae Ji.

Hae Ji hanya memandang ke dalam anak mata Jimin sebelum dia mengangkat punggung dari tempat duduknya.

"Dah la Seungcheol. Mari kita pergi dari sini. Duduk sini lama-lama boleh sakit jiwa dibuatnya." bentak Hae Ji.

"Aku lagi sakit jiwa duduk dengan nenek kebayan ni." gumam Jimin perlahan. Hae Ji yang baru ingin melangkah pergi dari situ mula berpatah balik ke arah Jimin apabila mendengar sesuatu yang tidak berapa jelas.

"Apa awak cakap? Saya tak berapa dengar la." Hae Ji cuba mendekati Jimin supaya pendengarannya jelas.

'Tu la. Kata lagi orang lain pekak, tengok diri sendiri dah pekak.' bisik hati Jimin.

"Tak. Saya cuma kata, nanti hati-hati bila nak balik tu. Lelaki zaman sekarang bukan boleh percaya sangat." sinis Jimin sambil matanya memandang ke arah Seungcheol yang juga sedang merenung tajam ke arahnya.

"Dah la Hae Ji. Jom." gumam Seungcheol lalu menarik sebelah tangan kecil gadis itu berlalu pergi dari kafe tersebut. Setelah kelibat mereka hilang dari pandangan, Jimin menurunkan buku menu yang menutup wajah Ji Kyung.

"Hyung. Kenapa berpeluh?" soal Jimin sambil sedaya upaya menahan ketawanya dari tercetus. Ji Kyung mengambil dua helai tissue yang terletak di atas meja itu lalu mengelap peluh di dahi luasnya.

"Garang dia tetap sama macam dulu. Menakutkan." kata-kata Ji Kyung menyebabkan ketawa Jimin terlepas juga.

Bersambung




Next update : 13 vote ☆

Thank you ❤

Thanks ※ Jimin Where stories live. Discover now