Chapter 28 - Jealous

1K 86 2
                                    

Seperti yang dijanjikan, Ji Kyung memandu ke tempat yang selalu dikunjunginya dan juga kawan-kawannya. Dia memberhentikan keretanya apabila lampu isyarat hijau bertukar menjadi merah.

Dia menyanyi kecil sementara menunggu lampu isyarat tersebut. Dia menoleh ke sebelah kiri dan serta merta nyanyiannya tadi terhenti apabila dia ternampak Hae Ji yang sedang duduk bersendirian di meja yang berhadapan dengan kafe itu.

Dia ingin sahaja keluar dari perut kereta tersebut dan berlari mendapatkan gadis itu tetapi dia tahu; jika dia melakukan sedemikian, gadis itu hanya akan berasa takut dan bertambahkan lagi rasa benci kepadanya.

Lamunannya terus hilang sebaik sahaja mendengar bunyian hon kereta dari arah belakang. Dia berpaling ke hadapan semula dan lampu isyarat hijau sudah lama menyala. Lalu dia menekan pedal minyak dan berlalu pergi.

✘✘✘✘✘

"Awak jeles?"

Hae Ji duduk sendirian di hadapan sebuah kafe sambil memikirkan tentang perkara yang dibicarakan olehnya dan juga Jimin kelmarin.

"Jimin" panggil Hae Ji perlahan. Tiada jawapan yang diberikan oleh Jimin malah dia mengeratkan lagi rangkulan di pinggang ramping Hae Ji.

"Jimin. Awak ada tak, suka seseorang tu?" soal Hae Ji lalu mengigit bawah bibirnya.

"Ada. Saya suka dekat dia tu dah lama." jawab Jimin lalu membuka sebelah matanya. Hae Ji sedikit terkejut apabila mendengar suara Jimin yang betul-betul di telinganya. Hae Ji menyangka bahawa Jimin telah diulit mimpi tetapi tidak.

"Awak rasa yang mana lebih cantik? Perempuan yang awak suka tu atau saya?" bagai tersedar, Hae Ji lantas menekup mulut sendiri dengan tapak tangannya.

'Haishh Hae Ji-ahh.. Kenapa kau bodoh sangat. Kenapa kau boleh tanya soalan bodoh macam tu. Aduhh' gumam Hae Ji dalam hati.

Jimin lantas ketawa mendengar kata-kata Hae Ji sebentar tadi. Rangkulan di pinggang gadis itu dilepaskan lalu dia berganjak ke sebelah gadis itu. Hae Ji sudah mencebik apabila Jimin masih dengan tawanya.

"Ada orang jeles la." kata Jimin dengan nada yang mengusik sambil cuba melihat muka Hae Ji yang mula merona merah.

"Ma—mana ada. Buat apa saya nak jeles dekat awak? Bukannya saya sukakan awak pun." Hae Ji menyilangkan tangannya di bawah dada dan memalingkan wajahnya ke tempat lain setelah habis berbicara.

"Betul juga tu. Awak bukannya sukakan saya pun tapi boleh dipercayai ke kata-kata awak ni? Betul awak tak sukakan saya?" soal Jimin untuk kepastian. Hae Ji mengangguk pantas dan masih memandang ke tempat lain.

"Betul ni? Kalau betul, tak payah la saya nak jaga hati awak lagi kan untuk sukakan perempuan yang saya sukakan tu." jelas Jimin dan kembali semula posisi asalnya iaitu menyandarkan belakang tubuhnya di penghadang besi balkoni itu sambil dia menatap wajah gadis disebelahnya itu.

Hae Ji mengigit bawah bibirnya kerana merasa geram dengan kata-kata Jimin. Dia memalingkan wajahnya ke tepi apabila dia sedar bahawa Jimin dari tadi hanya memerhatikannya.

"Apa?" soal Hae Ji sedikit dingin.

"Awak jeles?" Jimin mengangkat sebelah keningnya dengan senyuman nakalnya. Hae Ji mendengus geram lalu menapak masuk ke dalam rumah kembali.

"Ehh! Hae Ji, nak pergi mana? Tunggu la saya." jerit Jimin dari luar yang tengah mengekeh suka.

Lamunannya terhenti apabila mendengar hon kereta yang sangat kuat. Dia menoleh seketika ke arah jalan raya dan tiada apa-apa yang berlaku di situ.

Hae Ji mencapai minuman dingin di hadapannya lalu diteguk rakus. Dia masih berasa geram dengan Jimin apabila dia teringatkan kata-kata lelaki itu.

Hae Ji melihat sekelilingnya. Pelanggan yang berada di kafe itu mula berkurangan. Dia menilik jam tangannya seketika.

09:24 p.m.

"Dah berapa lama aku duduk sini? " soalnya dalam hati. Ketika gadis itu ingin berdiri untuk beredar dari situ, tiba-tiba ada seseorang yang datang menghampiri.

"Sorang je ke?"

Bersambung

Thanks ※ Jimin Where stories live. Discover now