[Terjemahan]
Omma - ibu
Appa - ayah
Hyung - abang (untuk lelaki)(JIMIN)
Tak. Mungkin aku salah dengar. Tak mungkin sebaik hyung yang aku kenal bertukar jadi seorang yang dayus.
"Omma bila semua benda ni berlaku?"
"Sehari sebelum hari lahir Hae Ji. 21 November 2014. Omma pun tak tahu apa yang terjadi malam tu. Bila tanya dia diam."
"Sehari sebelum hari lahir Hae Ji? Dua tahun yang lepas?"
Tanya ku untuk kepastian. Omma hanya mengangguk.
Dua tahun lepas pada 21 November 2014?
Hari.... hyung gaduh besar dengan appa?
- - - - - - -
"Disebabkan perempuan yang kamu selalu keluar bersama tu la, buatkan keputusan kamu jadi teruk macam ni."
Tengking appa bersama lemparan kertas pada muka hyung.
"Kamu tahukan yang kamu ni anak usahawan yang terkemuka. Kalau keputusan peperiksaan kamu teruk sangat macam ni dia boleh memalukan nama baik keluarga ni!"
Ji Kyung hanya mampu mendiamkan diri. Dia menggenggam kuat tangannya dan menundukkan kepala.
"Appa nak kamu berpisah dengan dia tak kira apa pun yang terjadi. Jangan membantah keputusan appa."
Langkah Tuan Park terhenti yang ingin berlalu pergi dari situ apabila terdengar ketawa sinis dari Ji Kyung.
"Saya takkan berpisah dengan dia apa pun yang terjadi."
Hyung mula mengeluarkan suaranya dan ketawa sinis sekali lagi.
"Appa hanya mempergunakan anak appa sendiri untuk mendapatkan apa yang appa inginkan. Dengan keputusan peperiksaan kami berdua yang cukup bagus boleh membuatkan nama appa naik dan terkenal dan di situ jugak la appa dapat duit yang berjuta-juta. Huh mudah je kan appa buat duit."
Sinis hyung dengan memandang tepat ke dalam anak mata appa.
Pang!!
Satu tamparan kuat diberi oleh appa kepada hyung dan menyebabkan bibir hyung mengeluarkan sedikit darah.
Aku dan omma yang melihat situasi itu dengan pantas mendapatkan hyung yang sudah terjelepuk di atas lantai sambil memegang pipinya.
"Abang! Apa yang abang dah buat dekat anak kita ni?! Sanggup abang."
Jerit omma yang sedang memegang pipi hyung yang sudah kemerah merahan.
"KAU BERAMBUS DARI RUMAH NI DAN JANGAN INGAT AKU NAK ANGGAP KAU SEBAGAI ANAK AKU LAGI!! KAU BERAMBUS SEKARANG!!"
- - - - - - -
✘✘✘✘✘
Pakcik Han duduk di sisi katil Hae Ji dan menghulurkan mug yang berisi air chocolate panas yang dibancuh sendiri olehnya kepada Hae Ji.
Hae Ji yang sedang duduk di kepala katil mula mengambil mug dari tangan pakcik Han.
Dia mula menghirup air chocolate itu perlahan-lahan kerana airnya yang masih panas.
Setelah selesai dia menghirup air itu dia meletakkan meja yang bersebelahan dengan katilnya.
"Sekian lama dia mula muncul balik."
Pakcik Han mengangkat mukanya yang dari tadi ditundukkan apabila dia mendengar kata Hae Ji itu.
Dia seakan-akan memahami apa yang dimaksudkan oleh Hae Ji itu.
"Hae Ji... Itu semua hanya bayangan dan imaginasi Hae Ji saja. Dia tak wujud sebenarnya. Hae Ji selalu terbayangkan dia sebab Hae Ji terlalu letih."
Tutur pakcik Han supaya Hae Ji dapat memahami dan menerima semua yang terjadi pada dirinya.
Hae Ji hanya mendengus halus dan menundukkan pandangannya.
✘✘✘✘✘
Jimin duduk di sisi katil sambil menatap wajah ahli keluarganya satu persatu yang berada dalam bingkai gambar itu.
Dia sudah tahu kenapa abangnya berbuat sedemikian terhadap Hae Ji.
Dia mengusap lembut wajah yang ada di dalam gambar tersebut. Air mata kelelakiannya tumpah sikit demi sedikit.
Tiba-tiba dadanya terasa amat sakit. Dengan pantas dia membuka laci meja yang berada di tepi katilnya dan mengambil sebotol ubat tahan sakit.
Dia mengeluarkan dua pil ubat tersebut dan menelannya lalu dia pantas mencapai botol air yang kebetulan tersedia di situ.
Apabila rasa sakit itu mula surut dia mula membaringkan badannya di atas tilam dan perlahan-lahan matanya di pejamkan.
Bersambung
YOU ARE READING
Thanks ※ Jimin
RomanceC O M P L E T E Akibat trauma dari sebuah kemalangan itu, gadis yang bernama Shin Hae Ji bertukar menjadi seorang yang murung, pendiam dan tidak bergaul dengan sesiapa sahaja termasuk keluarganya sendiri dan juga dia telah hilang seribu satu perasa...