Chapter 38 - Perfect

996 123 0
                                    

Jimin menapak keluar dari biliknya dan terus diatur menuju ke tangga. Dia berhenti seketika di hadapan bilik Hae Ji.

'Nak panggil dia sekali turun breakfast ke taknak? Nak panggil atau tak? Nak atau taknak?' bisiknya sendiri. Lama dia berdiri di hadapan bilik gadis itu, baru dia memberanikan dirinya menguak sedikit pintu bilik Hae Ji.

Ternampak Hae Ji yang masih tidur nyenyak membelakanginya. Dia menutup semula pintu bilik gadis itu dan mula mengatur langkah menuruni tangga.

"Good morning omma." sapa Jimin riang sesampai sahaja dia di dapur. Dia terus membuka pintu peti ais bagi mengambil jus oren untuk di minumnya.

Hae Ji menoleh ke belakang apabila ada seseorang menyapanya. Dengar suara itu sudah cukup membuatkan Hae Ji kenal siapa empunya suara tersebut.

'Sedapnya dia minum air tu sampai tak sedar aku yang dah tercegat dekat sini punya lama' bisik Hae Ji. Dia bercekak pinggang sambil memerhatikan Jimin yang sedap meneguk jus oren. Hae Ji berdehem sedikit bagi menyedarkan lelaki itu.

Mahu tersembur Jimin dibuatnya apabila dia menyangka figura itu adalah Puan Shin tetapi bukan sama sekali. Ia adalah.

"Hae Ji?!" kata Jimin separuh menjerit. Dia masih dalam keadaan terkejut sampaikan air yang belum ditelannya terkeluar daripada mulutnya yang ternganga luas.

'Eii.. Pengotor gila Jimin ni. Kalau iye pun nak terkejut sangat, telan la dulu air tu' bentak Hae Ji dalam hati sambil memandang Jimin jengkel.

"Kejap! Kejap! Bukan ke awak— aaa— dekat bilik— tengah tidur— eh— kenapa— aaa— kejap awak buat apa dekat sini?" habis berterabur ayat dia ni.. Hae Ji hanya memandang pelik lelaki di hadapannya yang tengah tidak tentu arah.

"Tak. Sekarang awak nak cakap apa sebenarnya ni? Saya tak faham la. Sekejap dekat bilik. Sekejap tengah tidur." gumam Hae Ji geram sambil memandang tajam pada Jimin.

"Kalau awak dekat sini, siapa yang ada dekat atas tu? Macam mana dia boleh dekat dalam bilik? Awak pulak buat apa dekat sini? Mana omma? Mana appa? Selalu omma yang ada dekat sini waktu macam ni." dah mula dah dia punya mulut macam bertih jagung. Hae Ji mula menarik nafas kemudian dihembus perlahan.

"Dekat atas tu Lee - Su - Yeon. Semalam dia datang rumah dalam keadaan mabuk jadi saya suruh dia tidur dekat sini. Omma dengan appa pergi pasaraya untuk beli barang dan akhir sekali saya ada dekat sini sebab nak masak. Dah jelas Encik Park Jimin?" gumam Hae Ji. Jimin hanya mengangguk perlahan dan tiba-tiba mukanya di baling kain buruk oleh Hae Ji.

"Ish. Apa ni main baling-baling? Rosak nanti muka orang yang hensem ni." sengih Jimin. Ya Tuhan perasannya dia ni. Nak termuntah pelangi rasanya.

"Tu. Lap sampai bersih. Nak terkejut pun tak payah jadi pengotor sangat." tunjuk Hae Ji pada kawasan lantai yang sudah dikotori oleh jus oren plus air liur Jimin tadi lalu gadis itu menyambung semula aktiviti memasaknya yang tergendala tadi.

✘✘✘✘✘

Hae Ji menghidang lauk-pauk yang sudah siap dimasak olehnya di atas meja makan manakala Jimin sudah pun siap sedia duduk dan hanya menunggu nasi dihidangkan.

Sedang Hae Ji ingin menyeduk nasi ke dalam mangkuk Jimin, dia ternampak Su Yeon yang tergesa-gesa menuruni tangga sambil membetulkan rambutnya yang tidak terurus itu.

"Hahh Su Yeon! Bangun pun kau. Meh lah makan sekali" pelawa Hae Ji.

"Ehh tak apa la. Nanti aku makan dekat rumah je. Omma aku dah bising sebab aku tak balik rumah semalam. Ohh by the way! Thanks for last night. Sudi tumpangkan aku." Su Yeon terus berlalu pergi setelah habis bicaraannya.

Thanks ※ Jimin Where stories live. Discover now