Chapter 11 - Reception

1.2K 127 0
                                    

[Terjemahan]
Omma - ibu
Appa - ayah

"What?! Anak angkat?" Kata pakcik Han dan Su Yeon serentak.

Mereka berdua amat terkejut apabila mendengar kata-kata Puan Shin sebentar tadi tapi tidak bagi Hae Ji.

Riak wajah Hae Ji jelas seperti tidak dapat menerima dengan kedatangan Jimin dalam keluarganya.

Hae Ji bingkas bangkit dari tempat duduknya dan terus berlari menuju ke biliknya.

"Jiji- ah!" jerit Puan Shin dan mengikuti langkah Hae Ji menuju ke bilik.

- - - - - - -

"Nam Bo Jun imnida. Saya peguam kepada Tuan Park dan Puan Park. Saya diamanahkan untuk memberikan sepucuk surat kepada Tuan Shin dan Puan Shin." jelas Peguam Nam tersebut lalu mengeluarkan sepucuk surat dari beg bimbitnya itu lalu diberikan kepada Tuan Shin.

Lalu Tuan Shin mengambil surat tersebut di tangan Peguam Nam.

Tuan Shin memandang isterinya sekilas sebelum dialihkan semula pandangannya pada surat itu.

Tuan Shin dan Puan Shin membaca surat itu bersama-sama.

Sampai satu tahap mata Tuan Shin dan Puan Shin terbuntang apabila mereka berdua membaca ayat tersebut.

"Anak angkat?" Tanya Puan Shin pada Peguam Nam.

"Ya. Seperti yang ditulis pada surat tersebut bahawa Tuan Shin dan Puan Shin diminta mengambil Jimin sebagai anak angkat dan kalau boleh menganggap Jimin seperti anak kandung Tuan Shin dan Puan Shin." terang Peguam Nam dengan jelas.

Tuan Shin dan Puan Shin memandang ke arah Jimin yang juga berada di situ.

Terbit satu senyuman di bibir Puan Shin lalu bingkas bangun dari tempat duduknya dan terus memeluk tubuh Jimin.

Selepas mendapat Hae Ji, Puan Shin inginkan seorang anak lelaki pula tapi tidak kesampaian dan bila Puan Shin membaca surat yang diberikan oleh Peguam Nam tersebut membuatkan Puan Shin berasa sangat gembira dan seolah-olah impiannya menjadi kenyataan.

Puan Shin terfikir jika dia mengambil Jimin sebagai anak angkatnya sekurang kurangnya Hae Ji ada juga teman untuk dibual.

- - - - - - -

✘✘✘✘✘

Puan Shin mengetuk pintu bilik Hae Ji tetapi tiada sahutan.

Dengan perlahan lahan Puan Shin memulas tombol pintu.

Dia ternampak Hae Ji yang sedang memeluk kedua kakinya sambil menyembamkan kepalanya di antara kedua lutut kakinya kerana menangis. Puan Shin mendekatkan dirinya dengan diri Hae Ji.

"Jiji" panggil Puan Shin dengan lembut.

"Omma jahat! Omma dah tak sayang Jiji lagi! Omma memang jahat!" jerit Hae Ji pada Puan Shin lalu tangisannya semakin kuat didengari.

"Tak sayang. Omma sentiasa sayang pada anak omma sorang ni." kata Puan Shin lalu mengusap lembut rambut Hae Ji.

"Kalau omma sayang kenapa omma bawa balik Jimin tu. Nanti omma mesti lebihkan dia. Lagi pun kita bukan kenal dia." kata Hae Ji bersama dengan tangisan.

"Jiji yang masih tak kenal dia lagi. Omma dah lama kenal Jimin tu dari kecil lagi. Omma akan adil dan beri kasih sayang pada Jiji dan Jimin dengan sama rata. Omma takkan sesekali lebihkan sesiapa." kata Puan Shin sambil tersenyum.

"Sekarang Jiji fikir. Jimin baru je kehilangan omma dengan appa dia. Mesti dia rasa sedih dan perlu tempat untuk meluahkan rasa sedih dia pada seseorang. Dia pun macam Jiji juga seorang anak tunggal so dia tak ada siapa pun nak jaga dia. Kalau suatu hari nanti omma dan appa pergi tinggalkan Jiji. Jiji masih ada lagi pakcik Han untuk tolong jagakan Jiji tapi kalau Jimin dia tak ada siapa lagi dalam dunia ni. Jiji tak rasa kasihan ke dekat Jimin?" jelas Puan Shin panjang lebar.

"Tapi omma tahu kan yang Jiji masih tak percaya lagi pada semua orang. Cuba kalau.. kalau dia nak ambil kesempatan." Puan Shin pantas memotong percakapan anak perempuannya.

"Tak sayang. Jimin seorang anak yang baik. Dia selalu taat pada omma dan appa dia. Dia tak pernah melawan kata omma dan appa dia dan omma sangat pasti yang dia tak ada niat buruk sekali pun pada Jiji mahupun orang lain. Jiji kata Jiji nak berubah kan? Jiji nak lupakan semua kisah lama kan? Jadi, Jiji mesti la kena buang jauh-jauh fikiran negatif tu" kata Puan Shin

"Betul tu!"

Puan Shin dan Hae Ji memandang ke arah pintu yang mana datangnya suara tersebut.

Bersambung

Thanks ※ Jimin Where stories live. Discover now