[Terjemahan]
Omma - ibu
Appa - ayah"HAE JI!" jerit pakcik Han lalu mendekatkan dirinya dengan diri Hae Ji yang sudah terduduk di hujung penjuru bilik.
"Hae Ji bukan cara macam ni untuk selesaikan masalah. Bunuh diri bukan cara yang bagus untuk selesai masalah tapi tambahkan lagi MASALAH ADA LA!!" bentak pakcik Han pada Hae Ji lalu mencari kain kosong untuk membalut tangan Hae Ji yang sudah berlumuran darah.
Hae Ji kembali menjadi gila dengan cubaan membunuh diri iaitu menoreh tangannya sendiri.
Tiba-tiba Puan Shin dan Tuan Shin masuk ke dalam dan ternampak pakcik Han sedang merawat luka ditangan Hae Ji.
"Ya Tuhan. Jiji sayang. Kenapa buat kerja gila ni lagi? Jangan la buat omma dengan appa macam ni sayang." rayu Puan Shin sambil teresak-esak melihat keadaan anaknya yang pucat lesi dan sudah seperti orang gila.
"Hae Ji ingat boleh gembira, boleh hilangkan stress buat benda bodoh macam ni?" tanya pakcik Han.
Nada suara pakcik Han sudah mula perlahan seperti biasa berbanding dengan nada suaranya yang tadi.
"Ya, memang cara ni je buat Hae Ji lega dan boleh hilangkan semua stress dengan buat perkara bodoh macam ni!" Jerit Hae Ji lalu menangis.
Tapi tangisannya hanya la seketika apabila sudah bertukar menjadi ketawa.
Melihat diri Hae Ji sekarang, langsung tidak ubah seperti orang sakit jiwa.
"Tapi ni akan menyakitkan diri Hae Ji tahu tak?!" Bentak pakcik Han.
Nada suaranya sudah kembali menjadi kuat yang geram dengan diri Hae Ji sekarang.
"Benda ni tak menyakitkan macam mana hati ni lebih sakit kena khianat dengan orang yang kita percaya dan sayang selama ni! Pakcik Han tak akan pernah faham diri Hae Ji sebab Pakcik Han pun sama macam dia. Seorang lelaki yang cuma pandai memuaskan nafsu dan sakitkan hati perempuan!" jerit Hae Ji. Ketawanya tadi sudah berubah kembali ke tangisan.
"HAE JI! Jangan pernah nak samakan Pakcik Han dengan lelaki dayus tu! Pakcik Han tak sama dan tak akan pernah sama dengan lelaki yang dah hancurkan kehidupan orang yang Pakcik Han sayang iaitu Hae Ji. Ya, kami berdua memang lelaki tapi tak bermakna semua lelaki sama. Setiap manusia mempunyai personaliti diri masing-masing."
Pakcik Han mengambil nafas sebelum menyambung kembali percakapannya. Mata pakcik Han tertumpu tajam ke dalam anak mata Hae Ji.
"Hae Ji please lupakan semua ni lupakan kisah gelap Hae Ji. Simpan dan buang jauh-jauh dari hidup Hae Ji. Mulakan hidup baru yang lebih cerah dan indah dari ni. Bukan semua orang kejam macam anggapan Hae Ji. Hae Ji cakap macam tu sebab Hae Ji belum kenal belum nampak lagi kebaikan yang terselindung dalam diri seseorang tu." jelas pakcik Han dengan lembut supaya Hae Ji dapat menerima tegurannya.
"Sebab Hae Ji kenal orang tu la, dia khianat dan tipu Hae Ji. Macam mana kita nak kenal orang tu sedangkan kita tahu orang tu akhirnya akan menyakitkan kita juga." kata Hae Ji yang sudah berhenti menangis dan hanya tinggal kesan air mata di pipi gebunya.
Pakcik Han hanya mendiamkan diri setelah mendengar kata-kata Hae Ji. Pakcik Han cuba memikirkan ayat yang sesuai untuk disampaikan kepada Hae Ji.
Pakcik Han mengelap air mata Hae Ji yang berbaki lagi di pipi Hae Ji lalu memulakan semula kata-katanya.
"Sebab Hae Ji dah pilih orang yang salah. Hae Ji pilih bukan seorang kawan tapi seorang musuh. Kita nak cari kawan, cari yg betul-betul ikhlas nak berkawan dengan kita macam Su Yeon." pakcik Han sengaja menyebut nama kawan karib Hae Ji.
Riak muka Hae Ji berubah serta merta apabila pakcik Han menyebut nama Su Yeon.
Dan satu lagi perasaan mula hadir dalam diri Hae Ji iaitu rindu. Ya, memang dia sangat rindu akan kawan karibnya itu.
"Hae Ji. Rindukan Su Yeon?" Tanya pakcik Han. Dia tahu bahawa Hae Ji sangat rindu pada Su Yeon dengan hanya melihat perubahan riak wajah Hae Ji apabila pakcik Han menyebut nama Su Yeon.
Hae Ji hanya mengangguk menandakan dia rindu. Sudah 2 tahun dia tidak berhubung dengan Su Yeon semenjak dirinya menjadi seperti itu. Bagaimanalah keadaan Su Yeon sekarang.
"Mesti dia pun rindukan Hae Ji. Dia selalu nak jumpa dan hubungi Hae Ji tapi dia tak boleh sebab dia tahu keadaan Hae Ji yang tak seberapa nak sihat pada masa sekarang ni." jelas pakcik Han.
Puan Shin dan Tuan Shin sudah lama berlalu pergi dari bilik Hae Ji untuk memberi ruang antara Hae Ji dan Pakcik Han.
Suasana dalam bilik itu sudah menjadi sunyi sepi. Hanya dengar suara esakan kecil dari Hae Ji.
"Pakcik Han minta sangat dekat Hae Ji yang Hae Ji kena terima kenyataan yang perkara semua ni dah lama berlalu dan Hae Ji kena teruskan hidup yang lebih baik bukan teruskan hidup cara macam ni." rayu pakcik Han pada Hae Ji.
"Kami semua sayangkan Hae Ji. Kami semua nak yang terbaik untuk Hae Ji untuk masa depan Hae Ji kelak. Hae Ji rehat la dulu jangan ulang benda yang sama. Nanti bilik ni suruh maid yang kemaskan. Pakcik Han keluar dulu." kata pakcik Han lalu keluar dari bilik tersebut.
Hae Ji hanya memandang pakcik Han sampai la tidak nampak lagi susuk tubuh pakcik Han.
Kata-kata pakcik Han bermain di otak fikiran Hae Ji.
"Mulakan hidup baru yang lebih cerah dan indah dari ni."
"Hae Ji kena terima kenyataan yang perkara semua ni dah lama berlalu."
Bersambung
YOU ARE READING
Thanks ※ Jimin
RomanceC O M P L E T E Akibat trauma dari sebuah kemalangan itu, gadis yang bernama Shin Hae Ji bertukar menjadi seorang yang murung, pendiam dan tidak bergaul dengan sesiapa sahaja termasuk keluarganya sendiri dan juga dia telah hilang seribu satu perasa...