Seungcheol melangkah masuk ke dalam kelab malam itu bersama rakan-rakannya. Mereka melintasi lautan manusia yang sedang terkinja-kinja menari mengikut rentak muzik yang dimainkan oleh DJ di kelab malam itu.
Seungcheol disambut meriah oleh para wanita seksi dan rakan lainnya yang sudah pun berada di situ. Mereka semua dijemput duduk di sofa panjang sambil menunggu minuman keras yang sedang dihidangkan oleh pelayan di situ.
"Hari ni kita enjoy sampai puas! Aku belanja!" jerit Seungcheol penuh semangat sambil mengangkat tinggi gelas berisi minuman keras yang belum ditenguknya.
"Wow! Malam ni abang kacak kita nak belanja la. So apa lagi? Enjoy la!" sambut Mingyu yang kemudiannya diikuti gema sorakan oleh rakan-rakannya.
Mereka semua mengangkat tinggi gelas masing-masing lalu di lagakan bersama. Mereka semua menghabiskan minuman keras itu hanya seteguk sahaja.
DJ di kelab malam itu mula memutarkan lagu yang semakin rancak dan mula menjadi pembangkit kepada hiburan malam itu. Muzik rancak bagai magnet yang menarik manusia-manusia dalam kelab malam itu cuba untuk melentok-lentokkan tubuh mereka mengikut rentak tempo di atas dance floor.
Seungcheol tidak turut menari sebaliknya dia hanya duduk di sofa panjang itu bersama beberapa gadis yang bertubuh mungil yang sedang melingkar pada tubuh sasanya sambil dia menikmati minumannya.
Sedang Seungcheol meneguk minumannya, matanya tertumpu pada satu susuk tubuh wanita yang baru sahaja memasuki kelab malam tersebut. Dia tersenyum sinis setelah dia menghabiskan minumannya lalu dia berjalan menuju ke arah wanita yang menjadi perhatian sejak tadi.
Langkahnya agak tidak teratur akibat minuman yang di minumnya tadi. Hampir saja dia ingin terjatuh tapi pantas sahaja dia berpaut pada meja yang berhampiran dengannya.
"Su Yeon"
Su Yeon menoleh ke belakang apabila mendengar satu suara yang memanggil namanya dan dia menoleh semula ke hadapan apabila dia sudah memandang manusia yang menjengkelkan baginya.
"Sombongnya." gumam Seungcheol setelah dia mengambil tempat duduk di sebelah gadis itu. Su Yeon sedaya upaya untuk mengendahkan kewujudan lelaki di sebelahnya tetapi tidak berjaya apabila gadis itu merasa ada tangan kasar yang sedang menyusup masuk ke dalam mini skirt nya.
"Seungcheol!!" jerit Su Yeon sambil menepis kasar tangan lelaki itu. Seungcheol sudah tersenyum sinis melihat muka gadis itu yang sudah merah padam akibat geram.
"Dah kau sombong sangat. So, aku buat la cara yang boleh menarik perhatian kau." kata Seungcheol lalu dia meneguk lagi minuman kerasnya. Sudah masuk ke berapa kali dia minum minuman keras itu.
"But this is so rude!" pekik Su Yeon agak kuat supaya Seungcheol dapat mendengar dengan suasana sekarang yang begitu bingit sekali. Seungcheol hanya mengangkat kedua belah bahunya tanda 'I don't care'.
"Kau nak apa datang sini?" soal
Su Yeon dengan nada yang jengkel. Dia bermain di bibir gelas dengan jari telunjuknya. Seungcheol hanya memerhati tingkah laku gadis itu."Saja nak have fun. Hilangkan stress. Tapi bila nampak kau ni, mungkin boleh tambahkan lagi have fun aku?" jawab Seungcheol berbaur soalan.
Su Yeon memutarkan bebola matanya mendengar kata-kata Seungcheol."Su Yeon. Jom, menari dengan aku?" pelawa Seungcheol yang sudah pun berdiri dan menghulurkan tangannya pada gadis itu.
"Kau pergi la menari dengan pelacur sana tu. Dia orang lagi menarik berbanding aku." balas Su Yeon lalu meneguk lagi minuman keras itu.
"Siapa kata kau tak menarik bagi aku." bisik Seungcheol di telinga Su Yeon. Pantas gadis itu menoleh ke kiri. Jarak mukanya dan muka Seungcheol hanya seinci sahaja. Su Yeon tergamam seketika apabila Seungcheol menghadiahkan satu kenyitan mata padanya.
"Taknak. Kau pergi la sorang. Aku nak balik." Su Yeon cuba untuk bangun dari bangku namun kepalanya terasa berpinar dan itu membuatkan tubuhnya tidak seimbang.
Seungcheol pantas memaut pinggang langsing Su Yeon sebelum gadis itu terjelepuk jatuh.
"Kau dah mabuk ni. Jom sayang." bisik Seungcheol perlahan di pendengaran gadis itu.
✘✘✘✘✘
Hae Ji menuruni anak tangga dengan terburu-buru apabila mendengar ketukan pintu yang bertalu-talu disertakan dengan panggilan namanya dari luar kediaman.
"Ya.. Sabar sabar. Nak buka pintu la ni." kata Hae Ji geram. Belum sempat Hae Ji ingin membuka pintu sepenuhnya, tubuh Su Yeon sudah pun mendorong ke hadapan dan pantas Hae Ji menyambut tubuh kawan baiknya.
"Ya tuhan! Su Yeon.. Kenapa ni?" soal Hae Ji. Sebelum Su Yeon menjawab pertanyaan Hae Ji, gadis itu sudah tahu bahawa kawannya itu sudah mabuk apabila dia dapat menghidu bau alkohol yang sangat kuat.
"Kau mabuk lagi Su Yeon? Kan aku dah kata berhenti 'minum'. Tapi kau tak nak dengar. Degil betul." bebel
Hae Ji seorang diri. Dia memapah tubuh Su Yeon untuk naik ke biliknya.✘✘✘✘✘
Dengan perlahan, Hae Ji membaringkan tubuh Su Yeon di katilnya. Selimut ditarik sampai ke dada gadis itu.
Hae Ji duduk di birai katil lalu mengusap perlahan kepala kawan baiknya itu.
"Goodnight." ucap Hae Ji sebelum dia menapak keluar dari bilik itu.
Bersambung
•
•
•
•
Next update: 16 vote ☆Thank you ❤
YOU ARE READING
Thanks ※ Jimin
RomansaC O M P L E T E Akibat trauma dari sebuah kemalangan itu, gadis yang bernama Shin Hae Ji bertukar menjadi seorang yang murung, pendiam dan tidak bergaul dengan sesiapa sahaja termasuk keluarganya sendiri dan juga dia telah hilang seribu satu perasa...