[Terjemahan]
Omma - ibu
Nuna - kakak (untuk lelaki)Ding~ Dong~
"Jiji, ni omma. Buka pintu ni sayang." panggil Puan Shin untuk menyuruh anak perempuan tunggalnya itu membuka pintu untuknya.
Belum sempat Hae Ji ingin bangun, lengan Hae Ji sudah dipegang oleh pakcik Han.
"Biar Pakcik Han yang tolong bukakan. Pakcik Han nak kenakan omma. Bolehkan?" Tanya pakcik Han dengan memberikan segaris senyuman.
"Tapi... Nanti kesian dekat omma." kata Hae Ji dengan perlahan.
"Jangan risau. Pakcik Han nak kacau omma tak lebih pun. Hae Ji tak ingat yang dulu kita kan suka sangat kacau omma?" Tanya pakcik Han pada Hae Ji.
Hae Ji terus teringat masa dulu yang dia bersama pakcik Han selalu mengacau Puan Shin.
"Hae Ji. Pakcik Han kira sampai tiga baru kita serang tau?" Kata pakcik Han kepada Hae Ji.
Pada waktu itu Hae Ji baru sahaja berusia 8 tahun dan masih bersekolah rendah
"OKAY!" sahut Hae Ji menandakan faham arahan yang diberikan oleh pakcik Han.
"One Two Three!" Kata pakcik Han yang memberikan arahan kepada Hae Ji untuk menyerang.
Hae Ji dan pakcik Han bersama-sama menyerang Puan Shin yang sedang memyiram pokok bunga di halaman rumah dengan pistol air ditangan mereka berdua.
Puan Shin terkejut kerana ditembak secara tiba-tiba oleh anaknya dan juga adik bongsunya itu.
"HAE JI!! BAEK GIN!! Stop it!" Jerit Puan Shin untuk menyuruh mereka berdua berhenti tetapi mereka berdua hanya memekakkan telinga mereka malah makin menjadi jadi tembakan mereka kepada Puan Shin.
"Ohh tak nak berhentinya? Tak apa omma pulak yang serang kamu berdua!" Kata Puan Shin lalu memancutkan air paip yang berada ditangannya kepada Hae Ji dan pakcik Han.
"Hae Ji lari!! Omma dah mengganas dan serang kita pulak!" jerit pakcik Han lalu menarik tangan Hae Ji untuk lari dari Puan Shin yang sudah geram dengan mereka berdua
Hae Ji tersenyum kecil bila teringat zaman itu. Memang dia terlalu gembira ketika itu. Pakcik Han tersenyum senang bila melihat Hae Ji tersenyum tanpa disedari oleh gadis itu sendiri.
"Kan lawa kalau senyum macam ni dari tadi." kata pakcik Han sambil tersenyum lalu mengusap lembut rambut Hae Ji.
Hae Ji berasa sangat selesa apabila dibelai sebegitu oleh pakcik Han tetapi rasa selesa itu hanya seketika apabila pakcik Han bangun dan menuju ke arah pintu.
"Jiji kenapa lambat sang— " kata-kata Puan Shin terhenti apabila dia sedar yang membuka pintunya bukan la Hae Ji tetapi adiknya HAN BAEK GIN.. Puan Shin terkejut sampaikan barang yang dipegang olehnya terlepas daripada genggamannya.
"Ya puan, nak cari siapa?" Tanya pakcik Han yang berpura-pura tidak mengenali Puan Shin.
"BAEK GIN!!" Jerit Puan Shin lalu memeluk tubuh adiknya itu yang sudah tidak lama berjumpa.
"Ehh saya bukan Baek Gin" tersengih pakcik Han apabila berkata sebegitu.
Tidak semena mena air mata Puan Shin membasahi pipi tuanya.
"Nuna. Don't cry la. Adik nuna ni tak mati kesejukan lagi pun la untuk nuna sedihkan. Nanti Baek Gin dah mati baru nuna nangis sepuas-puasnya okay?" perli pakcik Han pada Puan Shin. Tak semena-mena bahunya ditampar kasar oleh Puan Shin.
"Aduhh!" jerit pakcik Han perlahan sambil mengusap perlahan pada bahunya.
"Kenapa tak bagitahu nak balik sini? Selama duduk dekat Sweden tu tak pandai nak contact nuna lagi hah?" kata Puan Shin lalu memukul belakang pakcik Han pula.
"Aduhh sakit-sakit! Alahai dekat bahu ni pun tak habis lagi rasa sakit lepas tu tambah lagi dekat belakang ni. Ganas la nuna ni" ngadu pakcik Han.
"padan muka. Tu balasan untuk orang yang dah lupa keluarga sendiri" gumam Puan Shin tidak puas hati.
"Bukan tak nak contact nuna cuma phone Baek Gin rosak. So Baek Gin beli la phone baru. Semua phone number hilang dibawa angin termasuk la phone number nuna" kata pakcik Han lalu tersengih suka.
"Masa ni boleh pulak dia buat lawak" kata Puan Shin sambil memandang tajam pada pakcik Han.
"Ehh betul la.. nak buat lawak buat apa.. tadi dah buat lawak dekat Hae Ji dah tapi macam biasa la dengan muka tak berperasaan dia tu" kata pakcik Han lalu membuat muka seperti muka Hae Ji.
"Hahh cakap pasal Jiji.. mana dia?? Tadi Baek Gin datang dia yang bukakan pintu kan?" Tanya Puan Shin sambil meletakkan barang yang dibelinya di atas meja.
"Hmm ya. Dia bukakan pintu je bukan nak pelawa untuk masuk pun. Orang dah nak dekat mati kesejukan baru nak jemput masuk tu pun nak kena merayu juga" bebel pakcik Han geram. Puan Shin ketawa mendengar kata adik bongsunya itu. Aduhaii Hae Ji. Kenapa buat pakcik Han kamu macam tu.
"tadi ada dekat sofa ni. Mungkin dia dah naik atas?" Tambah pakcik Han dan dibalas anggukan oleh Puan Shin.
"Nuna ada beli makanan untuk dia ni.. Nak suruh dia makan" kata Puan Shin lalu mengeluarkan makanan yang dibelinya tadi.
"Tak apa la biar Baek Gin tolong panggilkan dia" kata pakcik Han lalu menaiki anak tangga satu persatu
✘✘✘✘✘
"Hae Ji. Omma suruh turun untuk makan." kata pakcik Han sambil mengetuk pintu bilik Hae Ji tetapi tiada sahutan.
"Hae Ji. Pakcik Han nak masuk ni. Boleh kan?" Tanya pakcik Han tapi tiada sahutan juga.
Pakcik Han membuka pintu dan melangkah masuk dengan perlahan dan dia terkejut melihat keadaan di depannya.
Bersambung
YOU ARE READING
Thanks ※ Jimin
RomanceC O M P L E T E Akibat trauma dari sebuah kemalangan itu, gadis yang bernama Shin Hae Ji bertukar menjadi seorang yang murung, pendiam dan tidak bergaul dengan sesiapa sahaja termasuk keluarganya sendiri dan juga dia telah hilang seribu satu perasa...