Su Yeon menghirup minumannya sambil belakang tubuhnya di sandarkan pada kerusi.
"Cepat la cakap. Semalam punya la beria cakap nak jumpa aku sangat." kata gadis itu setelah selesai menghirup minumannya.
"Ermm aku nak tanya kau sikit" kata Hae Ji sambil jemarinya bermain sesama sendiri.
"Tanya la."
"Tapi aku tanya ni, kau jangan gelak tau." gumam Hae Ji. Su Yeon hanya mengangguk perlahan.
"Kenapa semenjak dua tiga hari ni aku selalu rasa lain." ujar Hae Ji. Su Yeon mengerutkan dahinya tidak memahami kata kawannya itu.
"I means, hati aku selalu berdegup laju tanpa henti bila tengok seseorang tu. Lepas tu, dia punya perasaan tu bukan selalu yang aku rasa. Selalu kalau aku tengok orang lain, dia rasa biasa je. Tapi, kalau tengok dia tiba-tiba perasaan tu lain macam. Kau faham kan apa yang aku cuba nak sampaikan ni?" terang Hae Ji dengan panjang lebar. Su Yeon hanya mengangguk perlahan.
"Bila kau tengok dia, hati kau rasa berbunga tak?" soal Su Yeon sambil mendorong tubuh badannya ke hadapan supaya lebih mendekati Hae Ji.
"Rasa berbunga?" soal Hae Ji. Dia mengaru kepalanya yang tidak gatal.
"Maksud aku, kau rasa gembira, rasa teruja macam kau sekarang dekat taman yang penuhi dengan bunga. Lepas tu, kau tersenyum sorang-sorang macam orang gila." terang
Su Yeon.Pantas sahaja Hae Ji mengangguk laju kepalanya. Su Yeon yang melihat reaksi kawannya, terus tawanya terlepas.
"Kenapa kau gelak? Kau tadi kata tak akan gelakkan aku." kata Hae Ji dalam nada yang merajuk. Gadis itu sudah menarik muncung. Dia menyilangkan kedua tangannya dan memandang ke arah lain.
"Hahaha sorry. Aku tak sengaja. Aku rasa kau ni dah jatuh cinta gamaknya." kata Su Yeon diselangi dengan tawa kecil. Hae Ji terus berpaling menghadap kawannya semula.
"Wait. Apa kau cakap tadi? Ja—jatuh cinta?" soal Hae Ji pelik
"Ye la, jatuh cinta. Kau tak tahu ke jatuh cinta tu apa? Ohh! Lupa. Kau dulu dah hilang semua perasaan kau." gumam Su Yeon sambil menepuk dahi.
"Cinta ni macam.... ermmm macam mana eh aku nak terangkan dekat kau ni? Alaa macam kau cakap tadi la. Kau tengok dia tiba-tiba hati kau berdegup laju lepas tu perasaan kau jadi lain. Tak tentu arah. Asyik teringat dekat dia sorang je. Hahh yang tu la cinta." terang Su Yeon dengan teliti. Hae Ji hanya mengangguk perlahan.
"Siapa dah buat kawan aku ni jatuh cinta hahh?" soal Su Yeon dengan nada yang mengusik.
"Jimin?" teka Su Yeon lalu menongkat dagunya dengan sebelah tangan di atas meja.
"Tak! Bukan dia la." geleng Hae Ji.
"Habis tu? Aku tengok kau dengan dia je yang selalu bersam— atau Seungcheol? " Su Yeon mengangkat sebelah keningnya berkali-kali.
"No! Yang tu lagi la bukan!" teriak Hae Ji dengan matanya yang membulat.
"Habis tu siapa lagi lelaki lain kalau bukan dua orang tu je yang berkawan dengan kau? Wehh jangan kata kau..." Su Yeon menekup mulutnya denga kedua tapak tangannya sambil menggeleng perlahan kepalanya.
"Kau dah kenapa?" soal Hae Ji pelik dengan tingkah laku kawannya itu.
"Kau dah jatuh cinta dengan Pakcik Han ke?!" kata Su Yeon separuh menjerit. Membulat mata Hae Ji mendengar jawapan yang terpacul dari mulut kawannya.
'Okay yang ni dah memang lebih.' bisik Hae Ji.
"Kau gila apa nak jatuh cinta dengan pakcik sendiri. Memang bukan la jawabnya!" bentak Hae Ji tidak puas hati. Melihat Su Yeon sudah ketawa terbahak-bahak, dia tahu kawannya itu sengaja ingin mengenakannya.
"Hahahaha. Aku saja je la. Jangan la ambil serius sangat. Sebenarnya aku tahu siapa yang kau maksudkan tu. Jimin right?" soal Su Yeon cuba menafikan katanya sambil mengangkat tinggi sebelah keningnya. Hae Ji sudah menunduk malu dan pipinya mula kemerahan.
"Congrats.. Aku akan tetap sokong kau apa pun keadaan." kata Su Yeon yang cuba memberi kata kata semangat untuk kawan baiknya.
✘✘✘✘✘
"Siapa yang dah buat kawan aku ni jatuh cinta hahh?"
"Jimin right?"
Kata-kata Su Yeon masih terngiang di dalam fikirannya. Dia tidak tahu kenapa, kata-kata Su Yeon itu mampu membuatkan dia tersenyum senang.
Dia memegang dadanya untuk merasa degupan jantungnya lalu dia memejamkan matanya.
"Ya, memang betul kata Su Yeon. Aku rasa aku dah jatuh cinta. Bila aku teringatkan Jimin, hati aku mula berdegup laju." bisik hati Hae Ji.
Dia membuka matanya apabila dia merasa pipinya disapa lembut oleh angin yang begitu nyaman pada malam ini.
Hae Ji duduk sendirian di balkoni rumahnya untuk mengambil angin malam yang mampu membuatkan dia rasa sangat tenang.
Senyumannya serta merta terukir apabila dia melihat taburan bintang di langit yang gelap itu.
Senyumannya terus mati apabila mendengar deheman dari seseorang di belakangnya. Lantas dia menoleh ke belakang.
Bersambung
YOU ARE READING
Thanks ※ Jimin
RomanceC O M P L E T E Akibat trauma dari sebuah kemalangan itu, gadis yang bernama Shin Hae Ji bertukar menjadi seorang yang murung, pendiam dan tidak bergaul dengan sesiapa sahaja termasuk keluarganya sendiri dan juga dia telah hilang seribu satu perasa...