Chapter 2 - Outside World

1.7K 166 2
                                    

[Terjemahan]
Omma - ibu

"Jiji lepas makan ni boleh tak temankan omma pergi beli barang dapur?" Soalan omma membuatkan aku terdiam.

Sebelum ni pun aku diam tanpa keluar sepatah perkataan. Aku tak tahu nak ikut atau membantah kata omma.

Selama aku hidup aku tak pernah membantah kata omma mahupun appa.

Bukan aku tak nak cuma aku tak bersedia lagi untuk menempuh atau melihat dunia di luar sana yang bagi aku sangat kejam.

Aku hanya menggeleng kepala. Ya itulah jawapan yang paling tepat bagi aku.

Omma hanya tersenyum. Dia faham benar yang aku masih belum bersedia lagi.

"Tak apa la nanti omma pergi dengan appa. Nanti bila omma dengan appa dah keluar Jiji jangan lupa kunci pintu" kata omma yang seperti biasa nadanya yang sangat lembut.

Aku rasa beruntung kerana mempunyai ibu bapa yang cukup memahami dan menjaga aku dengan penuh kasih sayang.

Cuma aku ni je anak yang tak pernah nak hargai kasih sayang mereka berdua yang dah cukup sempurna bagi pada diri ku ini.

Omma dan appa telah pun pergi dan aku terus mengunci pintu seperti dipinta oleh omma tadi. Aku duduk di sofa yang sudah sedia ada di ruang tamu rumah.

Suasana menjadi sunyi sepi. Aku cuba melihat sekeliling rumahku. Dah lama rasanya aku tak duduk di ruang tamu yang cukup besar ni. Ya la kan asyik terperap jer dalam bilik.

Aku terpandang ke arah TV. Aku tahu kalau aku bukak TV pun aku tak akan memberikan apa-apa reaksi dan hanya menambahkan bil elektrik rumah aku saja.

Tiba-tiba aku rasa ada satu perasaan yang terdetik di dalam hati aku iaitu teringin melihat dunia luar.

Aku cuba memberanikan diri untuk menyelak langsir sikit demi sedikit. Perasaan aku bercampur baur sama ada takut dan ingin tahu.

Selesai langsir diselak, aku ternampak kanak-kanak berlari-lari dengan kawan-kawannya penuh ceria dan gembira. Cuaca pada hari ini pun sangat bagus untuk bersiar di luar rumah.

Lalu aku teringat zaman sekolah menengah aku dengan Su Yeon dulu yang seperti kanak-kanak sedang berlari di luar sana tu. Su Yeon kawan karibku sejak dari tadika lagi

"Su Yeon dah la tu jangan la kejar aku lagi.. aku dah penat sangat ni" kata aku yang sedang cuba melarikan diri dari Su Yeon di koridor sekolah tersebut

Tiba-tiba keadaan menjadi sunyi sepi. Tidak seperti tadi yang riuh dengan suara kami berdua saja.

Aku memberhentikan langkahku dan terus berpusing ke belakang. Tiada kelibat Su Yeon di belakang ku dan hanya ada aku sahaja di koridor tersebut. Aku rasa dah macam filem seram sekarang ni.

Aku mencari Su Yeon di sekitar koridor tersebut sambil menjerit memanggil nama Su Yeon.

"Su Yeon-ah, kau dekat mana? Jangan la main-main. Tak lawak okay. Jangan buat aku macam ni. Su Yeon-ah.. Su Yeon!!" Aku menjerit memanggil namanya tapi tak ada juga melihat kelibat atau dengar suara dia. Mana pula pergi minah ni. Suka buat aku cuak.

Tiba-tiba Su Yeon menerjah dan mengejutkan aku "HAE JI!!" jerit Su Yeon di telinga ku.

"YAA SU YEON!! Terkejut aku tahu tak?!" tangan aku pantas memukul lengannya sekuat hati aku.

"Auch! Sakitlah.. hahaha Hae Ji- Hae Ji, kau ni lawak jugak kan. Aku ingatkan kau ni berani sangat" perli Su Yeon.

"Aku memang berani siapa kata aku takut. Hahh siapa kata? cakap siapa kata?!" Soal aku pada Su Yeon.

"AKU!!" jerit Su Yeon lalu ketawa mengalahkan puntianak.

"Dah gila agaknya kawan aku sorang ni" geleng aku apabila melihat Su Yeon yang dah sememangnya gila.

Bila teringat balik masa silam ku bersama Su Yeon, sebuah senyuman terukir di bibir gebu ku.

Aku rasa ini kali pertama aku tersenyum untuk sekian lamanya aku menyimpan senyuman ku ini.

Aku rasa ada satu perasaan mula muncul dalam hati ni iaitu perasaan gembira. Ya, aku rasa gembira.

Tiba-tiba terdengar loceng rumah berbunyi. Pantas aku menghampiri pintu rumah.

Aku terlupa pesan omma bahawa jangan buka pintu pada orang yang tak dikenali kecuali omma dengan appa.

Tapi

Aku dah terbuka pintu dan aku terkejut bila ada seorang lelaki yang dah terpancak depan pintu rumah aku.

Bersambung

Thanks ※ Jimin Where stories live. Discover now