(JI KYUNG)
"Jadi macam mana dengan keadaan adik saya doktor?" tanyaku sebaik aku melabuhkan punggung di kerusi. Nampak keluhan berat dari Doktor Eun.
"Awak tahu yang adik awak tengah sakit?" soal Doktor Eun. Aku mengerutkan dahi.
"Dia sakit apa?"
"Esophagitis. Esophagitis ini adalah keradangan lapisan lapisan esofagus, tiub yang membawa makanan dari kerongkong ke perut. Sekiranya tidak dirawat, keadaan ini boleh menjadi sangat tidak selesa, menyebabkan masalah menelan, ulser, dan parut esofagus. Dalam sesetengah keadaan, keadaan yang dikenali sebagai esophagus Barrett boleh berkembang, yang merupakan faktor risiko kanser foresophageal." panjang Doktor Eun jelaskan padaku tentang penyakit yang dialami oleh Jimin dan satu perkataan aku tak memahami.
"Kanser foresophageal? Kanser sejenis apa tu doktor?" tanyaku bingung.
"Kanser esophageal adalah penyakit di mana sel-sel malignan (kanser) terbentuk dalam tisu-tisu kerongkong. Esofagus adalah tabung otot yang bergerak melalui makanan dan cecair dari kerongkong ke perut. Jenis kanser esophageal yang paling biasa adalah karsinoma sel skuamosa dan adenokarsinoma. Karsinoma sel kulat bermula di sel-sel rata yang melapisi kerongkong. Adenokarsinoma pula bermula di sel yang membuat dan melepaskan lendir dan cecair lain. Penggunaan rokok dan alkohol yang tinggi meningkatkan risiko karsinoma sel skuamera esofagus. Penyakit refluks Gastroesophageal dan Barrett esophagus boleh meningkatkan risiko adenokarsinoma esofagus. Kanser esophageal sering didiagnosis pada peringkat lanjut kerana tidak ada tanda atau gejala awal."
Aku hanya mengangguk mendengarnya. Aku tak menyangka Jimin boleh mendapat kanser seteruk ni. Mana tanggungjawab ku sebagai seorang abang yang menjaga adiknya sehingga aku tidak tahu adik ku sendiri sedang mengalami kesakitan yang melampau.
"Saya nak tanya, Jimin dia ada rasa pedih dekat ulu hati tak?" Aku hanya menggeleng kepala bagi pertanyaan Doktor Eun.
"Saya tak tahu doktor sebab kami tak tinggal serumah." Nampak Doktor Eun hanya mengangguk. Suasana masa itu mula sepi tanpa bicara dan nampak riak wajah Doktor Eun sedang memikirkan sesuatu.
"Jadi doktor.. macam mana keadaan Jimin? Dia boleh dirawatkan?" terangkat wajah Doktor Eun bila aku melontarkan soalan itu. Nampak dia menelan liurnya sebelum menjawab pertanyaan ku.
"Kanser ni sangat sukar untuk menyingkirkan sepenuhnya lebih-lebih lagi bila sudah pada tahap empat, jadi pembedahan untuk mengubati kanser biasanya bukan pilihan yang baik. Tapi ada satu lagi cara yang boleh menyelamatkan dia." terang Doktor Eun sambil membetulkan cermin matanya.
"Apa dia doktor?"
"Pendermaan organ. Mungkin itu cara untuk Jimin teruskan hidup. Tapi ada satu lagi masalah. Penderma organ itu mungkin yang tak dapat selamat pula." Penjelasan Doktor Eun buat aku terfikir sesuatu.
"Saya akan derma organ saya pada Jimin." Riak wajah Doktor Eun jelas terkejut dengan pernyataan ku.
"Tapi saya kena pastikan dulu sama ada organ awak sepadan atau pun tidak dengan Jimin. Kalau— sepadan dengan Jimin, betul awak nak dermakan? Awak tahu kan apa yang terjadi pada diri awak nanti?" tanya Doktor Eun ingin kepastian. Aku mengangguk pasti.
"Mungkin ini je masa yang sesuai saya korbankan untuk dia sejak saya tinggalkan dia keseorangan dengan tempoh yang lama." Doktor Eun hanya tersenyum tawar mendengar kisah ku.
"Kalau macam tu, kita pergi check sekarang la." Doktor Eun bangun dari duduknya tapi terbantut bila aku memanggilnya.
"Doktor ada pen dan kertas?" pinta aku. Nampak dia bingung dengan permintaan ku.
YOU ARE READING
Thanks ※ Jimin
RomanceC O M P L E T E Akibat trauma dari sebuah kemalangan itu, gadis yang bernama Shin Hae Ji bertukar menjadi seorang yang murung, pendiam dan tidak bergaul dengan sesiapa sahaja termasuk keluarganya sendiri dan juga dia telah hilang seribu satu perasa...