[Terjemahan]
Nuna - kakak (untuk lelaki)
Nae - ya
Annyeonghaseyo - hello (formal)"Su Yeon? Bila masa Su Yeon ada dekat sini?" soal pakcik Han yang masih terkejut dengan kehadiran
Su Yeon disitu."Annyeonghaseyo Pakcik Han. Dah lama la juga ada dekat sini. Ni pun Hae Ji yang call suruh datang." kata
Su Yeon."Hae Ji yang call?" tanya pakcik Han lalu memandang Hae Ji yang sedang mengambil lauk di hadapannya.
Hae Ji tidak sedar akan pandangan yang diberikan oleh pakcik Han kepadanya.
Su Yeon menyiku lengan Hae Ji untuk memberi isyarat tentang pandangan pakcik Han.
"Nae?" Tanya Hae Ji pada Su Yeon. Baru dia sedar bahawa pakcik Han sedang memandangnya.
"Okay. Jom kita makan. Selamat menjamu selera semua." ucap Puan Shin.
✘✘✘✘✘
Su Yeon, Hae Ji dan juga pakcik Han sedang duduk di bangku yang sememangnya sudah sedia ada di halaman rumah Hae Ji.
Mula-mula Hae Ji memang tidak mahu menjejakkan kaki ke luar rumah tetapi pakcik Han memberitahu bahawa ini perkara yang kedua ada dalam rawatan psikologi yang perlu Hae Ji lakukan iaitu memberanikan diri untuk menjejakkan kaki ke dunia luar.
Nak tak nak Hae Ji terpaksa akur kerana dia memang bertekad untuk betul-betul berubah kali ni.
Pakcik Han perasan akan perubahan Hae Ji apabila dia mula keluar dari rumah.
Hae Ji melihat keadaan sekeliling yang sudah lama dia tidak lihat.
Muka Hae Ji kelihatan amat tenang apabila dia memandang langit yang biru dan udara yang segar. Ini sudah mencukupi membuatkan Hae Ji berasa tenang.
"Arghh!! Segarnya udara pagi-pagi ni. Cuaca pun harini nampak elok" kata pakcik Han yang melakukan sedikit regangan badan.
Su Yeon gembira melihat kawan karibnya mampu tersenyum kembali melihat suasana disekeliling.
"So, tell me right now the first thing what you found yesterday?" tanya pakcik Han dalam bahasa inggeris.
Pakcik Han sangat fasih dalam berbahasa inggeris kerana dia sudah 3 tahun belajar di Sweden.
Hae Ji mengeluarkan sesuatu dari poket bajunya dan menunjukkan kepada pakcik Han.
"Wow handphone? Jadi, apa perkara yang pertama Hae Ji cuba buat dengan benda ni iaitu handphone?" tanya pakcik Han sambil menunjuk ke arah handphone Hae Ji.
Pakcik Han memainkan peranannya sebagai seorang doktor iaitu merawat pesakit seperti Hae Ji yang memerlukan rawatan psikologi.
"Emmm" Hae Ji seperti ragu-ragu ingin memberitahu apa perkara yang pertama dia cuba lakukan.
"Don't be scared Hae Ji. Just tell me what you do." pujuk pakcik Han kepada Hae Ji supaya memberitahunya.
"I delete all pictures about Ji Kyung and I call the Su Yeon." kata Hae Ji yang nadanya sedikit ketakutan.
"Okay. Kenapa Hae Ji padam semua gambar Ji Kyung?" soal pakcik Han yang sedang menguji tahap kekuatan minda Hae Ji.
Rawatan ini memang memerlukan minda yang kuat supaya boleh melawan dan menghapuskan masa silam yang ada.
"Se... se... sebab Hae Ji nak... nak lupakan masa silam Hae Ji." jawab Hae Ji yang cuba menguatkan dirinya.
Pakcik Han tersenyum apabila mendengar jawapan daripada Hae Ji.
"Good. So, why you call Su Yeon and then invited her to come home?" tanya pakcik Han yang mula tersenyum sinis.
"Cause........" Hae Ji memberhentikan kata-katanya dan cuba menarik nafas untuk meneruskan ayatnya.
Hae Ji memandang Su Yeon yang duduk disebelahnya seketika.
"Because I really miss her so much." kata Hae Ji lalu menghadiahkan Su Yeon satu senyuman yang sudah cukup membuatkan Su Yeon membalas balik senyuman Hae Ji.
"Good! See? Hae Ji boleh lawan masa silam Hae Ji dan hasilnya ialah Hae Ji mampu tersenyum. Pakcik Han tahu yang Hae Ji kuat untuk menempuh semua dugaan ni." kata pakcik Han yang berasa lega kerana rawatannya kali ni berjaya.
"By the way, tahu tak perasaan Hae Ji satu per satu mula muncul dalam diri Hae Ji? Sebelum ni Hae Ji rasa gembira, sedih and now RINDU? mungkin selepas ni rasa cinta pulak kan yang muncul?" Kata pakcik Han yang senyum mengusik sama juga dengan Su Yeon yang tersenyum mendengar kata-kata pakcik Han.
Hae Ji yang mendengarnya terus tertunduk malu apabila mendengar perkataan 'cinta'.
"Malu?" Ya satu lagi perasaan mula muncul iaitu perasaan malu.
"So, sekarang Su Yeon tengah melanjutkan pelajaran?" Tanya pakcik Han kepada Su Yeon.
"Ohh ya.. Su Yeon sekarang lanjutkan pelajaran dekat Universiti Hanyang di Seoul. Tak jauh mana pun dari sini" jawab Su Yeon berserta segaris senyuman.
Pakcik Han hanya mengangguk tanda memahami apa yang Su Yeon sampaikan.
Tiba-tiba ibu bapa Hae Ji keluar dari rumah dengan tergesa-gesa
"Ehh Nuna kenapa tergesa-gesa ni?" tanya pakcik Han yang panik melihat keadaan mereka.
"Baek Gin kamu tolong jaga rumah ya. Nuna terpaksa pergi ke hospital dengan cepat. Ada kecemasan" jawab Puan Shin yang masih tergesa-gesa.
Pakcik Han sedar bahawa air mata Puan Shin mula gugur.
"Kecemasan apa?" belum habis pakcik Han cakap, Puan Shin dan juga Tuan Shin sudah masuk ke dalam kereta dan meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah.
Bersambung
-
-
-
-Sorry kalau chapter ni macam merapu sikit btw next chapter dah ada jimin guys
YOU ARE READING
Thanks ※ Jimin
RomanceC O M P L E T E Akibat trauma dari sebuah kemalangan itu, gadis yang bernama Shin Hae Ji bertukar menjadi seorang yang murung, pendiam dan tidak bergaul dengan sesiapa sahaja termasuk keluarganya sendiri dan juga dia telah hilang seribu satu perasa...