"Hey." sapa Jimin sebaik sahaja dia menapak ke sebelah Hae Ji.
"Ji—jimin. Buat apa dekat sini?" kata Hae Ji gugup sambil menoleh untuk melihat Jimin di sebelahnya. Matanya kembali memandang ke hadapan apabila mata Jimin bertembung dengan matanya.
"Saja je. Kenapa? Tak boleh ke saya datang ke sini?" soal Jimin sambil melemparkan pandangan ke hadapan.
"Bukan tak boleh. Saya tanya je. Ya la, mana saya pergi mesti ada awak." balas Hae Ji lalu memuncungkan mulutnya.
"Dah kita berdua duduk serumah, mestilah selalu terserempak melainkan awak cuba nak halau saya dari rumah ni supaya awak dah tak dapat jumpa saya lagi." kata Jimin diselangi dengan tawa kecil.
"Macam mana saya nak halau awak kalau saya tak dapat tengok muka awak dalam satu hari tu pun dah rasa rindu." ungkapan itu hanya mampu dilontarkan di dalam hatinya.
"Hey, kenapa senyap? Saya ada tersalah cakap ke? Kalau ada saya mint—" belum habis Jimin bercakap, Hae Ji sudah menyampuk.
"No. Tak ada la. Awak tak salah cakap pun. Sorry tadi saya mengelamun sekejap." tipu Hae Ji dengan senyuman nipisnya.
"Hmmm mengelamun tentang teman lelaki ke?" soal Jimin dengan nada yang mengusik.
"Tak la. Mengelamun tentang awak la, Jimin. Siapa lagi." desis hati Hae Ji. Gadis itu hanya menggeleng kepala kepada Jimin dengan segaris senyuman.
Suasana mula menjadi sunyi sepi apabila masing-masing tiada topik untuk dibualkan lagi. Mereka berdua hanya melemparkan pandangan masing-masing ke hadapan dan melihat langit yang terbentang luas itu.
Angin yang bertiup dingin pada malam itu masih terasa. Hae Ji mula berpeluk tubuh apabila dirinya yang sudah kesejukan.
Jimin dapat melihat Hae Ji yang sedang berpeluk tubuh kerana kesejukan dari ekor matanya. Lalu dia menapak masuk ke dalam semula.
Hae Ji yang agak terkejut melihat Jimin yang masuk ke dalam secara tiba-tiba itu tanpa sepatah kata, terus dia mengerutkan dahinya.
"Jimin? Awak nak pergi man—" percakapan Hae Ji terhenti dan pada masa yang sama langkah Jimin juga turut terhenti. Jimin menoleh ke belakang dan melemparkan senyuman.
"Saya nak masuk kejap ke dalam. Give me 2 minute. Saya akan datang semula." kata Jimin yang masih dengan senyuman di bibirnya. Hae Ji hanya mengangguk tanda balas.
Hae Ji kembali memandang ke hadapan dan pandangan dilemparkan kembali pada taburan bintang.
Beberapa minit kemudian, dia merasakan ada sesuatu benda yang lembut tersemat elok di kedua belah bahunya. Dia menoleh sedikit ke belakang untuk melihatnya. Dia ternampak Jimin yang sedang cuba membetulkan lagi selimut di atas bahunya.
"Jimin.." kata Hae Ji perlahan sambil memandang Jimin yang mula menapak semula di sebelahnya. Hatinya mula berasa terharu dengan tindakan yang Jimin lakukan terhadapnya. Dia memegang dan mengeratkan lagi selimut di bahunya supaya tidak terlucut jatuh dari bahunya.
"Awak sejuk kan. Jadi, saya tolong la hangatkan tubuh awak dengan selimutkan awak atau awak nak saya hangatkan tubuh awak dengan cara peluk dari belakang awak?" kata Jimin dengan sebelah keningnya terangkat sambil tersenyum mengusik.
Hae Ji terus menundukkan pandangannya untuk menyorok pipinya yang mula kemerahan akibat malu mendengar ungkapan Jimin sebentar tadi.
Jimin menapak semula ke belakang gadis itu. Dengan tindakan beraninya, Jimin mula memeluk belakang tubuh gadis itu. Bulat mata Hae Ji apabila Jimin memeluknya secara tiba-tiba.
"Jimin apa yang awak buat ni? Nanti omma dengan appa nampak, macam mana?" soal Hae Ji dengan nada yang tertahan tahan. Dia cuba meleraikan pelukan tersebut tetapi Jimin malah mengeratkan lagi pelukan itu.
"Sekejap sayang. Saya nak rasa kehangatan tubuh awak. Saya pun tengah sejuk juga ni. Pasal omma dengan appa tu, jangan risau la. Dia orang dah tidur nyenyak dah." kata Jimin lalu menyorokkan mukanya di antara leher dan bahu gadis itu. Dia memejamkan matanya rapat.
Rontaan yang cuba Hae Ji lakukan sebentar tadi terhenti ketika dia terdengar satu perkataan yang diungkap oleh Jimin kepadanya yang membuatkan dirinya terkedu.
'A-apa dia kata tadi? Sa-sayang?' Dirinya masih terkaku dengan apa yang dia dengari sebentar tadi.
Hae Ji cuba menoleh ke belakang tetapi niatnya terbantut apabila terdengar deheman Jimin.
"Jangan pusing belakang. Awak akan ganggu saya nak tidur." balas Jimin yang masih memeluk erat tubuh
Hae Ji dan matanya terpejam ketika terbuai dengan haruman wangi yang datangnya dari leher jinjang gadis itu."Tapi Jimin nan—"
"Saya dah kata jangan ganggu saya nak tidur. Awak cuma menikmati bintang dekat langit tu dan kehangatan tubuh saya je supaya badan awak tak rasa sejuk." kata Jimin dan mengeratkan lagi pelukan tersebut.
Hae Ji hanya mengangguk perlahan. Dia membiarkan sahaja Jimin memeluk tubuhnya dari belakang buat sekian lamanya.
Tanpa mereka sedar, ada seseorang yang sedang memerhatikan mereka berdua dari jauh.
Bersambung
YOU ARE READING
Thanks ※ Jimin
RomanceC O M P L E T E Akibat trauma dari sebuah kemalangan itu, gadis yang bernama Shin Hae Ji bertukar menjadi seorang yang murung, pendiam dan tidak bergaul dengan sesiapa sahaja termasuk keluarganya sendiri dan juga dia telah hilang seribu satu perasa...