Chapter 41 - Half Past

821 87 15
                                    

Seungcheol dengan penuh semangat mengangkat tinggi gelas berisi minuman keras yang belum ditenguknya lalu dilagakan bersama gelas rakannya yang lain.

"Kau nampak happy semacam je hari ni?" soal Mingyu.

"Mangsa aku dah masuk perangkap beb. Siapa je yang tak happy." balas Seungcheol sinis sambil meneguk minuman keras.

"Hahaha really? Hebat la kawan aku sorang ni. Pandai memburu rupanya." puji Mingyu diselangi dengan ketawa.

"Dah la. Aku nak pergi menari. Nak meraikan kemenangan buat aku." pantas Seungcheol bangkit dan menuju ke tengah-tengah dance floor.

"Eh. Tunggu la aku bro!" jerit Mingyu lalu mengikut jejak kawannya.

✘✘✘✘✘

Pak cik Han merebahkan badannya di sofa untuk menghilangkan kepenatan setelah seharian membedah beberapa pesakit di hospital.

"Bila la aku ni nak kahwin, nak ada keluarga sendiri. Kan seronok kalau ada isteri. Balik kerja ada orang masakkan, ada orang urutkan badan yang letih ni, ada or— " terhenti monolog Pakcik Han apabila mendengar bunyi loceng apartmennya ditekan.

"Ada orang datang rumah aku." lantas Pakcik Han bangkit semula dari sofa lalu menuju ke arah pintu utama apartmennya sambil itu merenggangkan tubuhnya yang lesu. Berkerut dahi Pakcik Han setelah membuka pintu dan melihat tetamu yang tidak dijangka datang ke apartmennya iaitu

Shin Hae Ji

"Aikk. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba muncul depan rumah Pakcik Han. Ni mesti rindu dekat Pakcik Han kan? Tu pasal datang sini." gurau Pakcik Han dalam ketawanya. Hae Ji menjuling matanya ke atas apabila mendengar ayat geli Pakcik Han itu.

"Tak ada makna nak datang sini
semata-mata rindu Pakcik Han. Orang datang sini sebab nak discuss something." balas Hae Ji sambil matanya melilau sekeliling ruang tamu Pakcik Han.

'Cantik juga rumah pakcik aku ni' monolog Hae Ji sendirian yang tidak puas lagi memerhatikan segenap ruang rumah apartmen mewah itu.

"Ermm. Duduklah dulu. Pakcik Han buatkan air. Nak air apa?" soal Pakcik Han yang sudah tercegat di dalam dapur.

"Air love you. Hahahaha" Hae Ji ketawa terbahak-bahak apabila dapat mengenakan pakciknya dan lebih-lebih lagi bila melihat riak wajah ketat pakciknya itu.

"I'm serious Hae Ji." seloroh Pakcik Han acuh tak acuh. Malas mahu melayan kerenah anak buahnya itu. Nanti makin melayan makin menjadi.

"Okay okay. Sorry. Just the hot chocolate."

✘✘✘✘✘

Jimin dan Puan Shin sedang bertungkus lumus membersihkan stor penyimpanan yang sudah lama tidak dibersihkan dan bersepah.

Banyak barangan yang dijumpai dan juga yang sudah tidak digunakan lagi. Puan Shin mengasingkan barangan yang ingin didermakan kepada orang yang lebih memerlukan dan yang harus dibuang sahaja.

Tengah memunggah, Jimin terjumpa sebuah kotak yang tertulis.

'KEPUNYAAN HAE JI'

"Omma. Kotak ni Hae Ji yang punya ke?" soal Jimin walaupun di kotak tersebut sudah tertulis kepunyaan gadis itu. Jimin hanya inginkan kepastian.

"Ohh nae. Kotak tu la Hae Ji suruh cari. Jimin boleh tak, bawakan kotak tu ke bilik dia?" tanya Puan Shin dan wanita berusia itu tersenyum apabila melihat anggukan Jimin.

Jimin mengangkat kotak tersebut yang agak berat baginya lalu menapak naik satu per satu anak tangga sehingga ke bilik anak gadis puan Shin itu.

Kotak tersebut diletakkan di atas meja belajar gadis itu. Jimin mengesat peluh yang mengalir di pinggir dahinya. Tiba-tiba matanya tertancap pada sebingkai gambar yang amat ia kenali iaitu gambar keluarganya. Lantas tangannya mengambil bingkai gambar tersebut.

"Macam mana dia boleh ada gambar ni? Siapa yang bagi? Tak silap aku, aku mana pernah tunjuk atau bagi dekat dia gambar ni." monolog Jimin sendirian. Dan secara tiba-tiba dia teringatkan seseorang.

"Shit. Aku rasa 'dia' ni yang bagi dekat Hae Ji. Kalau 'dia' kenal Hae Ji, jadi 'dia' ni adalah orang yang terdekat dengan aku dan Hae Ji. Aku akan pastikan yang kau tertangkap juga akhirnya." kata Jimin perlahan sambil tangannya mengenggam erat bingkai gambar keluarganya.

"Awak buat apa dalam bilik saya?"

Jimin terus menoleh apabila mendengar suara yang datang dari arah belakangnya.

✘✘✘✘✘

Pakcik Han meletakkan secawan coklat panas yang baru dibancuh olehnya di atas meja dan mengambil tempat duduk di sebelah Hae Ji.

"So, what something you want discuss with me?" soal Pakcik Han yang ingin menghirup kopi yang dibancuh olehnya sendiri.

"I already remember my half past." tersembur kopi dari mulut Pakcik Han apabila mendengar bait kata Hae Ji sebentar tadi.

"Hah? Ap—apa?" Pakcik mengelap saki baki air di tepi bibirnya. Dia bukannya tidak dengar cuma dia tidak percaya apa yang baru didengarinya.

"I know you understand what I said" gumam Hae Ji datar. Melihat Pakcik Han hanya mendiamkan diri dan tidak memberikan sebarang respons, gadis itu mendengus perlahan.

"and I'm sure you know my other half past. Please, I really want know what happen to my other half past" rayu Hae Ji. Dengar satu keluhan berat di lepaskan oleh Pakcik Han.

"Okayy but maybe this will make you hurt."

Bersambung




Next update: 30 vote ☆

Thanks ※ Jimin Where stories live. Discover now