Jimin baru sahaja menapak keluar dari pusat memorial setelah dia melawat makam ibu bapanya. Dia mengeluarkan telefon pintarnya untuk melihat beberapa miss call yang diabaikan olehnya. Sedang dia menilik telefonnya, datang seorang penghantar bungkusan kearahnya.
"Encik Park Jimin?" soal lelaki itu. Jimin hanya mengiyakan sambil mengangguk.
"Sila tandatangan disini." gumam lelaki itu lalu dihulurkan pen kepada Jimin. Setelah selesai menandatangani, bungkusan tersebut bertukar tangan. Belum sempat lelaki tersebut ingin beredar, Jimin sempat menahan lengan lelaki itu.
"Boleh saya tahu, bungkusan ni dari siapa?" tanya Jimin.
"Maaf. Saya tak tahu. Saya cuma tolong sampaikan saja." balas lelaki itu dengan lembut lalu meminta diri untuk beredar.
✘✘✘✘✘
Jimin menyilangkan tangannya dan bersandar di kerusi sambil memerhatikan lama bungkusan yang terletak di atas meja belajarnya. Perasaan ingin tahu itu sudah tidak dapat ditahan lagi tapi dalam pada masa yang sama, dia jadi ragu-ragu ingin membuka bungkusan tersebut.
Jimin menarik sikit kerusinya berdekatan dengan meja belajarnya. Sebelum dia membuka bungkusan tersebut, matanya memerhati tulisan yang tertulis di atas bungkusan tersebut.
'Suprise for you.'
Tanpa melengahkan masa, Jimin terus mengoyakkan kertas pembalut bungkusan itu dan terlihat seperti sebuah kotak kasut.
Jimin membuka kotak tersebut dan ternampak ada sebuah kasut yang lusuh dan sudah terlalu lama. Ada sebuah kasut lelaki dan disebelahnya ada sebuah kasut wanita. Setiap kasut tersebut tidak dipasangkan dengan pasangannya malah hanya ada sebelah sahaja kasut tersebut.
Jimin hairan melihat kasut tersebut. Dia seperti pernah melihat kasut tersebut tetapi dia tidak ingat. Jimin mencapai kedua-dua kasut tersebut dan disebalik kasut itu terdapat sekeping kertas yang bertulis.
'Taknak tahu lebih banyak lagi punca utama ibu bapa kau mati dalam kemalangan?'
Jimin melihat kembali kasut yang ada di genggamannya dan ya! Dia sudah ingat. Kedua-dua kasut tersebut milik orang tuanya. Kasut itu dipakai oleh orang tua Jimin sebelum kemalangan tersebut berlaku dan setiap pasangan kasut itu ada di pihak polis bagi menjalani siasatan dulu.
Sekarang yang bermain dalam fikiran Jimin adalah macam mana kasut ni boleh ada dekat sini? Siapa yang hantar kasut ni pada dia? orang tu kenal dia? Orang tu yang bunuh ibu bapa dia?
Jimin terbatuk sedikit dan batuknya melarat sehingga mengeluarkan cecair berwarna merah pekat dari mulutnya.
"Ohh shit!" sumpah Jimin. Dia terus mencapai tissue dan berlari kecil ke arah katil bagi mengambil botol ubat yang berada di dalam bag sandang miliknya.
Batuknya masih lagi tidak berhenti tapi mujur darah yang keluar dari mulutnya sudah berhenti. Dia mengeluarkan dua biji pil ubat tersebut lalu ditelannya. Dia mencapai botol mineral lalu diteguk sampai habis.
Dia terduduk lemah di atas lantai sambil badannya disandarkan pada katil. Dia menangis teresak memikirkan apa yang telah menimpa ke atas dirinya. Dia membaling barang yang berdekatan dengannya ke dinding sekuat hatinya.
✘✘✘✘✘
Hae Ji baru sahaja selesai kuliahnya pada petang itu. Hari ini dia hanya keseorangan. Su Yeon tidak dapat menghadiri kuliahnya kerana dia terpaksa pulang ke kampung akibat neneknya dimasukkan hospital. Jimin pula tidak ada kuliah pada hari ini.
"Hae Ji! " baru sahaja gadis itu ingin mengeluarkan telefon pintarnya, dia terdengar seseorang menjerit namanya. Dia menoleh ke tepi dan ternampak Seungcheol yang baru sahaja memberhentikan superbike nya di tepi jalan.
"Sorang je?" soal Seungcheol setelah dia membuka helmet. Hae Ji mengangguk sambil tersenyum.
"Jomlah. Kita minum dulu atau borak-borak. Lagipun sekarang cuaca agak panas." tawar Seungcheol lalu dihulurkan helmet lagi satu pada gadis itu. Hae Ji teragak-agak ingin menyambut.
"Come on la. Jom! " gumam Seungcheol. Hae Ji sedikit terkejut apabila tangannya ditarik oleh Seungcheol lalu dipakaikan helmet di kepalanya. Hae Ji terpaksa akur dengan permintaan lelaki itu.
✘✘✘✘✘
"Su Yeon pergi mana? " soal Seungcheol bagi memulakan perbualan setelah mereka berdua lama mendiamkan diri.
"Dia balik kampung sebab nenek dia masuk hospital" balas Hae Ji lalu menghirup minuman dingin yang di pesannya.
"Nenek dia masuk hospital sebab apa?" soal Seungcheol cuba untuk tidak memutuskan perbualan ketika itu. Hae Ji hanya mengangkat kedua belah bahunya tanda tidak tahu.
"Ohh! hari tu Su Yeon ada datang rumah awak kan? Dalam keadaan mabuk." kini giliran Seungcheol pula menghirup minuman dingin miliknya.
"Macam mana awak tahu?" soal
Hae Ji kembali."Saya yang hantar dia pergi rumah awak. Saya terjumpa dia dekat kelab malam dalam keadaan mabuk. Saya nak hantar pergi rumah dia tapi saya tak tahu." jawab Seungcheol acuh tak acuh.
"Ohhh. Terima kasih la tolong hantar dia. Nasib awak yang jumpa dia. Cuba kalau orang lain yang jumpa Su Yeon, tak tahu la apa yang akan jadi dekat dia." gumam Hae Ji geram. Seungcheol hanya tersenyum mendengar.
"Ohh saya lupa! Nanti tolong bagi gambar ni pada Jimin. Hari tu dia tertinggal dan saya lupa nak pulangkan balik pada dia." Seungcheol menghulurkan sebuah bingkai gambar kepada Hae Ji dan disambut oleh gadis itu.
"Ini keluarga kandung Jimin?" soal Hae Ji sebaik sahaja dia melihat bingkai gambar tersebut. Seungcheol hanya mengangguk.
"Jimin tak pernah cerita pasal keluarga kandung dia pada awak ke?" tanya Seungcheol. Hae Ji menggeleng perlahan. Matanya kini tertumpu pada satu susuk tubuh lelaki yang duduk di sebelah Jimin.
"Ni siapa?" tanya Hae Ji pada Seungcheol sambil menunjuk susuk tubuh lelaki tersebut
"Ohh yang tu abang Jimin. Satu-satunya abang yang dia ada." balas Seungcheol sebelum dia menyambung semula.
"Tapi tak akan awak tak ingat siapa abang Jimin?" tanya Seungcheol.
"Saya pernah kenal dengan abang Jimin ke?" soalan dibalas kembali dengan soalan. Baru sahaja Seungcheol ingin membuka mulut, telefon pintarnya berbunyi.
"Hae Ji, saya rasa kita patut balik la. Saya ada hal selepas ni. Tak apa, selepas ni kita ada banyak lagi 'masa' nak borak-borak pasal ni lagi okay. Saya hantar awak balik." kata Seungcheol lalu dia mencapai kunci motornya. Hae Ji hanya tersenyum tawar.
Bersambung
•
•
•
•
Firstly, author nk kata THANK YOU SO MUCH FOR 10K VIEWS AND 1K VOTE!!!! 🎉🎊ni adalah salah satu kejayaan buat author dan readers2 sekalian.. walaupun benda ni tk la sehebat mana pun but for me ni dah cukup membanggakan *sob sob* .·'¯'(>▂<)'¯'·.
Thanks korang.. Tanpa readers sekalian, siapa la author dan fanfic ni.. *sedih sekali lagi* hahaha
sayang korang ❤Apa apa pun selamat menyambut Ramadhan al kareem guys.. 🌸🌙
Next update: 22 vote ☆
YOU ARE READING
Thanks ※ Jimin
RomanceC O M P L E T E Akibat trauma dari sebuah kemalangan itu, gadis yang bernama Shin Hae Ji bertukar menjadi seorang yang murung, pendiam dan tidak bergaul dengan sesiapa sahaja termasuk keluarganya sendiri dan juga dia telah hilang seribu satu perasa...