Chapter 6 - Psychological Treatment

1.5K 142 1
                                    

[Terjemahan]
Omma - ibu
Appa - ayah
Nuna - kakak (untuk lelaki)
Hyung - abang (untuk lelaki)

Di meja makan; Puan Shin, Tuan Shin dan juga pakcik Han sedang duduk untuk membincangkan sesuatu.

"Nuna. Baek Gin rasa nak buat rawatan psikologi untuk Hae Ji. Sebab mungkin rawatan ni semakin banyak dapat membantu Hae Ji jadi seperti dulu lagi?" tanya pakcik Han pada Puan Shin untuk kepastian.

Puan Shin memandang kepada Tuan Shin untuk menanyakan pendapat suaminya. Reaksi Tuan Shin hanya tersenyum menandakan setuju dengan cadangan pakcik Han.

"Tapi Baek Gin. Nuna hanya risau yang Hae Ji tak nak lakukan rawatan ni sebab dia akan duduk di hospital dengan tempoh masa yang agak lama." kata Puan Shin dengan reaksi muka yang agak risau.

"Kita cuba dulu. Kalau tak tanya, kita tak akan tahu sama ada dia nak ataupun tak. And one more thing, keadaan dia sekarang macam tu Nuna masih lagi nak biarkan? Baek Gin cuma risau nanti keadaan dia jadi makin buruk dan mungkin akan membawa kematian." tegas pakcik Han.

Setitis air mata Puan Shin gugur di pipinya. Dia tidak mahu kehilangan satu satunya anak yang dia ada. Sebolehnya dia mahu yang terbaik untuk anaknya.

"Bukan Baek Gin sengaja buat nuna menangis. Okay, sekarang Nuna fikir. Nuna yang nak tengok sangat kan Hae Ji berubah seperti sedia kala macam dulu seorang yang periang dan gembira. Nuna tahu tak, sekarang la waktu yang paling tepat untuk kita ubah diri dia. Ubah penampilan dia yang baru." pakcik Han berusaha untuk yakinkan Puan Shin.

"Betul tu apa yang Baek Gin cakapkan. Masa ni la masa yang sesuai untuk tengok diri Jiji seperti dulu. Rawatan ni pun untuk kebaikan anak kita juga." kata Tuan Shin untuk cuba memujuk isterinya.

"Hahh tengok!! Hyung pun nak yang terbaik untuk Hae Ji sebab apa, sebab Hyung sayangkan Hae Ji dan Hyung nak tengok Hae Ji gembira dengan hidup dia yang akan datang." kata pakcik Han yang sudah tersenyum kecil.

Suasana menjadi sunyi sepi secara tiba-tiba bila mata semua tertumpu pada kelibat Hae Ji yang sedang menuruni anak tangga.

(HAE JI)

Setelah pakcik Han keluar dari bilik ku, otak ku terus berhenti berfikir ketika tu.

Aku tidak mampu berfikir apa-apa lagi pada waktu ni bila aku melihat keadaan bilik ku yang cukup bersepah dan juga kaca yang berselerak atas lantai.

Aku terpandang diri aku sendiri pada pantulan cermin yang cuma berhadapan dengan aku sahaja.

Diri aku yang kusut masai dengan baju yang dah penuhi dengan darah kesan daripada torehan di tangan aku sendiri.

Bila aku lihat keadaan diri aku macam tu sekali, aku terus bangun untuk mencapai tuala dan menuju ke bilik air untuk bersihkan diri aku.

Selesai berpakaian, aku duduk di hujung kaki katil cuba ingat balik kata-kata pakcik Han yang masih terngiang-ngiang dalam kotak fikiranku buat masa ni.

Adakah aku terlalu jahil sampai membuatkan semua orang sedih dan penat memikirkan tentang diri aku atau pun hanya anggapan aku sahaja bahawa aku tak mempunyai apa-apa lagi untuk teruskan kehidupan tapi kebenarannya aku masih punyai keluarga yang sangat sayangkan aku dan juga sentiasa menyokong aku untuk meneruskan kehidupan.

Ya, aku masih banyak masa lagi untuk bangkit dan ubah cara kehidupan aku ni kepada yang lebih baik.

Aku keluar dari bilik apabila aku teringatkan sesuatu yang omma menyuruh aku turun untuk makan apabila keadaan aku sudah stabil.

Kaki ku baru ingin melangkah untuk menuruni tangga tiba-tiba aku terdengar perbualan antara omma, appa dan juga pakcik Han tentang rawatan psikologi untuk ku.

Aku mencuri dengar dari awal hingga la mereka memberhentikan perbualan.

Terus aku melangkah menuruni anak tangga. Aku ternampak riak wajah mereka semuanya jelas terkejut dengan kehadiran ku yang secara tiba-tiba.

"Hae Ji setuju"

Bersambung

Thanks ※ Jimin Where stories live. Discover now