Mata Hae Ji terkebil-kebil melihat Jimin di hadapannya. Dia cuba bangkit dari atas badan Jimin tetapi tidak boleh.
Jimin mengeratkan lagi pelukan di pinggang ramping Hae Ji sementara gadis itu cuba untuk meleraikan pelukan tersebut.
"Awak.. Le—lepaskan saya." kata Hae Ji perlahan sambil cuba mengawal nafasnya yang sudah tidak keruan.
Jimin hanya memandang tepat ke dalam anak mata Hae Ji. Rambut Hae Ji yang melindungi sebelah wajahnya di selak oleh Jimin dan di selitkan ke belakang telinga kiri gadis itu.
Hae Ji menundukkan pandangannya apabila mata mereka berdua bertentang agak lama. Dia mendongak kembali memandang ke hadapan apabila merasakan ada tangan kasar yang membelai lembut pipi gebunya.
Nafas Hae Ji mula tidak teratur dan hatinya mula berdegup pantas apabila mata mereka berdua bertaut kembali.
"You know what.. You're a beautiful person I've ever met." ungkap Jimin sambil matanya masih merenung tepat ke dalam anak mata gadis itu.
Usapan di pipi Hae Ji terhenti apabila pandangan Jimin jatuh pada bibir merah gadis itu.
"Ji—jimin." panggil Hae Ji tersekat-sekat apabila lehernya mula di tarik ke hadapan oleh Jimin supaya lebih mendekati wajah lelaki itu. Panggilan Hae Ji terbiar begitu sahaja tanpa balasan.
Gadis itu dapat merasakan hembusan nafas Jimin apabila wajah mereka berdua hanya seinci sahaja. Hae Ji memejamkan matanya apabila merasakan bibirnya bersentuhan dengan bibir Jimin dan bibir Jimin terus menyerang bibir Hae Ji.
Melihat Hae Ji yang tidak memberikan apa-apa tindak balas, Jimin mula menggigit bibir bawah Hae Ji dan menyebabkan mulut gadis itu terus terbuka.
Pantas lidah Jimin meneroka segenap ruang mulut Hae Ji. Jimin tersenyum kecil dalam ciuman tersebut apabila Hae Ji mula memberanikan dirinya untuk membalas semula ciuman itu.
Apabila ciuman itu ingin bertukar lebih rakus, tiba-tiba deringan telefon bimbit milik Jimin kedengaran. Pantas sahaja Hae Ji meleraikan ciuman tersebut dan mula bangkit dari atas badan Jimin.
"Aw—awak jawab la du—dulu panggilan tu. Saya na—naik atas dulu." kata Hae Ji tersekat-sekat apabila nafasnya masih lagi tidak teratur. Pendengaran gadis itu dapat menangkap dengusan perlahan dari Jimin apabila dia mula menapak menaiki anak tangga untuk menuju ke bilik tidurnya.
✘✘✘✘✘
Pantas sahaja Hae Ji menutup pintu dan menguncinya. Dia menapak ke katil dan duduk di birai katil. Dia memegang dadanya. Masih terasa degupan jantungnya yang laju.
"Kenapa rasa ni macam rasa mula-mula Jimin cium aku?" bisik hati Hae Ji. Dia menggeleng deras.
"Tak tak.. Mungkin kebetulan je kot rasa macam ni. Tapi! Dia rasa lain macam. Dia lain daripada yang lain!" betak dalam hatinya. Dia memejamkan matanya dan cuba menarik nafas kemudian di hembusnya kembali.
Dia membuka mata kembali apabila merasakan degupan jantungnya masih berdetak dengan laju. Dia menyebamkan mukanya di permukaan katil lalu menumbuk tilam katil itu.
"ARGHH PARK JIMIN!! KAU BUAT AKU GILAA TAHU TAKK?! KENAPA KAU NAK KENA CIUM AKU? PERLU KE KAU CIUM AKU?!" jerit Hae Ji sambil mukanya masih disebamkan di permukaan katil.
Tiba-tiba dia bangkit dari pembaringannya dan mencari tas tangannya yang terletak di atas lantai. Selepas dia mencapai tas tangannya, dia terus mengeluarkan telefon bimbitnya.
"Aku perlu beritahu Su Yeon. Ya aku perlu bagitahu. Tapi.. Cuba kalau dia gelak? Lantak la."
Dia terus mendail nombor kawan baiknya kemudian dia melekapkan telefon bimbitnya di telinga kirinya.
Tutt~ tutt~
"Hello?" sahut Su Yeon di dalam talian.
"Su Yeon, esok kau free tak? Aku perlu jumpa kau esok."
Bersambung
YOU ARE READING
Thanks ※ Jimin
RomanceC O M P L E T E Akibat trauma dari sebuah kemalangan itu, gadis yang bernama Shin Hae Ji bertukar menjadi seorang yang murung, pendiam dan tidak bergaul dengan sesiapa sahaja termasuk keluarganya sendiri dan juga dia telah hilang seribu satu perasa...