[Terjemahan]
Omma - ibu
Appa - ayahHae Ji membuka pintu rumah dan dapati ada seorang lelaki sudah terpancak di depan pintu rumahnya.
Lelaki tersebut berumur lingkungan 27 tahun dan mempunyai paras rupa yang agak kacak.
"Pakcik Han..?" Sebut Hae Ji berbaur soalan. Lelaki yang sedang berdiri di depan Hae Ji adalah merupakan pakcik kepada Hae Ji iaitu adik ibunya.
Encik Han atau pun lebih dikenali dengan pakcik Han tersenyum lebar melihat anak buahnya yang sudah cukup lama tidak berjumpa.
Tanpa diminta pakcik Han terus memeluk tubuh Hae Ji. Hae Ji terkejut dengan tindakan pakcik Han tersebut lalu dia menolak tubuh pakcik Han dengan kasar.
Hae Ji tidak mempercayai sesiapa dan dia hanya fikir bahawa semua orang hanya ingin mengambil kesempatan keatas dirinya sahaja.
"Sorry Hae Ji. Pakcik Han lupa yang Hae Ji masih trauma dengan kejadian dulu" kata pakcik Han sambil ketawa sedikit untuk menghilangkan rasa janggal.
Dia tidak terkesan pun dengan perbuatan Hae Ji terhadap dirinya tadi.
Pakcik Han faham bahawa anak buahnya itu memerlukan lagi masa untuk menyesuaikan dirinya dengan situasi disekelilingnya.
Hae Ji seperti biasa hanya mendiamkan diri sahaja. Dia tidak berganjak pun dari tempat dia berdiri dan masih berdiri di pintu rumah.
"Omma dengan appa tak ada dekat rumah ke? Dari tadi Pakcik Han tengok sunyi jer rumah ni" tanya pakcik Han kepada Hae Ji sambil matanya cuba mencuri tengok ke dalam rumah.
"Omma.... dengan.... appa.... pergi.... beli.... barang" kata Hae Ji perlahan dengan ayat yang terputus putus seperti kanak-kanak yang baru sahaja ingin belajar bercakap.
"Ohh. By the way, Hae Ji tak nak jemput Pakcik Han masuk dalam rumah ke? Hae Ji nak tengok Pakcik Han mati kesejukan dekat luar ni ke? Tak kesian dekat Pakcik Han?" Kata pakcik Han yang sudah ketawa kecil.
Banyak betul soalan yang diberikan oleh pakcik Han sampaikan Hae Ji tak tahu nak jawab yang mana satu dulu.
Pakcik Han mematikan ketawanya apabila melihat tiada respons yang diberikan oleh Hae Ji. Gadis itu hanya menbisukan diri dengan wajahnya yang polos itu. Baginya lawak pakcik Han itu tidak kelakar langsung baginya.
"Aigoo... Hae Ji ni kenapa tak join sekali gelak? Jangan la biarkan Pakcik Han gelak sorang-sorang. Atau lawak Pakcik Han ni tak kelakar bagi Hae Ji?" Tanya pakcik Han walaupun dia sudah tahu apa jawapan yang bakal diberikan oleh Hae Ji.
Hae Ji hanya menggelengkan kepalanya bagi menjawab pertanyaan pakcik Han dengan riak mukanya yang tidak berperasaan.
Tiba-tiba pakcik Han mendekatkan mukanya kepada muka Hae Ji dan situasi tersebut membuatkan Hae Ji terkejut dan berundur setapak ke belakang.
"Hae Ji nak tahu tak satu perkara ni? Sebenarnyakan kalau Hae Ji senyum serius nampak cantik sangat. Omma, appa dengan Pakcik Han nak sangat tengok Hae Ji senyum macam dulu. Kita orang semua rindu sangat dengan senyuman manis Hae Ji tapi tak nak tengok muka Hae Ji macam sekarang yang dah sama macam nenek kebayan muka berkedut and berkerut. Hahh! Tengok dahi tu dah berlapis lapis." bebel pakcik Han pada Hae Ji.
Reaksi Hae Ji tetap sama seperti tadi yang hanya mendiamkan diri sahaja.
"Hae Ji ni memang tak ada perasaan langsung la. Kalau orang lain dah naik angin bila dengar orang cakap macam tu tapi Hae Ji ni relaks je. Hae Ji memang nak tengok Pakcik Han mati kesejukan dekat luar ni ke apa sampai dari tadi tak nak bagi masuk." bebel pakcik Han sambil mengangkat sebelah keningnya dan memeluk tubuh
Hae Ji hampir terlupa untuk menjemput pakcik Han masuk tapi dia masih ragu-ragu untuk menjemput pakcik Han kerana dia takut pakcik Han akan mengapa-apakan dirinya
Pakcik Han tahu apa yang sedang bermain di fikiran Hae Ji sekarang dengan hanya melihat riak wajah gadis itu pada ketika itu.
"Hae Ji jangan risau la. Pakcik Han tak pernah nak cuba ambil kesempatan dekat mana-mana perempuan lagi. Pakcik Han baik. Hae Ji je yang tak tahu." puji Pakcik Han sebelum dia menambah.
"Please Hae Ji. Pakcik Han cuma nak masuk je sekarang ni sebab dah memang sejuk sangat dekat luar ni sampai dah rasa macam nak mati kesejukan dah ni." kata pakcik Han yang sedang memeluk tubuh untuk mecari kehangatan.
Hae Ji dengan terpaksa menjemput pakcik Han masuk ke dalam rumahnya.
"Masuklah" kata Hae Ji dengan perlahan. Pakcik Han pun masuk ke dalam rumah yang agak besar lalu duduk di sofa.
"Rindunya dengan rumah ni. Dah lama tak balik. Suasana dalam rumah ni pun tak pernah berubah." kata pakcik Han sambil mendepakan kedua tangannya.
Pakcik Han terpandang Hae Ji yang berdiri di depan pintu sambil menundukkan kepalanya.
Pakcik Han bangun dan terus menarik tangan Hae Ji pada masa yang sama dia menutup pintu rumah yang masih terbuka itu.
"Ehh apa ni Pakcik Han?!" Tanya Hae Ji terkejut melihat pakcik Han secara tiba-tiba menarik tangannya.
"Duduk la dekat sini. Jangan la berdiri dekat depan pintu tu. Sejuk luar tu. Nanti Hae Ji mati kesejukan, apa Pakcik Han nak jawab pada omma dengan appa Hae Ji?" kata pakcik Han sambil menduduk kan Hae Ji di sofa.
"Omma dengan appa tak bagitahu ke yang dia orang balik bila?" Tanya pakcik Han sambil membuka TV di hadapannya.
Sudah kebiasaan pakcik Han membuat rumah itu seperti rumahnya sendiri.
Hae Ji hanya menggelengkan kepalanya tanda dia tidak tahu dan serentak itu juga kedengaran bunyi loceng ditekan.
Bersambung
YOU ARE READING
Thanks ※ Jimin
RomanceC O M P L E T E Akibat trauma dari sebuah kemalangan itu, gadis yang bernama Shin Hae Ji bertukar menjadi seorang yang murung, pendiam dan tidak bergaul dengan sesiapa sahaja termasuk keluarganya sendiri dan juga dia telah hilang seribu satu perasa...