Chapter 14 - Shadow

1.2K 115 1
                                    

[Terjemahan]
Omma - ibu
Appa - ayah

(JIMIN)

Habis saja sesi makan malam tadi, aku terus naik ke bilik aku. Aku menutup daun pintu lalu merebahkan badanku di atas katil.

"Kenapa dengan Hae Ji tadi? Kenapa dia tiba-tiba berubah and tak semesra macam tadi?"

- - - - - - -

Aku turun ke bawah diikuti dengan Hae Ji untuk makan malam.

Selesai saje aku dengan Hae Ji duduk, omma terus menghulurkan makanan kepada kitorang berdua.

"Hae Ji dengan Jimin buat apa tadi dekat atas lama sangat?" soal pakcik Han.

Mampus pakcik Han tanya. Tak kan nak jawab main golek golek atas tu pulak. Memang mati la jawabnya.

Aku memandang Hae Ji yang berhadapan dengan aku. Aku harap dia jawab soalan pakcik Han walaupun soalan tu untuk aku tapi apa yang aku dapat, hanya la sebuah jelingan tajam dari minah tu. Hahaha aku masih boleh nampak muka merah dia sebab tahan malu la tu plus marah.

"Tak ada apa-apa la Pakcik Han cuma Jimin terlanggar sikit badan Hae Ji tadi" jawabku yang sedar akan perubahan Hae Ji yang dari tadi hanya diamkan diri. Hmm marah lagi la tu.

"Jemput la makan semua" pelawa omma untuk kami semua menjamu selera.

Keadaan menjadi sunyi sepi semasa kami semua sedang enak menjamu selera.

"Ermm Jimin. Esok omma ingatkan nak pergi rumah Jimin untuk ambil semua barang keperluan Jimin lepas tu kita kemas la apa yang patut" kata omma memecahkan kesunyian di situ.

"Jimin okay je" balasku lalu menyuap makanan yang berada di tangan ke dalam mulut.

"Hae Ji pun patut ikut sekali sambil-sambil tu boleh la tengok suasana sekeliling" cadang pakcik Han kepada Hae Ji.

"tak nak la! Hae Ji tak nak ikut!" Hae Ji menolak pelawaan pakcik Han.

"Tapi Hae Ji"

"Hae Ji kata tak nak ikut tu TAKNAK LA! Tak faham ke?!" betak Hae Ji kasar lalu meninggalkan ruang makan tersebut.

- - - - - - - 

✘✘✘✘✘

Keesokan paginya. Ketika aku keluar dari bilik, aku berhenti sekejap depan bilik Hae Ji. Aku merenung lama pintu bilik tu sampai la ada satu tangan menepuk bahuku membuatkan renungan aku terganggu.

"Jimin tengok apa lagi tu? Jom" kata appa yang baru sahaja keluar dari biliknya.

"Tak ada apa-apa la appa" balasku lalu menghadiahkan appa satu senyuman. Ya, aku memang pemurah dengan senyuman pun.

"Dah siap dah?" Tanya omma pulak pada aku. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum.

Aku, omma dan appa sedang bersiap untuk pergi ke rumah banglo milik keluarga aku untuk mengambil semua keperluan aku yang ada di sana.

"Tentang Hae Ji tu tak apa la. Omma dah call pakcik Han untuk tengok-tengok kan keadaan Hae Ji dekat sini nanti" kata omma sambil pegang lengan aku. Omma ni tahu tahu je aku tengah usya bilik anak dia. Bukan apa, cuma aku risau dengan keselamatan dia je sebab tinggalkan sesorang dalam rumah ni.

Aku hanya mengangguk dan sekali lagi aku memandang pintu bilik tidur Hae Ji sebelum aku turut ke tingkat bawah.

✘✘✘✘✘

(HAE JI)

Aku bersandar di kepala katil sambil memeluk lutut. Aku mengerakkan sedikit badanku ke belakang dan ke depan.

Aku sendiri tak tahu kenapa secara tiba-tiba perubahan diri aku ni macam ORANG GILA?!

Aku menggigit kuku sambil memerhatikan segenap penjuru bilik ku.

Aku seolah mencari sesuatu. Mencari bayangan Ji Kyung yang mula menghantui diri aku semula.

Bayangannya mula muncul kembali buat sekian lamanya.

Jimin penyebab bayangan Ji Kyung mula menghantui diri aku semula.
Aku pasti dia lah penyebab bayangan Ji Kyung kembali.

Matanya hidungnya bibirnya dan juga wajahnya serupa seperti Ji Kyung.

Tak akan la Ji Kyung, abang dia? Tapi omma kata dia takde seorang pun adik beradik.

"ARGHHH"

Aku menjerit sekuat hatiku. Fikiran aku sangat kusut buat masa sekarang. Aku menguak kasar rambut panjangku yang terurai kemas.

Aku cuba sedaya upaya tahan diri aku daripada cuba untuk buat kerja gila. Aku cuba menepis jauh perasaan gila ni tapi? Aku tak mampu.

Keadaan ini membuatkan aku tak dapat untuk kawal diri aku sendiri daripada jadi gila.

"HAHAHAHAHAHA"

Aku ketawa sendiri secara tiba-tiba tapi ketawa aku cuma sekejap apabila mata aku mula melilau memerhatikan segenap ruang bilik tidur yang tak seberapa besar tu semula.

Perasaan takut mula menyelubungi diri aku sikit demi sedikit. Badan aku menggigil ketakutan. Aku meletakkan mukaju di antara kedua-dua lutut. Aku luahkan tangisanku akibat ketakutan.

Aku terdengar pintu bilikku dibuka. Aku mengangkat mukaku untuk melihat tuan yang membuka pintu tersebut.

Ji Kyung memandang aku dengan senyuman sinisnya lalu dia menapak perlahan-lahan menuju ke arah aku.

Bayangannya yang menghantui diri aku malam semalam mula muncul semula pada pagi ni.

"Tak! Kau jangan berani datang dekat dengan aku! Jangan sesekali KAU BERANI!! PERGI LA!!"

Aku menjerit ke arahnya tapi lelaki tu tak memberikan sebarang respon malah dia makin tersenyum sinis seakan-akan suka dengan keadaan aku sekarang ni yang tak ubah macam orang gila.

"AKU KATA JANGAN DATANG DEKAT DENGAN AKU KAN?! KENAPA KAU TAKNAK DENGAR?!"

Jerit aku sekali lagi diikuti dengan tangisan yang sudah pecah.

Aku tersangat takut sekarang ni. Takut untuk di apa apakan lagi. Aku perlukan seseorang untuk lindungi aku pada masa ni. Please someone help me.

"Hae Ji?"

Bersambung

Thanks ※ Jimin Where stories live. Discover now