Chapter 29 - I miss You

984 118 15
                                    

Hae Ji lantas menoleh ke tepi apabila terdengar seseorang menyapanya. Dia lantas melabuhkan punggungnya semula.

"Seungcheol?" tegur Hae Ji dengan nada yang perlahan.

"Awak sorang je?" soal Seungcheol lalu mengambil tempat duduk di hadapan Hae Ji. Gadis itu hanya mengiyakan.

"Awak pula? Sorang juga?" soal Hae Ji pula. Seungcheol menggeleng kepala lalu jari telunjuknya ditalakan ke arah seorang budak lelaki yang baru sahaja membuka topi keledar dan di letakkan di atas seat motosikal. Terus sahaja budak lelaki itu berlari ke arah mereka berdua.

"Nuna!" laung SeungJin dengan gembira. Hae Ji hanya tersenyum melihat telatah lelaki itu. SeungJin bercadang ingin mengambil tempat duduk di sebelah Hae Ji tetapi dihalang oleh abangnya.

"Ehh! Kau! Duduk sini. Jangan nak mengatal duduk situ." kata Seungcheol sambil menunjuk tempat duduk di sebelahnya. SeungJin hanya mencebik. Dengan malas, dia melangkah ke tempat duduk yang ditunjukkan oleh abangnya.

"Jeles." gumam SeungJin perlahan sambil memalingkan wajahnya ke arah lain. Seungcheol hanya memandang tajam ke arah adiknya.

"Korang berdua tak nak order apa-apa?" soal Hae Ji.

✘✘✘✘✘

Ji Kyung melangkah masuk ke ruangan club malam ataupun lebih tepat sebagai 'lubuk neraka' itu setelah dia selesai meletakkan kenderaan. Bingit telinganya apabila mendengar lagu yang sangat rancak dipasang oleh DJ di club malam tersebut.

Matanya tertancap pada sebuah meja yang di duduki oleh kawan-kawannya dan pantas dia mengorak langkah ke situ. Dia dapat melihat salah seorang kawannya yang sedang giat berciuman dengan teman wanitanya.

Terus pandangannya di alihkan apabila terdengar seseorang sedang memanggil namanya.

"Ji Kyung! Sini!" laung Josh dengan kuat sementara tangannya menepuk sofa kosong yang berada disebelahnya itu supaya menyuruh
Ji Kyung duduk di situ.

Belum sempat Ji Kyung ingin melabuhkan punggungnya, dia terasa ada tangan halus memegang pergelangan tangannya. Dia memaling ke tepi untuk melihat empunya tangan tersebut.

Walaupun suasana di situ agak gelap, dia tetap boleh melihat jelas muka gadis yang sedang memegang lengannya itu. Ditarik kasar tangannya daripada terus dipegang oleh gadis yang dianggap jijik pada dirinya.

Niatnya yang ingin duduk itu terus terbantut dan dia mengambil keputusan ingin sahaja berlalu pergi dari situ tetapi badannya ditarik kasar sehingga dia terjelepuk jatuh ke sofa dan membuatkan dirinya agak terkejut.

Mata Ji Kyung lebih membulat apabila gadis yang memegang lengannya tadi bertindak berani duduk di atas riba Ji Kyung.

"What the fuck are you doing?!" pekik Ji Kyung dengan nada yang tertahan tahan. Matanya memandang tajam pada sepasang mata budar yang juga sedang memandangnya.

"I miss you."

✘✘✘✘✘

Shrupppp

SeungJin menghirup minumannya buat kali terakhir sebelum minumannya habis dihirupnya. Hae Ji dan Seungcheol hanya memerhatikan tingkah lakunya sambil menggeleng kepala.

"Nuna nak kitorang temankan Nuna balik?" soal SeungJin dengan ramah. Hae Ji hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu sama ada ingin menerima pelawaan itu atau pun tak. Dia hanya tidak mahu menyusahkan dua adik beradik itu sahaja.

"Rasanya lebih baik kitorang temankan awak Hae Ji. Lagipun dah dekat lewat malam ni. Nanti takut apa-apa terjadi pada awak, kitorang juga yang susah sebab biarkan awak balik sorang-sorang." jelas Seungcheol untuk memberi kepastian pada Hae Ji.

Akhirnya Hae Ji hanya mengangguk.

Bersambung




Im so glad when I open wattpad and WOWW!! SO MANYY NOTIFICATION AND THATS NOTIFICATION IS ABOUT MY STORY!


Ramai yg letakkan story ni dalam reading list dorang and ramai jugak yg vote semua chap yg ada buat masa skrng.. IM SOOO THANKFUL FOR YOU GUYSS 😭😭😭💞💞

Bila tgk semua tu, buatkn author lebih semangat nk update.. SERIOUSLY IM SO HAPPY 😭💞

Thank you sape yg sudi baca and vote story ni walaupun I know this story is so boredd!! And thank you jugak pada yg setia menunggu next chap and vote..

Thank you gais 😭💖 I love you so muchhh 💋

Thanks ※ Jimin Where stories live. Discover now