Disebabkan author dah janji hari tu nak update 🎉
____________
"Jimin, don't." arah Ji Kyung pada adiknya. Jimin melepaskan genggamannya di kolar baju Seungcheol. Nampak sedikit darah keluar dari tepi bibir Seungcheol.
"Benda ni tak akan selesai kalau guna cara ni. Kita bawa je dia ke balai." jelas Ji Kyung menyabarkan adiknya.
✘✘✘✘✘
Hae Ji, Jimin dan Ji Kyung menapak keluar dari balai polis setelah selesai melaporkan kesalahan yang dilakukan oleh Seungcheol selama ni.
"Saya tak sangka Seungcheol tergamak buat macam tu. Saya fikirkan dia seorang yang baik tapi itu semua cuma topengan semata-mata." kata Hae Ji kesal.
Hae Ji terlampau terkejut bila mendengar penerangan daripada Jimin dan Ji Kyung mengenai Seungcheol tadi di balai polis. Sungguh gadis itu tak sangka selama ini Seungcheol la dalangnya. Patut la Jimin tak bagi berkawan dengannya kerana Jimin tahu perangai sebenar Seungcheol.
"Sekarang hari nak lewat malam so— nak saya hantarkan awak?" soalan itu ditujukan kepada Hae Ji. Baru sahaja gadis itu ingin menjawab, Jimin pantas memotong.
"Tak apa hyung. Hae Ji balik dengan Jimin. Lagipun kami berdua kan dah tinggal serumah." jelas Jimin berserta anggukan dari Hae Ji.
"Lupa pula. Kalau macam tu, hyung pergi dulu la. Jumpa lain kali."
✘✘✘✘✘
"So, apa perasaan awak lepas dah jumpa hyung saya?" Hae Ji yang sedang asyik melihat pemandangan pada waktu malam di luar tingkap kenderaan, terus berpaling pada Jimin bila disoal oleh lelaki itu yang masih tertumpu kepada pemanduan.
"Rasa lega. Beban yang selama ni tersimpan rapi dalam diri, terus hilang serta merta. Terima kasih Jimin sebab dah banyak berkorban untuk saya selama ni." jelas Hae Ji dengan riang. Selepas ini, dia tidak perlu dibayangi oleh mimpi ngeri yang tidak pernah wujud pun dalam hidupnya.
Jimin menoleh seketika di sampingnya dengan tersenyum senang. Tangan Hae Ji yang berada di riba gadis itu, diambil lalu digenggam erat.
"Tadi bila dah fikir masak-masak, saya dengan Ji Kyung nak mulakan hidup baru. Kami bersetuju untuk berkahwin." pengakuan Hae Ji, membuatkan senyuman Jimin yang mekar menjadi pudar. Genggaman tangan mereka terlerai bila Jimin menarik perlahan. Jimin berdehem sedikit untuk menghilangkan suasana yang janggal itu.
"Ohh re—really? Bagus la macam tu. Memang itu impian awak dengan hyung dari sekolah lagi kan? Dah beritahu omma dengan appa?"
"Hmm belum lagi. Saya tunggu Ji Kyung datang rumah. Dia kata nak bincang sama-sama. Mungkin esok atau lusa." Jimin hanya mengangguk mengiyakan.
Hatinya kini terasa seperti dihiris halus-halus dan sudah pastinya berdarah. Jujurnya dia tidak mampu lagi menahan semua rasa ini tapi hanya disebabkan dia terlalu sayangkan abangnya, dia relakan.
✘✘✘✘✘
(JIMIN)
Cairan merah pekat tidak berhenti keluar dari kerongkongku. Badan ku sudah terasa lemah dan tidak bermaya kerana kekurangan darah dalam badan.
Aku melihat diriku sendiri dari pantulan cermin di hadapan. Aku mengesat kasar sisa darah yang mengalir di tubir bibirku. Dengan perlahan-lahan, aku menyandarkan tubuh pada tab mandi. Tangisan yang ditahan oleh aku dari tadi terletus jua. Aku menekup mulut agar tangisanku tidak dapat didengari oleh sesiapa.
YOU ARE READING
Thanks ※ Jimin
RomansaC O M P L E T E Akibat trauma dari sebuah kemalangan itu, gadis yang bernama Shin Hae Ji bertukar menjadi seorang yang murung, pendiam dan tidak bergaul dengan sesiapa sahaja termasuk keluarganya sendiri dan juga dia telah hilang seribu satu perasa...