Chapter 10 - Park Jimin

1.3K 128 5
                                    

[Terjemahan]
Omma - ibu
Appa - ayah
Nuna - kakak (untuk lelaki)
Hyung - abang (untuk lelaki)
Ahjussi - pakcik
Ahjumma - makcik
Annyeonghaseyo - hello (formal)

Hae Ji, Su Yeon dan pakcik Han menunggu kepulangan Puan Shin dan Tuan Shin. Mereka semua terlalu risau kan keadaan mereka berdua.

"Dah 3 jam omma dengan appa Hae Ji tak balik lagi." kata pakcik Han yang dari tadi mundar mandir di ruang tamu tersebut.

Tiba-tiba terdengar bunyi enjin kereta masuk ke dalam perkarangan rumah.

Pakcik Han, Su Yeon dan Hae Ji cepat-cepat menuju ke tingkap untuk melihat di halaman rumah.

Puan Shin dan Tuan Shin keluar dari perut kereta. Pakcik Han pantas membuka pintu untuk mereka.

Su Yeon dan pakcik Han sudah pun tercegat di hadapan pintu manakala Hae Ji masih di tingkap seperti melihat sesuatu.

Hae Ji ternampak satu susuk tubuh seorang lelaki keluar dari perut kereta ayahnya.

"Kenapa Nuna dengan Hyung lambat sangat balik? Kami semua risau tahu tak?" Kata pakcik Han tiba-tiba dia ternampak Tuan Shin memegang bagasi yang cukup besar.

"Hyung bagasi siapa yang besar sangat ni?" tanya pakcik Han kepada Tuan Shin lalu dia ternampak seorang budak lelaki di belakang Puan Shin.

"Nuna siapa budak lelaki tu? dia lari dari rumah ke atau Nuna CULIK DIA?! "jerit pakcik Han dengan matanya membulat sikit.

Kepala pakcik Han terasa sakit akibat diketuk oleh Puan Shin.

"Kamu ni Baek Gin boleh tak jangan cakap sembarangan." marah Puan Shin yang sudah geram dengan adiknya itu.

Puan Shin menarik tangan budak lelaki tersebut perlahan lahan untuk ke hadapan yang dari tadi menyorok di belakang Puan Shin .

"Annyeonghaseyo. Park Jimin imnida." kata budak lelaki itu atau lebih dikenali sebagai Jimin lalu dia menundukkan kepalanya sedikit.

Tuan Shin sedar bahawa Hae Ji jauh daripada mereka dan dia masih berdiri di hujung sofa sambil menundukkan kepalanya.

"Hae Ji?" Panggil Tuan Shin.

Hae Ji yang mendengar namanya di panggil itu lalu mengangkat mukanya.

Mata Hae Ji bertentangan dengan mata Jimin yang juga tengah memandangnya. Hae Ji pantas mengalihkan pandangannya.

"Kita duduk dulu. Ada benda yang omma nak bagitahu kamu semua" kata Puan Shin lalu melabuhkan punggungnya ke sofa.

"Omma dengan appa tadi tergesa pergi ke hospital sebab kawan omma dengan appa iaitu Tuan Park dengan Puan Park atau lebih dikenali sebagai omma dengan appa Jimin. Mereka baru saja meninggal dunia tadi disebabkan kemalangan jalan raya." kata Puan Shin dengan nada yang sebak.

Dengan perlahan lahan air mata Puan Shin tumpah ke pipinya. Jimin hanya mampu menahan air matanya.

Pakcik Han, Su Yeon dan Hae Ji jelas terkejut bila diberitahu berita tersebut.

- - - - - - -

Puan Shin dan Tuan Shin bergegas menuju ke bilik rawatan ICU yang menempatkan Puan Park dan Tuan Park.

Mereka berdua ternampak seorang budak lelaki yang setia menunggu ibu dan bapanya.

"Jimin. Macam mana keadaan omma dan appa kamu?" soal Puan Shin dalam sedikit teresak.

"Tak tahu lagi ahjumma. Doktor tak keluar lagi dari tadi." jawab Jimin dengan lemah.

"Banyak bawa bersabarnya Jimin. Ahjumma dengan ahjussi ada dekat sini untuk menemani kamu. Jangan risau." kata Puan Shin lalu memeluk tubuh Jimin untuk menenangkannya.

Puan Shin berasa sangat kasihan akan Jimin yang risau akan tentang keadaan kedua ibu bapa nya.

Tiba-tiba datang seorang doktor perempuan yang baru sahaja keluar dari bilik rawatan tersebut dengan muka yang agak muram.

"Doktor bagaimana dengan keadaan mereka berdua? Mereka baik-baik je kan?" Tanya Tuan Shin kepada doktor itu atau lebih dikenali sebagai Doktor Kang.

"Maaf Tuan Puan. Kami semua tak dapat menyelamatkan nyawa mereka berdua kerana mereka terlalu banyak kehilangan darah akibat kemalangan tersebut. Kami sudah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan nyawa mereka tetapi tak dapat. Kami minta maaf sekali kali." terang Doktor Kang tersebut lalu menundukkan badannya dan berlalu pergi.

Puan Shin terkejut mendengar berita tentang kematian mereka lalu terduduk lemah di atas lantai.

Jimin sudah bersandar di dinding sambil menangis teresak esak. Dia telah kehilangan kedua ibu bapanya yang sangat dia sayangi.

Tiba-tiba ada seorang lelaki bersut hitam sambil menjinjing beg bimbitnya datang menghampiri Puan Shin dan Tuan Shin.

"Tuan Shin Han Kook dan Puan Shin Yeong Gin?" soal lelaki tersebut.

Tuan Shin dan Puan Shin hanya memandang lelaki tersebut.

- - - - - -

Bersambung

Thanks ※ Jimin Where stories live. Discover now