Chapter 7 - The First Start

1.3K 133 1
                                    

[Terjemahan]
Omma - ibu
Appa - ayah
Arasseo - baiklah

"Apa?" soal Puan Shin, Tuan Shin dan pakcik Han serentak. Mereka terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Hae Ji.

"Hae Ji kata Hae Ji setuju buat rawatan yang Pakcik Han tawarkan tu." kata Hae Ji dengan lembut.

Mereka semua terus memandang satu sama lain dan terus memeluk Hae Ji dengan perasaan yang tidak dapat menggambarkan kegembiraan kerana tidak sangka bahawa Hae Ji akan setuju melakukan rawatan tersebut.

"Tapi.." kata-kata Hae Ji memberhentikan kegembiraan mereka semua.

"Tapi apa sayang?" Tanya Puan Shin sambil membelai lembut rambut Hae Ji.

"Tapi boleh tak kalau Hae Ji nak buat rawatan psikologi tu dekat rumah je. Hae Ji taknak buat dekat hospital." kata Hae Ji yang sedang memandang tepat ke arah pakcik Han.

"Tapi Hae Ji" kata-kata pakcik Han tidak sempat dihabiskan apabila Hae Ji cuba memotong percakapannya.

"Pakcik Han. Tak semestinya buat rawatan ni kena di hospital. Ada je orang lain buat di rumah atau di tempat lain. Rawatan ni tak perlukan ubat pun tapi dia perlukan minda yang kuat untuk melawan memori masa silam kita." jelas Hae Ji dengan panjang lebar untuk menyakinkan pakcik Han.

"Sekejap, sekarang ni siapa yang doktor? Baek Gin ker atau Jiji. Kenape Jiji yang lebih tahu tentang rawatan ni?" Tanya Puan Shin yang sudah keliru.

"Jiji ada baca dekat internet la omma." jawab Hae Ji.

"Ohh. Arasseo." jawab Puan Shin dengan ringkas. Pakcik Han masih mendiamkan diri. Dia memikirkan tentang syarat yang Hae Ji berikan kepadanya.

"Okay. Pakcik Han setuju. Ni dikira okay la kan Hae Ji nak buat rawatan ni daripada Hae Ji tak nak. Terima kasih Hae Ji sebab setuju dengan cadangan Pakcik Han." kata pakcik Han dan menghadiahkan satu senyuman.

"Tapi Jiji. boleh appa tanya, kenapa tiba-tiba Jiji setuju untuk buat rawatan ni?" Tanya Tuan Shin.

Semua di situ terus memandang Hae Ji untuk mendengar jawapan dari Hae Ji.

"Betul kata appa, omma dengan Pakcik Han. Hae Ji masih muda dan banyak lagi masa untuk teruskan kehidupan Hae Ji seperti orang lain yang sebaya dengan Hae Ji. Hae Ji fikir tak akan Hae Ji nak biarkan hidup Hae Ji yang masih muda ni dengan perkara yang tak berguna jadi Hae Ji dah fikir betul-betul yang Hae Ji nak ubah kehidupan Hae Ji kepada kehidupan yang lebih bagus daripada sekarang" terang Hae Ji dengan panjang lebar lalu mengukir satu senyuman yang cukup manis.

Mereka semua gembira dan bangga dengan pendirian Hae Ji sekarang yang betul-betul ingin berubah.

"Okay dah habiskan drama korea. Jadi sekarang boleh kan kita sambung makan. Perut ni dah lama berbunyi minta makanan" kata pakcik Han yang sudah memegang perutnya sambil membuat muka sedih.

"Kamu ni makan je tahu." kata Puan Shin pada pakcik Han.

"Mestilah kena tahu makan kalau kita tak tahu makan macam mana nak makan nanti dan lagi satu, ingatkan kalau balik korea ni bolehlah rasa masakan nuna tapi dia pergi beli makanan luar pula." kata pakcik Han yang sudah duduk di meja makan.

"Arasseo. Esok nuna masak banyak-banyaknya untuk Baek Gin. Kalau tak habis nuna sumbat-sumbat masuk dalam mulut Baek Gin tu nanti." kata Puan Shin.

Pakcik Han hanya tersengih mendengar kata kakaknya.

✘✘✘✘✘

Selepas makan pakcik Han berjumpa dengan Hae Ji sebelum dia pulang ke rumah apartmentnya yang tidak jauh dari rumah Hae Ji.

"Nanti Hae Ji masuk bilik. Hae Ji buka laci meja and tengok benda apa yang pertama Hae Ji jumpa lepas tu terserah Hae Ji nak buat apa dengan benda tu lepas tu pagi esok beritahu Pakcik Han benda apa yang Hae Ji jumpa dulu dalam laci tu." kata pakcik Han.

"Okay by the way, ni benda pertama ker yang kena buat dalam rawatan psikologi ni?" Tanya Hae Ji.

Pakcik Han hanya mengangguk lalu meminta diri untuk pulang.

Sesampai sahaja Hae Ji di bilik dia terus membuka laci meja.

Bersambung

Sorry kalau chapter ni macam merapu sikit and membosankan

Thanks ※ Jimin Where stories live. Discover now