[Terjemahan]
Oppa - abang (untuk perempuan)
Hyung - abang (untuk lelaki)Jimin bangun dari tidurnya apabila dia merasa sudah cukup lama dia merehatkan dirinya.
Jimin bangun dari katil lalu menapak ke tempat penyidai tuala dan terus menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya.
Selesai mandi dia duduk di tepi katil dan mencapai telefon bimbitnya. Dia membuka dan melihat tiada sebarang mesej yang masuk.Dia mencampakkan kembali telefon bimbitnya itu di atas katil. Dia merebahkan badannya dan menutupi matanya dengan lengan.
Tidak sampai beberapa saat dia mula bangkit semula dari pembaringannya. Dia mengambil sebuah kotak yang terletak di bawah katil.
Kotak tersebut dipenuhi dengan barang keperluan abangnya yang diambil olehnya dari rumah lamanya.
Satu persatu dia mengeluarkan barang tersebut sampai la dia berhenti memunggah barang apabila dia menjumpai satu bingkai gambar abangnya bersama dengan Hae Ji.
- - - - - -Jimin berjalan ke koridor sekolah dengan terburu-buru apabila dia sudah terlambat untuk menghadiri study group bersama rakannya di perpustakaan.
Dia mengerling jam yang berada di tangannya sebentar. Sudah pukul 2.24 p.m. Study group itu sudah bermula sejak pukul 2 p.m dan dia sudah terlambat selama 24 minit.
"Habis la aku. sampai je sana nanti mesti kena membebel dengan diorang semua" monolog Jimin sendirian.
Sewaktu Jimin mengerling jam tangannya, dia tidak sengaja melanggar seorang pelajar perempuan dan menyebabkan kedua-dua mereka terjatuh.
"Auchh! "
Jimin mengusap lembut bahunya yang terasa sakit disebabkan terhempap di atas lantai sekolah itu. Dia mengutip satu demi satu buku miliknya yang bertaburan dan tidak lupa juga dia mengutip cermin matanya yang terjatuh akibat pelanggaran sebentar tadi lalu dipakainya.
Dia melihat ke sisinya di mana pelajar perempuan itu terduduk sambil cuba untuk berdiri.
Jimin menghulurkan tangan bagi membantu pelajar perempuan itu supaya lebih mudah untuk berdiri dan tangannya dicapai oleh pelajar perempuan itu.
"Are you okay? Saya minta maaf sebab dah terlanggar awak. Tadi saya nak cepat sebab saya dah terlambat untuk study group."
Jelas Jimin pada pelajar perempuan itu yang sedang menepuk-nepuk skirt uniform sekolahnya bagi menghilangkan debu dan habuk yang terlekat di skirt tersebut.
"Saya okay. Tak apa saya bukan cedera parah pun."
Balas pelajar perempuan itu lalu memberikan satu senyuman kepada Jimin.
"Hae Ji!!"
Pelajar perempuan itu menoleh ke belakang apabila terdengar namanya dilaungkan dari jauh oleh seseorang dan senyuman yang masih di bibirnya itu menjadi semakin lebar apabila mengetahui pemilik suara itu adalah orang yang disayanginya.
"Penat tahu tak oppa kejar Hae Ji. Dia ni lari mengalahkan orang yang masuk Olimpik."
Kata seorang lelaki yang sedang cuba menstabilkan nafasnya yang terasa sesak. Hae Ji hanya mengekeh suka.
"Hyung."
Lelaki tersebut menoleh ke kanan apabila dia mendengar suara seorang lelaki.
"Jimin?"
"Oppa kenal ke lelaki ni?" tanya Hae Ji kepada abang angkatnya yang bernama Ji Kyung
"Of course la kenal. Dia sama umur dengan Hae Ji and merupakan junior dekat sekolah ni sama macam Hae Ji."
Rambut Hae Ji yang lurus itu terus menjadi kusut apabila rambutnya diusap kasar oleh Ji Kyung. Ji Kyung ketawa apabila melihat Hae Ji yang sudah mengeluarkan muncungnya.
Jimin hanya tersenyum nipis mendengar kata-kata Ji Kyung sebentar tadi. Hatinya sedikit terguris apabila abang kandungnya itu tidak memberitahu kepada gadis di hadapannya itu siapa dirinya yang sebenar.
"Hmm Hae Ji. Boleh tak Hae Ji tunggu oppa dekat tempat letak motor? Oppa ada benda yang nak cakap dengan Jimin."
Mendengar kata-kata itu Hae Ji terus mengangguk dan berlalu pergi dari situ. Ji Kyung dan juga Jimin hanya melihat susuk tubuh gadis itu sampai la hilang dari pandangan mata mereka berdua.
"Stayback?"
Jimin hanya mengangguk bagi menjawab pertanyaan Ji Kyung.
"Nanti Jimin nak hyung ambil Jimin ke atau Jimin nak jalan kaki?"
"Jimin jalan kaki je la"
"Ohh okay. Nanti kalau ada apa-apa masalah, call je hyung okay? Hyung balik dulu nya. Nak pergi hantar Hae Ji balik rumah."
Jimin mengangguk mengiyakan dengan segaris senyuman. Ji Kyung mengusap lembut kepala adiknya itu dan berlalu pergi dari situ.
Jimin mengerling sekilas jam tangannya.
"Ya Tuhan! Dah lambat sangat ni."
- - - - - - -
Bersambung
YOU ARE READING
Thanks ※ Jimin
RomantikC O M P L E T E Akibat trauma dari sebuah kemalangan itu, gadis yang bernama Shin Hae Ji bertukar menjadi seorang yang murung, pendiam dan tidak bergaul dengan sesiapa sahaja termasuk keluarganya sendiri dan juga dia telah hilang seribu satu perasa...