Chapter 40 - 'He'

908 94 10
                                    

"Ni bukan ke kasut— " percakapan
Ji Kyung terhenti apabila dipintas oleh Jimin.

"Omma dengan appa." Jimin mengeluh kecil apabila mengatakannya. Jelas riak terkejut terpancar pada wajah Ji Kyung.

"Tapi macam mana?" soal Ji Kyung bingung. Jimin menguak perlahan rambutnya ke belakang sebelum menjawab soalan itu.

"Ada orang hantar satu bungkusan dekat Jimin semalam and this— " Jimin menghulurkan sekeping kertas yang diterimanya sekali dengan kasut itu kepada abangnya. Ji Kyung pantas mengambil kertas itu lalu dibacanya.

'Taknak tahu lebih banyak lagi punca utama ibu bapa kau mati dalam kemalangan?'

"Mungkin lepas ni 'dia' akan bagi barang yang lain pula dan pastinya barang tu ada kena mengena dengan kita sekeluarga." Jimin menyuarakan apa yang terlintas di fikirannya dari tadi.

"Apa kata kita hantar kasut ni pada pihak polis. Mana tahu pihak polis boleh bantu kita untuk cari siapa dalang semua ni." cadang Ji Kyung. Jimin menganggukkan tanda setuju.

✘✘✘✘✘

Di bilik, Hae Ji duduk di birai katil sambil menatap lama bingkai gambar keluarga Jimin. Dia masih belum memberikan bingkai gambar itu kepada Jimin. Yang menjadi pemerhatiannya sekarang adalah lelaki di sebelah Jimin itu.

Hae Ji sudah ingat lelaki itulah yang selalu muncul di dalam mimpinya dan kemungkinan lelaki itu adalah kekasihnya. Hanya ada satu tempat yang boleh membuatkan ingatannya kembali semula.

Sekolah lamanya.

✘✘✘✘✘

Jimin dan Ji Kyung menapak keluar dari balai polis sebaik sahaja mereka berdua selesai melaporkan mengenai kasut tersebut.

____________

Jimin menghulurkan kotak kasut tersebut kepada inspektor yang bertugas di situ. Inspektor itu ataupun lebih dikenali sebagai Inspektor Nam hanya mengangkat sebelah keningnya tanda kebingungan.

"ni kasut ibu bapa kami yang sebelahnya hilang waktu kemalangan dulu" jelas Ji Kyung. Daripada bersandar terus sahaja Inspektor Nam ke hadapankan tubuhnya setelah mendengar penjelasan Ji Kyung.

"mana kamu berdua dapat ni?" soal Inspektor Nam sambil cuba membuka kotak kasut tersebut bagi melihat isi dalamnya.

"beberapa hari lepas ada seseorang hantar satu bungkusan pada saya. Sampai je dekat rumah, saya terus buka dan isinya adalah kasut ibu bapa saya. Ini ada satu kertas yang ditulis oleh penghantar tu" jelas Jimin. Inspektor Nam mengambil kertas tersebut lalu membacanya.

"jadi, apa tujuan kamu berdua hantar benda ni pada saya?" tanya Inspektor Nam setelah habis membaca kertas tersebut.

"kami nak minta pertolongan Inspektor Nam untuk bantu kami cari dalang semua ni. Mungkin lepas ni 'dia' akan bagi sesuatu benda yang berkenaan dengan keluarga kami berdua" terang Jimin disertakan oleh anggukan Ji Kyung.

"tapi kes kemalangan ibu bapa kamu berdua ni dah lama tutup dan lagi pun kemalangan ibu bapa kamu ni diakibatkan oleh perlanggaran biasa antara lori dan kereta ibu bapa kamu saja. Tak ada apa-apa kecurigaan pun" jelas Inspektor Nam. Jelas riak kecewa pada wajah Ji Kyung dan Jimin. Terdetik rasa simpati dalam diri Inspektor Nam apabila melihat wajah kecewa dua lelaki muda di hadapannya itu.

Thanks ※ Jimin Where stories live. Discover now