"Shin Hae Ji?"
Hae Ji menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang telah memanggilnya.
"Awak Hae Ji kan?" tanya lelaki itu. Hae Ji hanya mengangguk lalu dia memandang Jimin yang berada disisinya seketika lalu dia kembali melihat lelaki di hadapannya.
"Awak tak kenal saya ke?" tanya lelaki itu lagi. Dia hanya tersenyum dapat melihat kembali gadis yang sudah mencuri hatinya pada masa dulu. Hae Ji mengamati muka lelaki itu sampai la matanya membuntang.
"Seungcheol? Awak Seungcheol kan?" tanya Hae Ji untuk kepastian. Lelaki yang digelar Seungcheol itu hanya mengangguk dan masih tersenyum.
"Lega hati saya sebab awak masih ingat saya. Baru nak patah hati bila awak tak kenal saya" kata Seungcheol lalu menjuihkan bibirnya. Hae Ji hanya ketawa kecil mendengarnya.
"Sorry.. Dah dua tahun saya tak jumpa classmate kita. Tu saya macam lupa sikit." gadis itu hanya tersengih menampakkan barisan giginya yang cantik itu.
"Ohh by the way. Ni Jimin." Hae Ji memperkenalkan diri Jimin. Seungcheol hanya tersenyum.
"Yes I already know. Kitorang berdua dah lama kenal pun. Dulu kan kit—" percakapan Seungcheol terhenti apabila melihat Jimin yang sedang menggelengkan kepalanya dibelakang Hae Ji.
"Dulu apa? " soal Hae Ji pelik apabila percakapan Seungcheol terhenti.
"Tak. Maksud saya. Jimin dengan saya ambil kos sama. Kedoktoran" jelas Seungcheol lalu tersenyum.
"Ohh ya ke? Bagus la kalau macam tu" kata gadis itu sambil mengangguk perlahan.
"Okay la Hae Ji. Saya dengan Jimin pergi dulu ya. Jumpa awak nanti. Bye" kata Seungcheol dengan mesra lalu menarik tangan Jimin untuk berlalu pergi. Sempat juga dia melambai tangan ke arah Hae Ji.
✘✘✘✘✘
"Kenapa kau tiba-tiba geleng kepala tadi masa aku nak cakap yang kita dulu pernah sama sekolah?" soal Seungcheol setelah mereka berdua jauh dari Hae Ji.
"Okay.. kau tahu kan keadaan Hae Ji macam mana 2 tahun lepas?" soal Jimin. Pertanyaan Seungcheol sebentar tadi diabaikan terlebih dahulu.
"Ya aku tahu. Kenapa kau tanya? Wait.. Macam mana kau boleh rapat dengan Hae Ji sedangkan—" percakapan Seungcheol terhenti apabila Jimin terlebih dahulu bersuara.
"Perkara ni la aku nak bagitahu kau. Now listen. First sekali, kau jangan beritahu dekat dia yang dulu kita pernah sama sekolah. Dia sebenarnya tak tahu pun yang aku ni adik abang aku." kata Jimin dengan nada yang perlahan. Reaksi Seungcheol sedikit terkejut mendengar kata-kata Jimin.
"Aku tahu ni memang akan buatkan kau terkejut pun. Second, kau jangan cakap atau tanya tentang 2 tahun lepas. Dia dah lama lupakan kisah silam tu. Kau tahu kan apa yang akan terjadi dekat dia kalau dia ingat 2 tahun lepas? " soal Jimin. Seungcheol hanya mengangguk.
"Good. Third, macam mana aku boleh rapat dengan dia sebab ibubapa dia ambil aku sebagai anak angkat diorang."
"Dan kau juga yang dah buat Hae Ji berubah lebih baik? " tanya Seungcheol. Jimin hanya mengiyakan sambil mengangguk.
"So kau dah tahu kan perkara yang sebenar. Now kau kena simpan rahsia ni elok-elok." pinta Jimin sambil menepuk perlahan bahu kawannya itu.
"Sampai bila kau nak sorokkan perkara ni? Lama-kelamaan dia tetap dapat tahu juga." soal Seungcheol dengan nada yang sedikit geram.
"Yes I know. One day aku akan berterus terang dengan dia. Don't worry." kata Jimin sambil tersenyum nipis.
"Bagus la macam tu. Tapi tentang penyakit kau tu, diorang semua dah tahu ke?" tanya Seungcheol. Jimin hanya menggeleng lalu menundukkan kepalanya memandang lantai.
Bersambung
YOU ARE READING
Thanks ※ Jimin
RomanceC O M P L E T E Akibat trauma dari sebuah kemalangan itu, gadis yang bernama Shin Hae Ji bertukar menjadi seorang yang murung, pendiam dan tidak bergaul dengan sesiapa sahaja termasuk keluarganya sendiri dan juga dia telah hilang seribu satu perasa...