Chapter 35 - Truth

871 122 7
                                    

Ji Kyung menghisap rokok di balkoni apartmentnya sambil menikmati angin malam yang menyapanya. Rokok yang hampir ke penghujung itu, terus dicucuh dan dibuangnya lalu dia masuk semula ke dalam.

Dia duduk di sofa yang berada di ruang tamu lalu membuka televisyen. Puas mencari saluran, akhirnya dia tutup semula televisyen itu setelah semua saluran yang dicarinya tiada langsung menarik perhatiannya.

Dia menyandarkan kepalanya pada sofa lalu otaknya menerawang memikirkan tentang permintaan adiknya.

"Hyung tolong la berhenti dari menipu" bentak Jimin dengan sikap abangnya yang masih tidak memberikan kata putus kepadanya.

"Betul. Hyung tak rogol dia. Malam kejadian tu, hyung cuma pengsankan dia je." Ji Kyung cuba menyakinkan adiknya.

"Habis tu, kenapa omma Hae Ji kata ada darah di celah kangkang dia?" soal Jimin. Gila. Kalau hyung tak rogol kenapa ada darah. Monolog Jimin.

"Sebenarnya tu bukan darah dari dara yang dah dipecahkan tapi darah tu dari peha dia yang hyung lukakan sikit." jelas Ji Kyung. Jimin terdiam seketika mendengar penjelasan sebentar tadi. Dia keliru, kenapa abangnya harus melakukan perbuatan itu. Ji Kyung tahu apa yang bermain di fikiran adiknya buat masa sekarang.

"Hyung dipaksa sebenarnya buat semua ni. Hyung tak nak pun." jelas terdengar nada yang sangat hampa dari Ji Kyung ketika mengungkapkan kata-kata itu. Jimin yang melihat abangnya sebegitu turut berasa simpati.

"Kenapa dan siapa yang paksa hyung buat semua ni? Orang tu ada kena mengena dengan Hae Ji ke?" begitu banyak persoalan yang bermain di fikiran Jimin buat setakat ni. Ji Kyung mula rasa serba salah sama ada ingin memberitahu soal itu pada Jimin ataupun tidak.

"Seungcheol. Dia yang suruh hyung buat semua tu disebabkan satu dendam." Jimin agak terkejut mendengar nama yang disebutkan oleh abangnya. Kenapa harus Seuncheol? Kenapa dia?

"Dendam?" soal Jimin pelik. Apa salah abangnya sampaikan Seungcheol ingin berdendam. Setahunya, Ji Kyung dulu seorang yang tidak suka mencari kesalahan dengan sesiapapun.

"Sebenarnya dia sukakan Hae Ji sejak bangku sekolah lagi. Tapi satu hari dia pernah melamar Hae Ji untuk menjadi kekasih dia dulu dan Hae Ji menolak atas alasan sukakan seseorang. Dan keesokan harinya, Seungcheol dapat tahu yang Hae Ji bercinta dengan hyung. Sebab itu, dia simpan dendam dan cuba rampas Hae Ji dari hyung dengan apa pun caranya." Jimin mengenggam erat tangannya menahan geram mendengar kata abangnya. Dia tidak sangka, Seungcheol sekejam itu.

"Jadi dia yang suruh hyung buat semua tu dekat Hae Ji?" Ji Kyung hanya mengangguk lemah. Kenapa abangnya tidak membantah sahaja permintaan gila Seungcheol itu?

"Dia buat semua tu disebabkan dia nak Hae Ji bencikan hyung dan dia boleh rampas Hae Ji dari hyung. Hyung sebenarnya tak nak pun buat semua ni tpai hyung terpaksa lakukan demi keselamatan Hae Ji. Dia ada ugut hyung; kalau hyung tak nak lakukan, dia sendiri yang akan pergi seksa hidup Hae Ji dengan kejam. Jadi hyung rasa biarlah Hae Ji bencikan hyung. Janji hidup Hae Ji tak diseksa oleh manusia yang bertopengkan binatang tu." air mata kelelakian Ji Kyung mula mengalir perlahan menuruni dari tubir matanya apabila dia mengenangkan peristiwa itu.

Betapa bodohnya dia waktu itu mendengar segala arahan yang diberikan. Dirinya tidak ubah seperti seekor anjing yang diikat lehernya dan hanya menuruti kehendak tuannya. Kenapa malam itu dia tidak membawa Hae Ji lari dari situ dan melindungi gadis itu.

Jimin yang melihat keadaan abangnya sekarang turut simpati. Dia beralih tempat duduknya ke tempat duduk sebelah Ji Kyung lalu tubuh abangnya dibawa ke dalam pelukannya. Jimin menepuk perlahan belakang tubuh sasa lelaki itu bagi memujuk dan menghilangkan sedikit bebanan yang dialami oleh abangnya.

Thanks ※ Jimin Where stories live. Discover now