Chapter 23 - Teddy Bear

1K 122 2
                                    

[Terjemahan]
Hyung - abang (untuk lelaki)
Nuna - kakak (untuk lelaki)
Daebak - hebat

"SeungJin ada hyung?" soal Hae Ji. Lelaki itu mengangguk laju.

"Nama dia Seung—"

"SeungJin jom balik!" Seorang lelaki yang muncul secara tiba-tiba terus memeluk bahu SeungJin.

"Ehh Hae Ji! Awak buat apa dekat sini?" soal Seungcheol. Dia agak terkejut melihat keberadaan Hae Ji.

"Hyung kenal dengan Hae Ji nuna?" soal SeungJin pelik. Dia mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Mestilah! Kitorang dulu pernah sama sekolah menengah." jawab Seungcheol riang.

"Biar betul?! Woww daebak." kata SeungJin dengan teruja.

"Jimin mana?" tanya Hae Ji yang sedari tadi hanya mendiamkan diri kepada Seungcheol.

"Dia dah balik" jawab Seungcheol acuh tak acuh.

"Dah balik?!" dua lelaki di hadapan Hae Ji itu terperanjat sedikit apabila mendengar jeritan halus gadis itu.

"Sorry. Orang punya la tunggu lama dekat sini, dia boleh pulak balik macam tu je. Dah la kena tinggal sesorang." gumam Hae Ji dengan geram. Kedua tangannya digenggam kuat.

"Tak. Dia ingatkan awak dah balik naik teksi. Tu dia balik macam tu je. Tapi tak apa la. Awak boleh naik dengan saya. Saya tolong hantarkan." pelawa Seungcheol dengan senyuman.

"Tapi hyung. Kita naik motor, macam mana nak hantar nuna? Nanti nuna nak—" percakapan SeungJin terhenti apabila perutnya ditumbuk perlahan oleh abangnya.

"Tak apa la. Saya boleh naik teksi. Saya pergi dulu." kata Hae Ji lalu beredar dari situ. Setelah kelibat gadis itu hilang, Seungcheol memandang adiknya tajam.

"Apa?" soal SeungJin apabila renungan abangnya tidak henti memandangnya.

✘✘✘✘✘

Hae Ji melangkah lemah masuk ke dalam rumahnya. Setelah penat menahan teksi untuk pulang ke rumah akhirnya dia berjaya menahan sebuah teksi dan pulang.

Gegendang telinganya terdengar bunyi seseorang sedang menonton televisyen. Terus sahaja dia menoleh ke arah ruang tamu yang tidak jauh darinya.

Dia menggenggam kuat tangannya kerana berasa geram. Lantas dia menapak ke arah ruang tamu tersebut.

"PARK JIMIN!!" jerit Hae Ji geram apabila melihat orang yang telah meninggalkannya sedang bergelak tawa menonton rancangan yang disiarkan di televisyen itu.

Jimin menoleh ke arah Hae Ji dengan mengangkat sebelah keningnya menanyakan kenapa.

"Kenapa awak tinggalkan saya?" soal Hae Ji lalu kedua belah tangannya di silangkan di bawah dadanya. Jimin menghadap ke skrin televisyen yang di hadapannya semula apabila mendengar soalan dari gadis itu.

"Awak tu yang tinggalkan saya. Cakap saya pula yang tinggalkan awak." jawab Jimin dengan matanya tertancap pada skrin televisyen itu.

"Ehh hello. Awak yang tinggalkan saya okay." matanya merenung tajam sisi wajah Jimin.

"Saya balik sebab saya tengok awak tak ada dekat depan pintu gerbang tu. Saya ingat awak dah balik." jelas Jimin dan diselangi dengan gelak tawa melihat rancangan yang ditontonnya itu.

"Saya pergi kedai seberneka dekat dengan universiti tu sebab nak beli minuman. Tekak saya haus waktu tu sebab tunggu awak lama sangat la!" bentak Hae Ji. Dia tidak mahu kalah dengan Jimin dalam topik berkenaan.

"See? Awak yang tinggalkan saya" jawab Jimin selamba.

"Tak boleh ke nak call, tanya yang saya ni dah balik ke belum. Saya dekat mana. Tak boleh?"

"Battery habis" balas Jimin sepatah. Hae Ji mengemamkan bibirnya menahan geram dan mendengus geram.

Tiba-tiba matanya terpandang pada patung beruang putih yang sedang dipeluk oleh Jimin.

Tiba-tiba matanya terpandang pada patung beruang putih yang sedang dipeluk oleh Jimin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Awak.. Lepaskan teddy bear tu" kata Hae Ji dengan nada yang mendatar. Jimin menoleh memandangnya.

"Hah?"

Hae Ji memejamkan matanya buat seketika waktu apabila Jimin tidak mendengar katanya.

"Sabar Hae Ji sabar. Kau kena banyakkan bersabar dengan budak pendek dekat depan kau ni." desis hati Hae Ji.

Kemudian dia membuka mata dan dia dapat melihat Jimin yang sedang memerhatikannya.

"Saya kata lepaskan teddy bear tu. Awak tak boleh peluk teddy bear kesayangan saya. Cuma saya je yang boleh peluk dia." terang Hae Ji panjang lebar.

"Ohh really?" tanya Jimin kemudian dia menyambung tontonannya dan mengeratkan lagi pelukan pada patung beruang putih kesayangan Hae Ji.

Hae Ji sudah tidak dapat menahan kesabarannya. Dengan pantas dia meluru laju ke arah Jimin dan menarik lengan patung beruang putih itu.

"Saya kata LEPASKAN LA!" jerit Hae Ji sambil sedaya upaya menarik kuat lengan patung beruang putih itu.

Tiba-tiba kakinya tergelincir kerana tidak sengaja terpijak alat kawalan jauh. Dengan pantas Jimin mencapai dan menarik tangan gadis itu.

Dan itu menyebabkan Hae Ji terbaring di atas badan Jimin. Matanya dan juga mata Jimin saling bertentangan sesama sendiri.

Bersambung




Sorry kalau chap ni hambarrr. Jangan lupa vote and teruskn support fanfic ni.

Thank you ♡

Thanks ※ Jimin Where stories live. Discover now