"Mana awak tahu?" soal Hae Ji dengan keningnya berkerut. Tepi bahu Jimin disandarkan pada dinding rumah dan masih disilangkan tangannya.
"Seungcheol beritahu" gumam Jimin yang masih menatap tajam wajah polos gadis itu.
"Dah tu? Kalau awak tahu saya keluar dengan dia, kenapa awak nak marah marah?" soal Hae Ji dingin. Dia masih tidak berpuas hati terhadap Jimin yang ingin mencari salahnya saja.
"Saya marah sebab awak balik rumah lewat malam. It's so dangerous you know?" Jimin sedaya upaya cuba mengawal kemarahannya dari terhambur keluar.
"Lagi pun saya bukan keluar berdua dengan dia. Adik dia pun turut ada juga." Hae Ji masih tidak mahu mengalah.
"But they are still boy. Awak tahu kan apa yang lelaki boleh buat pada gadis macam awak ni?" duga Jimin dengan kening sebelahnya terangkat sedikit.
"Awak kawan dia, kenapa awak nak bersangka buruk tentang mereka berdua? And awak pun kena ingat yang awak tu juga lelaki dan mungkin awak lebih bahaya daripada mereka berdua?" Jimin mengetap rahangnya setelah mendengar sindiran dari Hae Ji. Dia hanya memandang tajam muka gadis yang sedang tersenyum sinis padanya.
"Awak nak saya buktikan sejauh mana bahayanya saya?" tanya Jimin dengan sinis. Senyuman yang ada di bibir Hae Ji terus lenyap. Dapat didengar dengusan kasar dari gadis itu.
Hae Ji mula panik apabila Jimin melangkah setapak ke arahnya. Dia pula mengundurkan dirinya kebelakang. Bila Jimin cuba untuk melangkah lagi setapak, Hae Ji cepat-cepat membuka langkah menaiki tangga.
"Saya nak tidur and don't talk with me!" gumam Hae Ji separa jerit. Jimin hanya memandang kepergian gadis itu hinggalah susuk tubuh gadis itu menghilang.
✘✘✘✘✘
Hae Ji menuruni satu persatu anak tangga dan menapak ke arah meja makan. Langkahnya terhenti apabila matanya bertembung dengan mata Jimin yang dari tadi memerhatikannya. Hae Ji hanya memutarkan bola matanya dan terus mengambil tempat disebelah ibunya dan juga berhadapan dengan Jimin.
'Aku cungkil biji mata tu dengan garfu ni baru tahu. Dari tadi asyik pandang aku. Tahu la aku lawa.' desis hati Hae Ji sambil mengenggam kuat garfu yang ada ditangannya.
"Kamu berdua ni dah kenapa? Dari tadi main mata je omma tengok. Dah, jom makan nanti lambat pula appa kamu nak pergi kerja." kata Puan Shin. Jimin akhirnya mengalah jua dengan menundukkan wajahnya apabila di antara mereka berdua tidak mahu mengalah bermain mata.
"Appa. Nanti Jiji nak tumpang appa untuk pergi kuliahnya." gumam Hae Ji lalu menyuapkan satu sudu makanan ke dalam mulutnya. Jimin mengangkat wajahnya dan nampak riak wajahnya seakan terkejut dengan kata Hae Ji tadi.
"Ehh kenapa awak tak nak naik dengan saya? Kita pergi sekali la." bidas Jimin seakan-akan tidak setuju dengan kenyataan Hae Ji. Hae Ji hanya memberi pandangan tajam kepada Jimin dan Jimin faham apa maksud disebalik pandangan itu. Dia hanya mampu mendiamkan diri dan menunduk kembali wajahnya.
"Kenapa Jiji tak nak naik sekali dengan Jimin?" soal Puan Shin pada anak perempuannya. Hae Ji terus kematian kata-katanya apabila Puan Shin melontarkan soalan itu. Dia mengigit bibir bawahnya sambil otaknya ligat memikirkan jawapan yang harus diberikannya kepada ibunya. Jemarinya juga ligat bermain sesama sendiri. Jimin dari tadi tidak lepas memandang bibir yg sedang digigit oleh Hae Ji.
"Sebab! Jimin kelas dia mula lambat. Kelas Hae Ji mula awal so dia mungkin pergi kuliah lambat." balas Hae Ji dan dihadiahkan satu senyuman yang cukup bahagia baginya.
"Saya boleh tolong hantarkan awak." Jimin masih tidak mengalah. Dia tidak mahu ibu dan ayah Hae Ji tahu bahawa mereka berdua sedang berperang dunia. Hae Ji hanya memberi jelingan tajam kepada Jimin sebelum dia meneruskan semula aktiviti makannya yang tergendala sejak tadi.
Kata-kata Jimin hanya dibiarkan begitu saja ditiup angin. Jimin hanya mengeluh halus.
Bersambung
YOU ARE READING
Thanks ※ Jimin
RomanceC O M P L E T E Akibat trauma dari sebuah kemalangan itu, gadis yang bernama Shin Hae Ji bertukar menjadi seorang yang murung, pendiam dan tidak bergaul dengan sesiapa sahaja termasuk keluarganya sendiri dan juga dia telah hilang seribu satu perasa...