[Terjemahan]
Omma - ibuJimin menuruni anak tangga apabila Puan Shin memanggilnya sebentar tadi untuk makan malam bersama.
"Omma.. Hae Ji tak turun makan? "
Tanya Jimin apabila dia tidak nampak kelibat gadis itu di meja makan.
"Tadi omma masuk bilik dia, dia tengah mandi tapi tak tahu la sekarang ni dah selesai ke belum? "
Balas Puan Shin yang sedang menceduk nasi ke dalam mangkuk untuk diberikan kepada suaminya itu.
"Tak apa la. JiMin tolong panggilkan."
Puan Shin hanya mengangguk tanda membenarkan lalu meneruskan kerjanya yang terbengkalai itu.
✘✘✘
Jimin mengetuk berkali kali pintu bilik Hae Ji tetapi tiada sahutan yang diberikan sejak tadi.
Jimin sudah tidak sedap hati apabila panggilan tidak disahut oleh gadis itu. Dia cuba membuka daun pintu bilik itu dengan perlahan-lahan.
"Hae Ji.. Saya masuk ya."
Apabila pintu bilik itu terbuka dia ternampak Hae Ji yang sedang menyikat rambut panjangnya itu melalui pantulan cermin yang berhadapan dengannya. Jimin hanya tersenyum nipis.
"Hae Ji.. Omma ajak turun ke bawah untuk makan malam bersama."
Tutur Jimin dengan lemah lembut supaya gadis itu dapat mendengar pertuturannya.
Hae Ji menoleh ke kiri apabila dia mendengar suara seseorang yang memanggil namanya. Penglihatan gadis itu pada masa kini hanya ternampak susuk tubuh Ji Kyung dan bukannya susuk tubuh Jimin.
Dia berganjak ke belakang kerana terkejut dengan kehadiran orang yang sangat digeruninya yang berhadapan dengannya sekarang.
Jimin berasa sangat pelik apabila melihat perubahan Hae Ji yang sebegitu mendadak. Dia tidak pernah lagi melihat Hae Ji yang seperti sedang ketakutan itu.
"Hae Ji-ah kenapa ni? " soal Jimin sambil mencuba untuk meraih tangan halus gadis itu tetapi dengan cepat Hae Ji menarik tangannya lalu disorokkan di belakang tubuh kecilnya.
Jimin cuba menapak menghampiri Hae Ji dan pada masa yang sama Hae Ji cuba mengundur ke belakang sampai la tubuh belakangnya bertembung dengan dinding bilik itu.
Hae Ji mengerling sekilas meja soleknya dan dia ternampak gunting yang berada di atas meja solek itu. Dengan pantas dia mengambil gunting itu lalu menghalakan gunting tersebut kepada Jimin.
"Kau! Kau jangan pernah dekat dengan aku. Kalau kalau kau dekat juga. Aku aku bunuh kau! "
Kata Hae Ji dengan nada yang ditahannya dan ditangannya masih mengenggam erat gunting tersebut. Jimin sudah terkaku di tempat dia berdiri kerana terlalu terkejut melihat keadaan Hae Ji pada masa itu.
"Hae Ji. Bahaya main gunting tu. Tak silap hari bulan awak boleh mencederakan orang lain atau pun diri awak sendiri."
Tutur Jimin perlahan sambil menapak ke hadapan yang ingin cuba merampas gunting itu dari genggaman tangan Hae Ji. Langkahnya serta merta terhenti apabila dia tersentak sedikit dengan jeritan dari gadis itu.
"BERHENTI AKU KATA! Kau jangan nak menipu aku. Aku tahu kalau aku letakkan gunting ni nanti mesti kau akan ambil peluang untuk mengapa apakan aku kan?!"
"Nak buat apa saya tipu awak. Memang betul apa yang saya cakap tu."
Jimin sudah buntu untuk memikirkan cara apa lagi dia ingin mengalihkan perhatian gadis itu. Hae Ji hanya menggelengkan kepalanya tanda tidak percaya dengan kata Jimin itu.
"Tak. Aku tahu kau menipu. Kau memang penipu Ji Kyung. KAU MEMANG LELAKI TAK GUNA!! "
Jimin terkejut kerana nama abangnya terpacul keluar dari mulut gadis itu. Baru dia sedar bahawa pada pandangan Hae Ji dirinya bukan la Jimin tetapi
Ji Kyung?
"Hae Ji belakang awak.. Ada sesuatu."
Jari telunjuk Jimin menunjuk ke arah cermin yang berada di belakang tubuh Hae Ji. Gadis itu hanya ketawa sinis mendengar kata itu.
"Betul.. Cuba awak tengok dekat belakang awak. Ada sesuatu."
Akhirnya Hae Ji termakan juga dengan tipu muslihat Jimin itu lalu dia menoleh ke belakang untuk melihat sesuatu yang dikatakan oleh Jimin sebentar tadi.
Dan di belakangnya hanya la kosong dan tiada apa-apa. Dengan pantas dia menoleh kembali ke hadapan.
Jimin yang sudah hampir dengan tubuh gadis itu terus sahaja merampas gunting yang berada di genggaman dan mencampak jauh gunting itu dari mereka berdua.
Jimin memeluk erat tubuh kecil Hae Ji manakala gadis itu sudah meronta-ronta untuk dilepaskan sambil memukul kuat dada sasa Jimin.
Lama kelamaan pukulan itu semakin perlahan akibat gadis itu sudah mula berasa penat. Hae Ji melepaskan tangisannya yang ditahan olehnya dari tadi.
Jimin mengusap belakang tubuh gadis itu dengan perlahan. Hae Ji cuba memberanikan dirinya untuk mendongak memandang wajah lelaki yang sedang memeluknya erat.
Dengan perlahan-lahan dia mendongakkan kepalanya dan matanya membulat apabila memandang wajah itu.Jimin?
Bersambung
YOU ARE READING
Thanks ※ Jimin
RomantizmC O M P L E T E Akibat trauma dari sebuah kemalangan itu, gadis yang bernama Shin Hae Ji bertukar menjadi seorang yang murung, pendiam dan tidak bergaul dengan sesiapa sahaja termasuk keluarganya sendiri dan juga dia telah hilang seribu satu perasa...