Jimin berpusing ke hadapan untuk meneruskan langkahnya.
Dengan tidak sengaja Jimin telah terlanggar Hae Ji yang juga baru sahaja keluar dari biliknya.
Dan perlanggaran tersebut menyebabkan Jimin tidak sengaja terjatuh di atas Hae Ji.
Jimin dan Hae Ji sama-sama mengadu kesakitan akibat pelanggaran tersebut.
Hae Ji terpaku apa yang sedang berlaku sekarang. Dia dan Jimin saling berpandangan satu sama lain.
(HAE JI)
Lepas aku tutup daun pintu terus aku mengorak langkah kehadapan.
Tiba-tiba ada seseorang dah terlanggar diri aku dan sebabkan aku tak dapat nak seimbangkan diri aku, terus terjatuh atas lantai dan aku di hempap. Aku ulang sekali lagi, DI HEMPAP.
"Auchh!"
Aku dan dia mengadu kesakitan. Aku cuba bukak mata untuk tengok siapa gerangan tuan yang dah langgar aku and hempap aku.
Jantung aku terus berdetak kuat secara tiba-tiba bila aku terpandang wajah tuan badan iaitu Jimin. Dia pun tengah pandang aku rupanya.
Agak lama juga aku dan dia berpandangan antara satu sama lain sampai la Jimin tersedar apa yang dia dah lakukan dan cepat-cepat berdiri semula.
Dia menghulurkan tangannya untuk cuba membantu aku berdiri semula dan aku tak sambut huluran tangan dia. Hahaha saja nak jual mahal sikit. Dia menarik semula tangannya dan aku bangun dengan sendiri.
"Sorry.. Are you okay?"
Tanyanya sambil memandang aku dengan muka yang agak serba salah.
Aku hanya memandang wajahnya lama. Muka dia dengan mata dia kenapa macam kenal eh? ? macam...
Tiba-tiba aku tersentak bila aku rasakan ada seseorang pegang bahu aku dan menyebabkan aku kembali ke dunia nyata. Aku perasan ada tangan Jimin dekat bahu aku, terus aku tepis.
"Ya?" Tanya aku pada dia.
Dia gelak sikit tengok reaksi daripada aku. Apa yang kelakarnya?
"Saya tanya awak okay ke tak?"
Dia memandang aku sambil tersenyum kecil. Sekali lagi jantung aku berdetak kuat. Aku harap jantung aku tak tercabut je sekarang ni. Kalau dia senyum lagi lepas ni, memang sah jantung aku akan tercabut.
Aku cuma gelengkan kepala tapi aku tak pasti sebab apa aku geleng kepala.
"Awak tak okay?"
Tanya dia sekali lagi. Aku pelik dengan soalan dia.
"Apa yang tak okay?"
Kali ni dia gelak lagi kuat. Okay serius aku memang tak tahu apa-apa sekarang ni. Alahaii Hae Ji kenapa la kau blur sangat malam-malam macam ni.
"Mungkin otak awak sekarang ni tengah melayang pergi ke Hawaii and tengah syok bermandi manda dekat pantai kot tu yang awak macam dah hilang ingatan. Tak apa saya terangkan untuk awak sekali lagi ya. Tadi saya TERlanggar awak lepas tu kita berdua TERjatuh dan saya TERhempap awak. Jadi, saya tanya la dekat awak yang awak okay ke tak tapi awak geleng kepala tu saya pelik sikit sebab kot-kot la awak patah tulang rusuk ke terseliuh dekat bahu ke. Ya la saya tahu badan saya ni sado. Tu saya takut berat badan saya ni buat awak sakit tapi awak tanya saya apa yang tak okay."
Dia terangkan tu memang panjang lebar dan jelas. Baru aku teringat balik pasal tadi. But satu ayat dia yang buat aku rasa nak muntah, 'sado'? Eiuuw pelis la *mata ke atas*
"Ouhh sorry. Saya pun tak tahu kenapa dengan saya hari ni. Tak, tadi memang rasa sakit sikit dekat bahu saya ni tapi sekarang dah tak sakit. Dah okay dah"
Giliran aku pula yang terangkan pada dia. Dia hanya tersenyum memandang aku. Ehh asal peramah pulak kau ni Hae Ji. Tadi punya la nak jual mahal.
Bila tengok senyuman dia ni and again buat jantung aku berdetak kuat.
Pupp *bunyi jantung jatuh ke lantai*
HAHAHAHA ok ok serius plis
Aku dapat rasa satu lagi perasaan yang mula muncul dalam diri aku ni. Mungkin perasaan suka? Atau cinta?
Aku tak tahu la kenapa tapi aku jujur aku suka bila Jimin pandang muka aku. Dan tu membolehkan aku pandang muka dia jugak. Dia buat aku angau dekat dia.
Dah lama aku tak rasa perasaan yang macam ni buat sekian lamanya dan kali terakhir aku dapat rasa macam ni bila bersama dengan Ji Kyung.
Ya Ji Kyung. Aku cuba hapuskan diri dia dalam hidup aku. Mungkin dengan kedatangan Jimin dalam hidup aku membolehkan aku untuk melupakan diri dia dan juga mungkin kali ni Jimin boleh ubah jalan cerita dalam kehidupan aku.
Kata-kata Jimin menyebabkan lamunan aku sebentar tadi dah hilang serta merta dan kata-kata nya itu juga menyebabkan pipi aku mula rasa panas akibat tahan malu.
"Ya la mana tak nya sakit tu dah hilang kalau orang tu tenung muka kita ni lama-lama dari tadi. Saya tahu muka saya ni boleh la dikategorikan handsome juga."
Amboii puji diri sendiri nampaknya Jimin ni and tak penat ke asyik senyum je dari tadi. Sudah sudah la buat jantung aku tercabut. Kang tak pasal pasal aku mati jugak dekat sini disebabkan tengok senyuman kau tu Jimin.
Aku apa lagi terus tundukkan muka aku ke bawah and tekup muka aku dengan dua dua belah tapak tangan aku sebab nak cover malu punya pasal.
"Saya nak minta maaf sebab terlanggar awak tadi. Saya betul-betul tak sengaja."
Dia cuba meminta maaf dekat aku lagi. Aku cuma mampu anggukkan kepala je dengan tapak tangan aku yang masih tekup muka. Aku cuma nak dia blah dari sini je. Sumpah aku malu sekarang ni.
"Apa yang awak anggukan?"
Usiknya sambil tersengih suka.. Amboii suka la tu usik aku kan? Ehh macam mana aku tahu dia tersengih sedangkan aku masih lagi tutup muka aku? Sebab dengar dia gelak sikit la.
Dengan perlahan-lahan dia cuba turunkan tangan aku dari muka and mengangkat muka aku untuk pandang dia.
"Open your eye." bisik dia di telinga aku. Aku dapat rasakan hembusan nafas dia dekat leher aku.
Aku cuba buka mata aku perlahan-lahan and dumb! Dia pun tengah perhatikan aku dari tadi and ya! Dia tengah senyum sinis dekat aku. Ya tuhan jangan la seksa aku macam ni Jimin woii.
"Saya angguk tanda saya maafkan awak la. Tu pun tak tahu ke?"
Amboii bahasa tu elok sikit ya Hae Ji
"Ohh.. Kalau macam tu saya pun nak ikut macam awak la. Orang minta maaf dekat saya cuma anggukkan kepala je tanda saya maafkan dia. By the way, bukan ke tadi awak dah turun ke bawah?"
Cuba tukar topik ke wahai Encik Jimin.
"Ohh saya naik atas semula sebab nak ambik getah rambut ni hahh" kataku sambil tunjukkan getah rambut yang tengah aku pegang.
Dia hanya mengangguk. Sebelum dia nak beredar, dia ada bisikan sesuatu dekat aku.
"Even dalam rumah pun, jangan lupa pakai baju dalam okay." dia mengenyit mata dan terus turun ke tingkat bawah. Aku memandang terus ke arah dada aku.
WHAT THE?!?!
JIMINNNNN!! I HATE YOU!
Bersambung
•
•
Sorry dah lama tk update.. author kekurangan idea.. sebenarnya kertas yg author tulis untk chap ni terselit dkt buku skolah and then buku tu dihtr dkt ckgu 😂 emm nmpk tk dia punya kebodohannya disitu 😂 so ni pun maybe tk sama dgn apa yg author tulis dkt kertas tu 😢 sorry klau chap ni mcm merapu dan bosan.. btw don't forgot to vote and comment this chapter.. thank you
YOU ARE READING
Thanks ※ Jimin
RomantizmC O M P L E T E Akibat trauma dari sebuah kemalangan itu, gadis yang bernama Shin Hae Ji bertukar menjadi seorang yang murung, pendiam dan tidak bergaul dengan sesiapa sahaja termasuk keluarganya sendiri dan juga dia telah hilang seribu satu perasa...