Awal pagi lagi aku dan Iesya bangun pagi untuk berjoging di taman berdekatan rumah Iesya. Sejak dari universiti lagi, kami berdua memang sangat pentingkan kesihatan diri jadi tidak hairanlan joging, workout dan pergi ke gym menjadi perkara yang boleh menghilangkan rasa tekanan yang kami hadapi.
"Babe, stop kejap" kata Iesya yang sudah mandi peluh.
Langkahku juga secara automatik terhenti.
"Okay. Jom, ke situ" balasku pula sambil memuncungkan bibirku yang lembap dan berwarna merah jambu ke arah sebuah bangku. Ceh ceh sempat lagi memuji diri sendiri.
Aku dan Iesya masing-masing melakukan aktiviti menyejukkan badan setelah berjoging hampir 10 pusingan. Huhh! Baru saja beberapa hari lepas aku ke gym berdekatan dengan rumah aku ops maksudku bekas rumah aku. Okay, baru saja beberapa hari lepas aku ke gym entah kenapa aku rasa semput apabila joging pada pagi yang hening itu.
Iesya melabuhkan punggungnya di sebelah aku. Dia melihat ke arahku lalu mengeluh.
"Kau ni.. Asyik termenung je.. Dah, dah lah tu termenung. Tak baik tau termenung je" tegur Iesya mengejutkan aku dari lamunanku.
Aku hanya tergelak kecil sambil mengelap mukaku dengan sapu tangan Nike jenama sukan kegemaranku. Tidak lama kemudian, aku bangun semula dari tempat dudukku.
"Tan Sri Izuddin Aminuddin halau darah dagingnya sendiri cuma kerana orang luar" luahku penuh dengan perasaan kesal. "Nampaknya, diaorang betul-betul cabar aku. Diaorang betul-betul nak cabar aku, ya. Fine, game on" sambungku lagi.
Iesya segera mendekatiku.
"Babe, chill. Mungkin papa kau terlalu emosi. Kau pun bukannya tak tahu perangai mama tiri kau tu macam mana"
"Iesya, please. She's not my mama. Dia cuma tumpang kekayaan papa aku dan rampas kedudukan mama aku. Kawan baik konon. Dia tak layaklah jadi kawan baik. Tak layak langsung! Kalau arwah mama aku masih hidup sekarang ni mungkin dia sendiri pun tak akan mengaku yang si Ilya tu sebagai kawan baik dia"
"Okay okay. Sorry. Aku minta maaf, okay. Dahlah. Sekarang ni, kau tak boleh duk diam je. You have to do something. Macam kau cakap, Ilya cuba nak rampas kekayaan papa kau. Takkan kau nak duk diam je? Kau tak kesian ke kat papa kau?"
"Kau nak aku kesiankan papa aku? Babe, don't you see what he have done to me? Dia pilih perempuan tu berbanding aku. Aku benci dia. Aku benci mereka berdua. Tan Sri Izuddin Aminuddin halau aku dari Syarikat Izuddin Holding dalam sekelip mata sedangkan aku hampir 8 tahun berkhidmat di syarikat tu. Fine. Dia ingat aku tak boleh hidup ke kalau aku tak kerja dekat syarikat tu. Dia salah. I will prove to him that I can survive without that company"
"Babe.. Aku akan selalu sokong kau. Kau jangan risau, okay. Aku yakin Allah swt akan tunjukkan segala-galanya satu hari nanti. Perangai buruk Ilya tak akan bertahan lama. Trust me"
"I hope so. Thank you, Iesya. Aku juga berdoa supaya Allah cepat-cepat tunjukkan muslihat sebenar Ilya. Aku tak sangka perempuan yang selama ni aku hormat, aku sanjung, buat aku macam ni. Sampai hati Ilya buat family aku macam ni. Sampai hati dia tikam belakang kawan baik dia sendiri!"
"Aku juga tak sangka sampai macam ni sekali Ilya buat family kau. Selama ni dia nampak baik je. Lembut. Sopan-santun. Pijak semut pun tak mati. Tapi.. Aku yakin, di sebalik semua tu, memang dah lama dia plan nak kucar-kacirkan family kau"
"Dahlah. Aku malas nak fikir" akhirnya aku hilang kata.
Iesya hanya tersenyum kecil sambil menepuk-nepuk bahuku.
ANDA SEDANG MEMBACA
Buka Hatimu, My Maid! (COMPLETED!) 🌼❤️
Romance'Kenapa awak sanggup tipu diri awak?! Kenapa awak sanggup siksa diri awak sendiri?! Saya cintakan awak dan saya tahu awak juga cintakan saya!" -Indra Arifin 'Awak tak akan faham, saya. Sampai bila-bila pun awak tak mungkin dapat cinta saya dan saya...
