BHMM 37

8.2K 249 7
                                    

"Perhatikan saja rumah itu. Saya tak nak sampai Indah terlepas, faham?"

"Baik, Tan Sri" 

Iwan dengan beberapa orangnya memperhatikan rumah Datuk Izhar dari jarak yang agak jauh untuk memastikan kalau-kalau Indah akan ke situ. Namun, sudah hampir sejam mereka 'berkampung' di dalam kereta, kelibat Indah langsung tidak kelihatan.

Tidak lama kemudian, kereta Maserati Granturismo milik Indah memasuki perkarangan rumah Datuk Izhar.

"Call Tan Sri, sekarang!"

"Baik boss"

Iwan memandu kereta ke jarak yang lebih dekat untuk mendapatkan Indah.

Aku tiba di depan rumah Indra untuk memulangkan baju uniform maid. Baru saja aku mengangkat tangan ingin mengetuk pintu rumah, Indra sudah pun terlebih dahulu membuka pintu. Agaknya dia ternampak keretaku dari dalam.

"Indah"

"Hai. Err.. Saya nak pulangkan baju ni.."

"Oh.. Okay.."

Sebaik saja uniform maid itu berpindah ke tangan Indra, Datuk Izhar juga tiba di situ.

"Hei.. Kamu siapa?"

Aku pelik apabila Datuk Izhar mengajukan soalan sebegitu. Tapi, bila diperhatikan, bebola matanya bukan memandang ke arahku tetapi di belakangku.

Indra juga kelihatan agak berkerut. Aku menoleh ke belakang. Dan alangkah aku terkejutnya apabila melihat 4 orang lelaki berpakaian serba hitam berada di belakangku. Itu bodyguard-bodyguard papa!

"Cik Indah, Tan Sri arahkan kami untuk bawa Cik Indah balik sekarang juga"

"No! Saya tak nak balik. Sampai bila-bila pun, saya takkan jejak balik kat rumah tu! Kau dan orang-orang kau ni boleh balik sebab aku takkan balik!"

Tidak lama kemudian, seseorang keluar dari kereta. Bagaikan hendak gugur jantungku sebaik saja Tan Sri Izuddin turun dari kereta itu dan mula menapak ke arah kami.

Sementara itu, Datuk Izhar dan Indra hanya mampu berdiam diri.

"Indah, jom balik" ujar Tan Sri Izuddin.

"Saya tak nak balik!"

"Indah, okay. Papa tahu Indah masih marahkan papa. Kita balik. Kita discuss kat rumah, okay?" Tan Sri Izuddin mula memujukku.

"Aku takkan jejak lagi kat rumah tu. Dah tak ada apa lagi nak dibincangkan. Aku ada hidup aku sendiri so jangan ganggu aku! Kau boleh bawa bodyguard-bodyguard kau ni balik! Baliklah!" balasku lalu menolak satu-persatu bodyguard.

"Indah, baliklah ya. Ikut papa kamu okay" pujuk Datuk Izhar pula.

"No, saya tak nak. Datuk, saya lebih rela kerja kat sini tanpa gaji daripada ikut dia balik ke rumah"

"Indah, please. Jangan buat papa macam ni. Kamu tak kesian kat papa ke?" Tan Sri Izuddin bersuara lagi.

Aku mengatur langkah mendekatinya. Aku memandangnya dengan tajam.

"Kau yang buat aku jadi macam ni, Tan Sri Izuddin Aminuddin. Kau buang aku dari hidup kau. Kau pilih dia berbanding anak kandung kau sendiri! Aku tak ada ayah macam kau!"

Paaappp! Pipi aku terasa pedih ditampar oleh Tan Sri Izuddin.

"Indah!" Indra dan Datuk Izhar mula mendapatkan aku.

"Tan Sri, kalau beginilah cara Tan Sri pujuk Indah, saya takkan benarkan dia balik bersama Tan Sri" Indra juga mula bersuara.

"Kamu ni mesti Indra Arifin, right? Indra. Kamu tak kenal lagi siapa Indah. Kamu jangan nak backup sangatlah dia ni" jawab Tan Sri Izuddin.

Buka Hatimu, My Maid! (COMPLETED!) 🌼❤️Where stories live. Discover now