Sebaik saja tiba di hospital, aku terus masuk bilik tempat Indra dirawat. Jika tadi aku berlari selaju yang boleh untuk mencarinya namun kini aku perlahan-lahan menapak ke arahnya apabila melihat keadaan Indra yang sedang terlantar di atas katil.
Sejurus dengan itu, aku tidak boleh menahan air mataku dari mengalir. Kelopak mata Indra tertutup rapat. Aku duduk di kerusinya lalu aku mencapai tangan Indra. Aku tertunduk lemah.
"Indra.. Please.. Jangan tinggalkan saya.. Saya.. Sa.. Saya masih cintakan awak.. Saya masih perlukan awak.. Please, Indra... Wake up.."
Entah sama ada Indra boleh dengar atau tidak apa yang aku katakan. Tapi jauh dalam sudut hati aku ni, aku berharap agar dia dengar. Tolonglah.. Aku tak boleh hidup tanpa kau, Indra.
"Indah...."
Aku terus mampu tersenyum sebaik saja mendengar suara itu!
"Indra? Indra, awak..."
Belum sempat aku menghabiskan ayatku tiba-tiba Indra ketawa berdekah-dekah. Lebam di mata, kepala yang berbalut seakan-akan dia sudah tidak merasa sakitnya.
"Haaaa..! Padan muka, tahu pun takut" ujar Indra dan dengan selambanya dia bangun dari baringnya sambil membuka balutan di kepalanya.
Tak gunaaaa!!!! Dia main-mainkan aku rupanya! Aaaarrrggggghhhhhh!!!! Seriously, aku malu woiiii!!! Maluuuuuuuu!!!!!!
"Awak niiiiiii!!!!!!!! It's not funny, okay! Tak kelakarlah, Indra!!!"
Ambik kau, aku pukul Indra sekuat hatiku. Dia pula hanya meraung kesakitan sambil ketawa. Ketawa kemenangan. Ketawa puas sebab berjaya kenakan aku!
Aku mencebik. Tapi dalam masa yang sama, hati aku bertukar 360 darjah! Terasa bahagia dan bersyukur. Mungkin, dek kerana aku tidak mahu kehilangan Indra.
"Indah..."
Indra mencapai kedua-dua belah tanganku. Tiada lagi gurauan kali ini.
"Saya tak nak kehilangan awak lagi. Cukuplah dengan apa yang kita dah lalui selama ni. Saya dah tak sanggup nak berjauhan dari awak. Kalaulah betul saya accident, saya tak nak teruskan hidup saya kalau saya masih tak dapat memiliki awak. Saya sanggup koma seumur hidup saya. Hidup saya kosong tanpa awak. Hidup saya sepi tanpa suara awak. Hidup saya gelap tanpa senyuman awak. Saya tak dapat bayangkan macam mana saya nak lalui hari-hari yang seterusnya kalau saya masih tak dapat cinta dari awak. Saya dah fikir pasal saya. Saya lengkap kalau ada awak. Saya happy kalau ada awak. So kali ni, fikirlah pula pasal diri awak, kebahagiaan awak, future awak"
Begitu sayu sekali hatiku mendengar kata-kata dari Indra. Keikhlasannya sangat terpancar di wajahnya.
"Saya dah lakukan apa yang saya rasa saya patut lakukan. Saya tak nak kehilangan awak. Awak wanita yang membawa seribu makna dalam hidup saya walaupun pada awalnya awak cuma hadir sebagai maid di rumah saya" Indra sempat tergelak kecil namun masih mampu memerangkap aku. Dia seakan-akan membawaku masuk ke dalam satu dunia yang hanya ada kami berdua.
Genggaman tangan Indra semakin kemas. Tanganku sikit pun tidak dilepaskan olehnya.
"Saya sedar. Dulu, saya pandang rendah kat awak. Saya kasar. Saya sombong. Saya angkuh. Tapi, hari ini saya juga sedar. Sayalah lelaki paling bodoh sebab saya tak sedar betapa indahnya wanita yang selama ini ada bersama saya. Saya minta maaf. Dan sekarang.. Indah, saya merayu pada awak. Please... buka hatimu, my maid"
Kata-kata Indra, pandangan matanya, genggamannya membuatkan aku percaya pada yang namanya alam fantasi. Aku bagaikan di alam fantasi apabila mendengar Indra berkata sedemikian.
ANDA SEDANG MEMBACA
Buka Hatimu, My Maid! (COMPLETED!) 🌼❤️
Cinta'Kenapa awak sanggup tipu diri awak?! Kenapa awak sanggup siksa diri awak sendiri?! Saya cintakan awak dan saya tahu awak juga cintakan saya!" -Indra Arifin 'Awak tak akan faham, saya. Sampai bila-bila pun awak tak mungkin dapat cinta saya dan saya...
