Baru sampai di depan pintu aku sudah mula berdebar-debar. Belum lagi bersua muka dengan Indra. Aduh!
Aku menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum membuka pintu. Namun, belum sempat aku memegang tombol pintu, pintu itu sudah pun terlebih dahulu dibuka.
"Indah.."
Aku hanya tersenyum kecil lalu terus masuk ke dalam rumah namun Indra menahanku.
"Indah, wait"
"Apa lagi, Indra?"
"Indah, please. Boleh tak awak stop larikan diri dari saya?"
"Indra, saya tak larikan diri dari awak"
"Habis tu kenapa awak tak nak cakap dengan saya?"
"Saya tak ada apa-apa nak cakap, okay. Dahlah. Saya datang sini nak kerja so please, profesionallah sikit"
"Awak jangan nak cakap pasal profesional dengan sayalah, Indah"
Jawapan Indra seolah-olah dia merendahkan-rendahkan aku. Dia ingat kerja office je ke yang boleh guna perkataan 'profesional'?
"Indra, saya hormat awak sebagai majikan saya so awak juga kena hormat saya sebagai maid awak!"
Aku mengerling Indra dan terus masuk ke dalam rumah.
Indah, kau tak boleh macam ni. Kenapa kau harus libatkan Indra dalam masalah kau? Kenapa kau perlu dingin dengan dia hanya kerana dia cintakan kau dan kau cintakan dia?
Ya, memang itu sajalah penyelesaiannya. Aku tak boleh biarkan diri aku terus hanyut di alam percintaan sebab aku tahu ada perkara yang lebih penting harus aku selesaikan.
*****
Kelihatan Iesya sedang melarikan diri dari Ifwat. Iesya sudah malas hendak berjumpa dengan dia setelah apa yang dia lakukan terhadap Indah sejak kebelakangan ini.
"Iesya! Iesya! Iesya, tunggulah kejap! Iesya!"
Ifwat yang tangkap memegang lengan Iesya membuatkan langkah Iesya terhenti.
Iesya menepis tangan Ifwat dan melihatnya sambil memeluk tubuh.
"Apa lagi, Ifwat? Apa lagi awak nak?" tanya Iesya dengan nada marah.
"Iesya.. Saya minta maaf sebab berkasar dengan awak dan Indah kat hospital hari tu"
"Ifwat, apa yang dah jadi kat awak ni, ha? Angin tak tentu pasal. Pastu, tiba-tiba baik. Awak ingat Indah tu apa? Patung? Kalau angin awak baik, baiklah awak layan. Kalau angin awak tak baik, awak layan dia dengan kasar. Apa masalah awak ni sebenarnya?"
"Okay, saya minta maaf. Saya mengaku sejak kebelakangan ni saya tak tentu arah. Saya serabut sikit. Saya asyik fikirkan pasal Indah. Saya takut dia jatuh kat tangan Indra"
"Kenapa pula awak takut kalau Indah bercinta dengan Indra?"
"Sebab Indra tak sesuai dengan dia"
"Indra adalah lelaki yang paling sesuai dengan Indah"
"Tak! Lelaki yang paling sesuai untuk Indah cuma saya! Bukan sesiapa! Indah hanya untuk saya dan sayalah lelaki yang paling layak untuk Indah!"
"Ifwat! Cukup! Awak dah gila ke? Kenapa awak berubah sampai macam ni sekali?!"
"Saya gila? Indah tu yang dah gila! Kawan baik awak tu yang gila!"
"Ifwat, jaga mulut awak. Awak sedar tak apa awak cakap ni?!"
"Disebabkan saya sedarlah saya cakap semua ni. Pesan kat Indah, cuma saya yang layak untuk dia dan saya akan lakukan apa saja supaya dia jatuh ke tangan saya!"
ANDA SEDANG MEMBACA
Buka Hatimu, My Maid! (COMPLETED!) 🌼❤️
Romance'Kenapa awak sanggup tipu diri awak?! Kenapa awak sanggup siksa diri awak sendiri?! Saya cintakan awak dan saya tahu awak juga cintakan saya!" -Indra Arifin 'Awak tak akan faham, saya. Sampai bila-bila pun awak tak mungkin dapat cinta saya dan saya...
