Hari makin hari, keadaan papa semakin stabil dan hubungan kami juga kembali rapat seperti dulu malah lebih rapat. Barulah aku dapat bermanja-manja dengan papa setelah hampir beberapa tahun kami dingin.
Dan, untuk pengetahuan you guys juga, papa dah buat keputusan, untuk memberi semula jawatan CEO Syarikat Izuddin Holding kepada aku, Indah Ardini. Aku sudah mula bekerja seperti biasa. Kakitangan syarikat juga sangat mengalu-alukan come back aku.
Sewaktu aku ingin memasuki wad papa, aku terdengar perbualan papa dengan Indra. Aku hanya memerhatikan mereka berdua dari luar.
"Indra, maafkan saya. Kamu betul, saya bukan ayah yang baik untuk Indah. Perkataan ayah sangat mahal dan perkataan itu tidak layak untuk saya" kata Tan Sri Izuddin.
"Tan Sri, masa tu saya cakap apa yang saya nampak. Mungkin masa tu, ego Tan Sri tinggi mendadak jadi Tan Sri tak tahu apa yang Tan Sri lakukan. Tapi sekarang, apa yang saya nampak, di depan saya ni, adalah ayah yang terbaik dan sampai bila-bila pun, Tan Sri tetap akan menjadi ayah yang terbaik dalam hidup Indah" balas Indra pula seraya tersenyum kecil.
Tan Sri Izuddin juga turut tersenyum.
Aku? Derrr. Of courselah aku dah tersenyum lebar kat luar wad ni.
"Hampir 45 tahun saya kat dunia ni. Tak pernah sekali pun saya sedar, yang selama ni sebenarnya saya perlukan nasihat daripada seseorang. Yang saya tahu, saya reda je apa yang ada kat depan saya tanpa berfikir baik buruknya. Sampaikan, benda betul dan salah pun saya tak dapat nak bezakan. Yang baik dan jahat pun saya tak dapat nak bezakan. Yang putih dan hitam pun saya tak dapat nak bezakan. Dan kamu. Kamu, Indra. Kamu yang telah ajar saya macam mana nak bezakan semua tu. Terima kasih, Indra"
"Tak Sri, kita sama-sama manusia biasa. Saya manusia biasa. Tan Sri manusia biasa. Kita memang takkan dapat lari dari melakukan kesalahan. Antara kita sedar atau tak kesalahan tu, kadang-kadang kita sendiri pun tak tahu. Saya cuma jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang manusia yang inginkan sebuah keluarga yang sepatutnya berhak mendapat kebahagiaan untuk bahagia. Selama ni, saya cuma hidup dengan abah saya. Dialah abah saya, dialah ibu saya, dialah pelindung saya, dialah segala-galanya buat saya. Sama juga macam Indah. Indah cuma ada Tan Sri dalam hidupnya. Indah cuma ada papa dia. Tan Sri lah segala-galanya untuk Indah. Jadi, saya tahu apa perasaan Indah kalau Tan Sri tak ada di sisinya. Saya faham perasaan Indah kalau Tan Sri jauh dari dia"
"Kalaulah saya tak halau Indah dulu, mesti semuanya tak jadi macam ni. Sampai sekarang saya tak boleh lupa apa yang dah saya buat kat Indah. Sampai sekarang saya tak dapat maafkan diri saya. Kalaulah ada apa-apa terjadi kat Indah, saya tak tahulah apa jadi kat saya"
"Tan Sri, Indah seorang anak yang kuat. Ya, memang dia berdendam, marah, kecewa dengan apa yang Tan Sri buat kat dia dulu tapi itu cuma perasaan dia sebagai manusia biasa. Tapi, saya yakin, sebagai seorang anak, sikit pun perasaan-perasaan tu tidak menggugat rasa kasih dan sayang dia pada ayah dia. Indah sangat sayangkan papa dia. Tan Sri, saya sangat-sangat faham Indah. Kami berdua tiada ibu. Kami berdua cuma ada ayah. Jadi, sejahat, seburuk mana pun ayah kami, kami sebagai anak, tidak pernah hilang rasa sayang kat ayah-ayah kami"
Aku yang masih lagi tercegat di luar wad tiba-tiba berasa sebak dan pilu sebaik saja mendengar perbualan papa dan Indra.
Ya, memang betul. Apa yang dikatakan oleh Indra semuanya benar belaka. Sangat benar.
"Terima kasih, Indra. Mesti abah kamu sangat bangga sebab dapat anak macam kamu"
"Saya pun bangga dapat abah macam dia"
Papa tergelak kecil sambil menepuk-nepuk bahu Indra.
"Aduh, rasa nak kencing lah pula"
"Oh.. Mari, saya tolong.."
YOU ARE READING
Buka Hatimu, My Maid! (COMPLETED!) 🌼❤️
Storie d'amore'Kenapa awak sanggup tipu diri awak?! Kenapa awak sanggup siksa diri awak sendiri?! Saya cintakan awak dan saya tahu awak juga cintakan saya!" -Indra Arifin 'Awak tak akan faham, saya. Sampai bila-bila pun awak tak mungkin dapat cinta saya dan saya...