BHMM 23

9.9K 273 6
                                    

"Morning babe. Jom breakfast" ucapku sebaik saja Iesya menuruni anak tangga.

Iesya mendekatiku tanpa mengukir senyuman seperti kebiasaannya.

"Indah, may I ask you something?" tanya Iesya dengan nada series.

"Ya. What is it?"

"Semalam kau sepak Ifwat erk?  Kenapa kau sepak dia? Apa dia dah buat kat kau sampai kau sanggup naik tangan kat dia?"

Aku yang tadinya ingin menuang air ke dalam gelas, terbantut sebaik saja Iesya bertanyakan soalan itu.

"So, he complained to you?" tanyaku semula.

Der? Apasal dengan Ifwat ni. Macam budak-budaklah nak mengadu bagai!

"Of course he did. Kau tampar dia kot. Kau ni dah kenapa, Indah?"

"Kau yang kenapa? Iesya, kau tak nampak ke apa yang dia buat kat aku malam tu? Dia cuba nak ambil kesempatan atas aku, Iesya"

"Ya, aku nampak tapi.."

"So please. Don't dispute what I'm doing. Aku tahu apa aku buat dan aku tak bodoh lagi nak tampar orang sesuka hati tanpa sebab yang munasabah. Get it?"

Iesya terdiam. Agaknya dia telah tersedar dari alam mimpinya.

"Indah, aku minta maaf" ya, Iesya telah sedar dari alam mimpinya.

Aku mendekatinya sambil tersenyum kecil.

"Aku tahu kau cintakan Ifwat but please jangan disebabkan cinta kau kat dia, kau salahkan orang di sekeliling kau hanya kerana Ifwat, okay?"

Iesya mengangguk perlahan.

*****

"Apa semua ni?! Apa semua niii??!!!! Arrghhhh!! Tak guna! Bodohhh!!"

Idel menghumban telefon bimbit dengan perasaan yang marah dan geram apabila menerima gambar-gambar Indra dan seorang perempuan yang tidak dikenalinya.

"Siapa pula perempuan tu? Rasanya itu bukan Iesya"

Idel bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke hulur ke hilir.

"Kalau Iesya kekasih Indra, siapa pula perempuan yang dengan dia tu? Takkanlah Indra main kayu tiga? Indra tak macam tu. Aku kenal Indra. Dia setia"

Idel kembali duduk di atas sofa sambil merengus geram.

"Apa permainan kau yang sebenarnya, Indra?!"

*****

Indra yang baru saja keluar dari pemeriksaan meneliti satu persatu ubat yang diberi oleh doktor sebentar tadi.

"Aduhhh, banyaknya ubat nak kena makan. Tak guna punya penyamun, tak pasal-pasal aku kena makan semua ni. Sabo je la ye tekak. Kau telan je lah peluru berpandu versi warna-warni ni" bebel Indra sambil melangkah keluar dari hospital itu.

"Oh maaf, Tan Sri. Indah Ardini dah discharge beberapa hari yang lalu"

"Yeke? Okaylah kalau macam tu. Thank you"

"You're welcome, Tan Sri Izuddin"

Langkah Indra terhenti apabila jururawat berkata sedemikian. Indah Ardini? Tan Sri Izzudin?

Indra menoleh semula ke belakang untuk melihat siapakan gerangan yang mencari Indah. Namun, individu yang dicarinya itu telah pun beredar dari situ.

Indra meneruskan langkahnya dengan hati yang tertanya-tanya. Dahinya berkerut seribu. Indah Ardini. Tan Sri Izzudin. Ya, rasanya dia tidak salah dengar.

Buka Hatimu, My Maid! (COMPLETED!) 🌼❤️Where stories live. Discover now