Tengahari itu, Indra, Ifwat dan Iesya sarapan bersama di Restoran ZK. Mereka berbual dengan mesranya. Sesekali, Iesya memerhatikan Indra apabila Indra sedang rancak bercerita dan berbual dengan Ifwat. Ifwat pula seakan-akan menyedari perkara itu namun dia hanya mendiamkan diri sambil tersenyum kecil melihat Iesya dan Indra. Indra pula langsung tidak menyedari akan perkara itu.
"Iesya, awak okay tak ni? Asyik diam je dari tadi" tanya Ifwat yang duduk di sebelah Indra manakala Iesya pula duduk berhadapan dengan mereka berdua.
"Ah? Ya.. Ya, saya okay.." jawab Iesya lalu mengacau jus tembikai di hadapannya dengan wajah yang cool.
"Agaknya Iesya rindu kat pakwe dia kot... Ye tak, Iesya? Awak rindu pakwe awak erkk.." usik Indra pula.
"Wau, Iesya ada pakwe? Not bad. Ingatkan dah tak laku dah. Rupa-rupanya masih ada yang berkenan.." tambah Ifwat pula.
"Amboi... Amboi... Amboii... Dua orang jejaka yang tak seberapa nak handsome ni. Hello? This is Iesya, okay. Korang jangan pandang saya pakai hidung okay. Tak nampak ke kecantikan dan kecomelan yang ada kat diri saya ni? Masih laku dan diminati ramai oleh lelaki-lelaki kat luar sana cuma saya je ni yang memilih. So, mulut korang jaga sikit erk" jelas Iesya dengan gaya mak bedahnya.
"Waahhh... Wahhh. Bukan main yakin ye awak ni.." balas Indra.
"Of course. Ni Iesya kottt" jawab Iesya lalu menyelak rambutnya ke belakang ala-ala seperti model iklan shampo. Fiuhhhh!
Indra dan Ifwat hanya tergelak kecil melihat gelagat Iesya itu.
"Okaylah. Banyak sangat berbual. Saya ada hal ni. Saya pergi dulu ya. Assalamualaikum" Ifwat meminta diri sambil berjabat tangan dengan Indra.
"Waalaikumussalam. Hati-hati, Ifwat"
"Waalaikumsalam. Drive safe, bro"
Indra dan Iesya kembali menghadap antara satu sama lain.
Baru saja mereka berbual tiba-tiba seseorang menghempas dompet di atas meja mereka.
Indra dan Iesya serentak melihat ke arah gerangan yang seakan-akan sangat marah ketika itu.
"Idel. Kau kenapa ni? Datang-datang terus hempas barang. Kau jangan sampai aku hempas kepala kau kat atas meja ni!" Indra mula hilang sabar apabila Idel muncul di hadapannya dengan sikapnya yang kurang sopan itu.
Iesya yang terkejut dengan kejadian itu membuat keputusan untuk hanya mendiamkan diri.
"Siapa perempuan ni? Sebab dia ke you tolak cinta I?! Sebab perempuan ni ke?!" tanya Idel sambil melihat ke arah Iesya dengan pandangan yang tajam.
"Iesya tak ada kena mengena dalam hal kita, Idel"
"Oh, Iesya? So nama dia Iesya? Dasar perempuan jalang!"
"Watch out with your mouth! Kau jangan buat hal kat sini, Idel!"
"Kenapa? Why? Kenapa you pertahankan sangat perempuan ni?!"
"Sebab dia girlfriend aku! Dia penting dalam hidup aku! Aku cintakan dia. Aku sayangkan dia. Puas?!"
Bukan setakat Idel yang tekejut dengan kenyataan dari Indra, malah Iesya juga turut terkejut dengan kenyataan gila dari Indra itu.
"Jom, Iesya. Saya hantar awak balik. Semaklah kat sini"
Indra dan Iesya terus meninggalkan Idel yang masih lagi geram dan marah di situ.
*****
Sepanjang perjalanan, Indra cuba untuk menenangkan dirinya. Iesya yang masih lagi terkejut juga mendiamkan diri di sebelah. Sesekali dia memandang sekilas ke arah Indra yang sedang memandu.
![](https://img.wattpad.com/cover/88115616-288-k86721.jpg)
YOU ARE READING
Buka Hatimu, My Maid! (COMPLETED!) 🌼❤️
Roman d'amour'Kenapa awak sanggup tipu diri awak?! Kenapa awak sanggup siksa diri awak sendiri?! Saya cintakan awak dan saya tahu awak juga cintakan saya!" -Indra Arifin 'Awak tak akan faham, saya. Sampai bila-bila pun awak tak mungkin dapat cinta saya dan saya...