BHMM 48

6.4K 170 1
                                    

Sudah hampir 2 hari Idel dan Ifwat tidak berhubung. Buat sementara waktu ini, Idel tidak menyuruh Ifwat menghubunginya dulu kerana dia perlukan masa.

Sedang Idel menunggu lampu isyarat bertukar hijau, matanya tertumpu ke arah seseorang yang memasuki sebuah kafe yang tidak jauh dari situ. Tanpa membuang masa dan berfikir panjang, dia pun terus memusingkan keretanya untuk pergi ke kafe tersebut.

Idel memasuki kafe itu sambil matanya liar memerhatikan sekeliling dan dengan sekali imbas saja, dia ternampak akan seseorang yang dikehendakinya.

"Assalamualaikum"

Perbualanku yang rancak dengan Iesya terhenti serta-merta apabila Idel menghampiri kami. Siap beri salam pula tu.

"Waalaikumsalam" jawabku dan Iesya serentak sambil melihat antara satu sama lain.

"Boleh saya duduk?" tanya Idel lagi dengan menggunakan kata ganti diri 'saya'.

Aku dan Iesya sekali lagi melihat sesama kami. Aku percaya, Iesya juga memikirkan hal yang sama dengan aku. Dah kenapa tiba-tiba Idel baik semacam ni. Ni mesti ada apa-apa ni. Eh, astaghfirullahhhhh! Kenapalah aku asyik fikir negatif saja pasal dia ni. Okay, sudah, sudah.

"Duduklah" jawabku seraya tersenyum kecil.

Idel pun mengambil tempat duduk berhadapan dengan kami berdua.

"Tak nak order apa-apa ke?" tanyaku.

"No thanks. Actually, saya datang sebab nak minta maaf kat awak berdua" jawapan Idel membuatkan aku dan Iesya terkesima.

Kami terkesima sehinggakan kami berdua tidak mampu hendak berkata apa-apa.

"It's okay. Indah, Iesya. Saya faham kalau you guys tak dapat maafkan saya. Saya sedar selama ni kesalahan saya bukannya kecil. Saya banyak sakitkan hati awak berdua terutamanya awak, Indah. Saya selalu ganggu awak dengan Indra. Saya selalu buat hal. Saya tahu mungkin kedatangan saya ni secara tiba-tiba, mungkin awak rasa ini semua lakonan. But, insaf, menyesal, kesedaran, tak datang dalam diri kita dengan meminta izin. Ia datang tanpa diundang dan.... Here I am" ujar Idel lagi.

Mendengar Idel berkata sedemikian, aku dapat merasakan keikhlasannya untuk memohon maaf.

"Please, Indah, Iesya. Maafkan saya. Kebelakangan ni saya rasa tak tenang. Gelisah semacam. Buat ini tak kena buat itu tak kena. Saya rasa diri saya ni macam digari. Saya tak selesa. Dan akhirnya saya sedar, semua ini memang berpunca dari diri saya sendiri. Itu sebabnya, saya datang jumpa awak berdua hari ni. Saya nak minta maaf. Please... Maafkan saya... Kalau awak berdua nak saya melutut kat sini, saya sanggup. Saya akan buat" kata Idel lagi. Matanya mula berkaca.

Aku tidak tahu apa yang Iesya rasa sekarang. Tapi aku. Aku mula berasa sayu dan pilu melihat Idel. Sepanjang dia bercakap, matanya hanya beberapa kali saja melihat ke arahku dan selebihnya dia hanya tunduk.

"Idel, kita manusia. Manusia memang tak lari dari buat kesilapan. Syukurlah awak dah sedar kesilapan yang awak buat. Anggaplah ini cuma sekadar permainan dunia. Saya maafkan awak" akhirnya Iesya bersuara.

"Thanks. Thanks, Iesya" jawab Idel yang akhirnya sudah pun mengukir senyuman.

Iesya juga turut tersenyum.

Tidak lama selepas itu, Idel melihat ke arahku pula yang masih lagi mendiamkan diri.

Iesya yang duduk di sebelahku menyiku pinggangku sebagai signal agar aku membuka mulut.

"Err it's okay. Takpa, Iesya. Saya faham. Mungkin Indah perlukan masa untuk maafkan saya. Takpa. Saya boleh tunggu dan saya akan tunggu" kata Idel yang agaknya menyedari perbuatan Iesya itu.

Buka Hatimu, My Maid! (COMPLETED!) 🌼❤️Where stories live. Discover now