BHMM 5

12.2K 381 8
                                    

Indra baru saja selesai membuat pembentangan di Syarikat Maju Jaya dan dia berjaya mendapatkan projek itu! Namun, dia kelihatan agak runsing dan tertanya-tanya.

Indra melabuhkan punggungnya di kerusi restoran yang berhampiran dengan syarikatnya. Kunci kereta, proposal dan fail-fail miliknya diletakkan di atas meja. Dia mengerutkan dahinya lalu mencapai proposalnya itu. Indra membelek-belek proposal itu. Sah! Memang ada yang tak kena.

"Hoi!"

Lamunan Indra terhenti apabila seseorang menepuk bahunya dari arah belakang lalu duduk di hadapannya dan memesan teh tarik o.

"Tahniah bro. Memang cun presentation kau tadi" puji Iqbal. Iqbal merupakan kawan baik dan juga rakan sekerja Indra sejak dari dulu lagi.

Indra melihat Iqbal dengan pandangan yang series lalu melihat semula ke arah proposalnya.

"Lahhh.. Kenapa pula kau monyok ni? Tak happy ke dapat projek tu?" tanya Iqbal lalu menghirup teh tarik o yang dipesannya tadi.

"Aku rasa ada yang tak kenalah" akhirnya Indra bersuara.

"Tak kena? Tak kena apa pula?"

"Ni.. Proposal aku ni. Aku rasa.. Lain. Ada yang tak kena"

"Ish kau ni, meh sini aku tengok"

Iqbal terus mengambil proposal serta fail-fail dari Indra. Dia melihat satu-persatu daripadanya dengan teliti

"Everything was good, bro. Apa yang tak kena?" tanya Iqbal lalu memberi semula proposal dan fail-fail itu kepada Indra.

Indra terdiam seketika. Dia mengusap wajahnya yang bersih tanpa cela itu lalu menghembuskan nafasnya.

"Bro, kau sepatutnya bersyukur tau dapat projek ni. Kau kena berbangga. Syarikat Maju Jaya tu memang terkenal dengan sifat dia yang cerewet, menitikberatkan hasil kerja yang berkualiti, salah sikit dah kena tolak. Bukan senang nak kamcing dengan company ni" ulas Iqbal lagi.

"Ya, itu aku tahu. Siapa yang tak kenal dengan company Maju Jaya tu. Memang tip top betul"

"Haa. Tahu takpa. Dah tu?"

"Entahlah, Bal. Aku rasa ada yang tak kena dengan semua ni"

Tiba-tiba Iqbal tergelak.

"Kau dah kenapa gelak-gelak ni? Gila?"

"Taklah. Kau tahu tak apa aku fikir sekarang ni?" tanya Iqbal sambil menahan ketawanya.

"Apa?"

"Aku rasa kau ni tak percaya lagi kot yang kau dah berkerjasama dengan Syarikat Maju Jaya tu. Yelah, sebelum ni, belum pernah lagi sekali je buat presentation terus dapat lauk (projek). Tup tup kali ni, dapat macam tu je" balas Iqbal lagi lalu ketawa berdekah-dekah.

Indra juga turut tergelak. Ya, betul. Sebelum ni, bukan senang nak dapat projek. Kena buat proposal yang tip top dan perfect.

"Dahlah. Kau tak payah fikir. Alhamdulillahlah, tak sia-sia usaha kita selama ni. Terutamanya kau. Kau tu, orang lain balik jam 5 petang tapi kau balik jam 11 malam" kata Iqbal.

Indra hanya tersenyum kecil.

"Manalah tahu, lepas ni kalau ada rezeki, dapat pula kamcing dengan Syarikat Izuddin Holding. Haaaa.. Untung besar kita bro kalau dapat lauk dengan syarikat tu. Phewwwww!!" kata Iqbal lagi.

Kali ini Indra pula tertawa besar.

"Kau ni. Tinggi sangatlah angan-angan kau nak kamcing dengan Syarikat Izuddin Holding tu. Syarikat tu bukan calang-calang syarikat tau. Kalau kita dah letak 100% usaha kat proposal untuk Syarikat Maju Jaya ni, kat Syarikat Izuddin Holding tu kita mesti letak 200% usaha tau" kata Indra.

Buka Hatimu, My Maid! (COMPLETED!) 🌼❤️Where stories live. Discover now