Pagi itu, Iesya membawa Indra dan Iqbal pergi ke tempat kerja Ifwat memandangkan Ifwat tidak ada di rumah. Bukan apa, Iesya dapat merasakan yang Ifwat ada kena mengena dengan kehilangan Indah.
That's it! Naluri hati seorang sahabat.
"Tak sangka pula yang si Ifwat ni doktor rupanya" kata Iqbal sebaik saja mereka tiba ke Hospital Kuala Lumpur, tempat Ifwat bekerja.
Indra pula hanya mendiamkan diri. Begitu juga dengan Iesya.
"Iesya, awak yakin ke yang Ifwat tu doktor kat sini? Entah-entah dia kerja cleaner je kat sini" kata Iqbal lagi.
"Ish abang ni. Dahlah. Ikut je lah"
Tiba-tiba, Indra ternampak akan carta organisasi tentang kakitangan yang berkerja di hospital itu.
"Iesya, Iqbal"
Indra memberi signal tentang carta organisasi itu.
Mereka melihat satu persatu kakitangan hospital yang ada di carta organisasi itu namun yang peliknya, di carta organisasi itu, tidak nampak pun gambar atau nama Ifwat.
Sedang mereka memeriksa carta organisasi itu, Iesya menahan seorang jururawat yang lalu di belakang mereka.
"Nurse. Sorry ganggu. Saya nak tanya something boleh tak?"
"Ya, cik. Apa dia?"
Iesya memandang sekilas ke arah Indra dan Iqbal.
"Macam ni, kitaorang nak cari Doktor Ifwat. Dia ada tak kat sini?" tanya Iesya.
"Doktor Ifwat?"
"Ya. Doktor Ifwat. Dia ada tak kat sini? Sebab kitaorang dah singgah rumah dia before ke sini tapi dia tak ada"
Wajah jururawat yang memakai tudung itu berkerut seribu sebaik saja Iesya mengajukan soalan tentang Ifwat.
"Nurse.."
"Macam ni lah. Sebenarnya saya tak berani nak cakap apa-apa so mari ikut saya"
Kali ini, wajah Iesya, Indra dan Iqbal pula yang berkerut seribu. Namun, mereka hanya mendiamkan diri dan mengikut langkah jururawat itu dari belakang.
Setelah berjalan beberapa minit, akhirnya mereka tiba di depan sebuah bilik yang terpampang nama Doktor Irwansyah.
"Sila tunggu kat sini kejap, ya cik" kata jururawat itu lalu masuk ke dalam bilik.
Iesya, Indra dan Iqbal menunggu di luar bilik. Masing-masing tidak berkata apa-apa. Iesya sendiri pun masih lagi terpinga-pinga dengan apa yang dah jadi. Melalui apa yang Ifwat pernah beritahunya sebelum ni, memang hospital inilah tempat Ifwat mencari rezeki.
"Cik, silakan masuk"
Indra dan Iqbal terlebih dahulu masuk ke dalam bilik.
Iesya menahan jururawat itu agar tidak berlalu pergi.
"Nurse, sorry. Saya nak jumpa Doktor Ifwat bukan Doktor Irwansyah"
"Minta maaf, cik. Doktor Irwansyah akan jelaskan segala-galanya" jawab jururawat itu dengan lembut.
Iesya akhirnya mengalah. Dia hanya tersenyum kecil lalu memasuki bilik itu.
Setelah mereka bertiga ada di bilik itu, mereka masih lagi mendiamkan diri.
"Kamu semua ni cari Ifwat ke?" tanya Doktor Irwansyah.
"Ya. Dia kat mana ya?" tanya Indra yang dari tadi hanya mendiamkan diri.
YOU ARE READING
Buka Hatimu, My Maid! (COMPLETED!) 🌼❤️
Romance'Kenapa awak sanggup tipu diri awak?! Kenapa awak sanggup siksa diri awak sendiri?! Saya cintakan awak dan saya tahu awak juga cintakan saya!" -Indra Arifin 'Awak tak akan faham, saya. Sampai bila-bila pun awak tak mungkin dapat cinta saya dan saya...